Pages

Kem Beringin Beach Resort.

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.



“Kak long, Ya dapat PLKN gak…” 


Ujar sepupu saya ketika menelefon dia untuk bertanyakan perihal result SPM. PLKN merujuk pada Program Latihan Khidmat Negara. Dah hampir sebulan dia kat kem kat perak sekarang. Mengikut jejak langkahku rupanya =p


Saya pun dapat tawaran ke PLKN selepas SPM 2007. Itu bukan tawaran, itu arahan! Tak lama duk umah, 28/12/07 saya mula mendaftarkan diri kat Kem Beringin Beach Resort, Langkawi. Lepasan SPM yang lain berseronok di rumah, tapi saya. Mula-mula terasa macam menolak untuk ke sana, yer lah pelbagai tohmahan yang didengari. 


Antaranya, sosial sangat, dilatih macam tentera, disuruh buat tu buat ni. Tapi ada jugak yg kata best, sehinggakan ada yang taknak balik. Aik? Best sangat ke? 


Tapi nak buat macam mana, i'm nobody. So, nak tak nak, kena pergi juga. Bertindak mengikut arahan :D


Kalau difikir balik, apa motif yang kerajaan buat PLKN ni? Dahla 3 bulan kena berkampung kat kem tuh. Bukan ke membazir je? Ops! Malas nak ulas panjang isu ini =p


Macam-macam yang saya fikirkan sebelum melangkahkan kaki ke kem. But then, bila dapat tahu dapat kem di Langkawi, feel more better. Macam best je? Kuatkan semangat nak berjauhan selama 3 bulan dengan family. Kali pertama berjauhan T.T


Kisah bermula...


Hari pertama , kedua, ketiga dan dalam seminggu dua berada di kem terasa nak balik rumah yang teramat sgt. TAK BEST! 


Saya terpilih untuk berada di dalam kompeni Alpha, dorm Alpha dan kelas Intelek.


wirawati kompeni ALPHA


kelas INTELEK


Pagi-pagi selepas solat subuh, terus kena berkawad. Kemudian, dlm pukul 8 pg, start kelas CB ( character building). Kelas ni, mulanya terasa mcm kelas budak tadika. Bayangkan... =p


Macam mana tak nya. Kami disuruh untuk belajar menyanyi, mewarna, berlakon, perbentangan dan macam-macam benda yang terasa membosankan. Mula-mula memang rasa fed up. Nak balik!


Kemudian dalam tengah hari, acara dewan takpun acara kat padang kawad. Banyak yang kami pelajari, antaranya, pertolongan cemas dan lain2. Dah tak ingat aktivitinya apa, sebab banyak sangat dan hinggakan tak terhafal. Hohoho.


Petang lak, aktiviti bebas. Aktiviti riadah je. Main bola jaring, bola tampar. Tapi kebanyakan berborak, buang masa kan? Entah.  Kem Beringin menghadap pantai, so petang-petang macam tu memang seronok berada di tepi pantai, menikmati alam ciptaan Allah. Mendamaikan. (=


Waktu malam, selalunya ada ‘open sharing’. Open sharing ni, satu bentuk pengisian yang ala-ala macam perbentangan. Lebih kurang macam muhasabah. Muhasabah balik apa yang dilakukan sehari suntuk. Dan aktiviti ni terbuka kepada sesiapa yang sukarela nak bercakap kat depan. Saya? Dah selalu jadi mangsa kena suruh ke depan. 


Dan begitulah, hari-hari di kem selama 3 bulan. Bagi sesiapa yang tak pernah ke PLKN, mungkin merasakan semuanya membosankan. Dan bagi saya yang pernah berada di sana, so far, alhamdulillah. Ada benda yang boleh dikutip. (=


That's why saya agak marah bila ada yang suka bercakap lebih-lebih tapi tak pernah melaluinya atau merasainya. Izinkan saya untuk berkata, "You just can give sympathy not an empathy!", "selagi anda tak rasa, jangan angkuh berbicara.". Tembakan buat diri, khususnya.


Banyak ilmu yang diperoleh sebenarnya. Contohnya dalam kelas CB (character building). Kalau direnung balik, kelas CB diwujudkan utk meningkatkan kita punya atitude. Untuk melatih diri supaya berani bila berhadapan dengan keadaan sekeliling, berlatih utk bercakap kat hadapan orang.


Tak semua orang mampu berdiri dan melangkah ke hadapan dan memegang microfone dan bercakap. Seriously. Pengalaman saya membenarkan. Dan latihan seumpama ini mengajar diri untuk lebih berani. Berani untuk ke hadapan.


Sama jugak dengan open sharing. Saya rasa ini lagi mendebarkan sebab kena bercakap di hadapan beratus-ratus orang pelatih PLKN dan berpuluh-puluh jurulatih. Bayangkan? Macam buat speech. Tapi bila dah bangun, insyaAllah keyakinan tu akan datang dengan sendiri dan bila anda habis bercakap dan mereka memberi tepukan, percayalah, anda rasa bahagia. :D
Alhamdulillah, saya lepas untuk ujian ini. (=


Antara aktiviti-aktiviti menarik yang dilakukan kat kem; berkayak, flying fox, pertolongan cemas, kembara hutan, berenang, jadi pengawal malam. Dan yg paling BEST dan yg kemuncak adalah aktiviti MENEMBAK! Memegang senjata M-16 adalah pengalaman yg paling best!


Senapang tu nampak je ringan, tapi memang berat senjata M-16 tu. Waktu tu kitaorang dibekalkan dengan 30 das peluru. Wow, best! Berdebar tak payah cakap sebelum menembak tu, tapi bila dah menembak memang menyeronokkan, Bukan semua orang terpilih dapat memegang dan menggunakan senjata M-16, budak PLKN je boleh. berlagak. =p Hampir sebulan juga kitaorang dilatih dekat kem cara penggunaan, keselamatan senjata M-16. Susah kan? Ingat senang-senang ke nak main senjata api? Susah.


Dan kembara waja( kembara hutan) juga, salah satu acara kemuncak kat kem. Berkhemah di hutan dengan semua kekurangan alatan huhuhu. Hutanlah sangat hehehe. Nama tempat tu ialah taman lagenda, tak jauh dari jeti Kuah. Almost 15 minutes maybe? Orang Langkawi tahu la kot. :D


Pengalaman yang lucunya, khemah saya dengan kawan-kawan bocor! Tak sangka hujan turun dengan lebatnya. Apa lagi kami tidur dalam keadaan basah malam tuh,sadis betul. Masak pun dalam keadaan hujan. Tapi apa nak dikata, memang best hehehe. 


3 bulan kat kem, kitaorg dapat elaun. Bukan saja-saja ok. RM150 sebulan dan kiranya RM450 untuk 3 bulan. Apa lagi, sebelum balik Kelantan saya shopping kat Pekan Kuah hehehe. Buat balik buah tangan dari Langkawi. Apa je, coklat-coklat yang murah-murah, minyak gamat… dan bla3.


PLKN ni ada kebaikan dan keburukannya. Tak dinafikan masalah sosial, dilatih ala-ala tentera memang ada. Tapi bergantung pada kem sendiri. Alahamdulillah, kem yang saya dapat ni, komander kem ni seorg yang menitip beratkan agama. Jadi kuranglah sedikit masalah yang timbul.


Perpaduan bangsa yg berbilang kaum kat kem pun nampak jelas, amat harmoni. Kat kem Beringin ada kaum Melayu, India, Cina dan Bajau. Agama pula, agama Islam, Budhha, kristian dan hindu. Walaupun byk kaum dan agama, segala aktivti berjaya dilakukan sebab kitaorg diterapkan utk bersatu padu. Alhamdulillah. Mungkin itu salah satu objektif PLKN. Perpaduan antara kaum. Mungkin.


11/03/08, hari tamat latihan. 


Banyak rasanya input yang kami dapat, timba. Segala pengalaman dan kenangan insyaAllah takkan dilupakan. Bagi saya, bila kita mencari sesuatu yang bermakna di sebalik sesuatu kejadian, insyaAllah pasti kita tidak akan rasa rugi.


(=


btemplates

2 comments:

Anonymous said...

salam..
zatie..
hana nie..
farhana hafizah..
rindu kt ko la..
snang2 call aku k...
0132832597

Qasehixora Qaseh said...

Thanz share ur experience..sy pun bekas pelatih plkn kem beringin 2006..