Pages

jalan2 di ma'rad.

Alhamdulillah, midterm exam dah melabuhkan tirai. Jadi bermulalah cuti musim sejuk! :D


cuti! hoorey!!!
semua dah ada rancangan  masing-masing nak kemana. Ada yg keluar dari mesir, ada yg bercuti dlm mesir je dan ada yg balik ke Malaysia. *jeles*. Tapi ada jugak yg taknak kemana-mana, lebih suka menghabiskan masa di rumah sahaja. Maklumlah, kalau sebelum ni sibuk dengan kuliah, dengan persatuan, masa cutilah ni lah nak habiskan masa dengan berekat pula. 


Tapi selalunya, cuti begini masing-masing akan penuh dengan aktiviti masing-masing. :D
Baguskan? (=


Setiap tahun, dalam hujung bulan 1 hingga minggu pertama bulan 2, akan ada ma'rad @ festival buku @ book faircairo international book fair. Setiap tahun! Wajib ada! Rasanya sejak berada di sini, inilah aktiviti tahunan yang takkan ketinggalan dalam jadual saya (=


saat ni memg ditunggu-tunggu oleh penggemar buku. Nampak gaya, masyarakat Mesir sendiri pun cintakan buku! Rakyat Malaysia macam mana? Tak terasa ke? Jom jadi ulat buku! 


Tempat yg dibuat teramatlah besar. Tempat ni memang disediakan khas untuk apa acara pameran sekalipun. Jadi kalau nak pergi sehari utk hbskan pusing kesemua tempat dlm tu
memg takkan cukup! Dalam tu tak silap saya ada lebih dari 5 gudang besar, dan beratus khemah-khemah canopy pelbagai publisher. Boleh bayangkan betapa besar dan luasnya tempat tu kan? Kalau rajin, pergilah dua tiga kali. (=


Kat sana ada pelbagai jenis buku. Untuk semua peringkat usia, untuk yang dewasa dan untuk kanak-kanak. Dan terdapat dalam pelbagai bahasa; arab, english, perancis, dan melayu pun ada! Tapi jarang la nak jumpa buku dlm bahasa melayu ni. 


Boleh dikatakan macam-macam ada :D
syurga buku! 


Hari ni, alhamdulillah ada kesempatan nak pergi book fair tu. Cuma hari ni, masuk-masuk sahaja, terus menuju pada booth darul salam (salah satu publisher yg terkenal kat mesir). Sebab terasa tak larat nak pusing satu tempat yg terlalu besar ni. Lagipun, dekat booth darul salam ni, memang ada banyak buku dalam BI. Banyak yang diterjemahkan.


Dalam kemeriahan di pesta buku tu, apa yang buat saya kagum dengan masyarakat Islam Mesir ni, usai sahaja azan berkumandang, semua org berpusu-pusu ke masjid yg ada dlm tu. Nak kata penuhnya masjid, sampaikan makmum terpaksa solat di luar masjid! Allah. Jarang untuk tengok situasi seumpama di bumi Malaysia.


Cukup terkesan di hati, betapa mereka mendahului apa yg lagi penting iaitu mengerjakan solat (=








kat mana2 pun leh solat, janji solat kan :D



gudang nombor 5.


berehat seketika :D



buku bahasa melayu pun ada



rambang mata nak pilih buku @_@




setelah sekian lama kumencari akhirnya jumpa gak (=



buku2 yg dibeli :D








nota : sila habiskan membaca buku2 itu! :D

btemplates

3 comments:

shaniza said...

Salam..
Memang rambang mata tengok byk buku. Kalau ada duit, rasanya semua nak beli. Kawan ummi sha (dulu belajar di Jordan) beli byk buku masa dia belajar dan buat koleksi lengkap di rumah dia (semua dlm bahasa Arab). Dia cakap semua buku tu dekat puluhan ribu juga...Satu harta yg tak mungkin luak walau berkali2 diguna.

najihah iman said...

i like this...
mcT,ak pun gile bku gak...=D
x kesah shopping bku bnyk2...;)

p.s : slmt bcuti =)

izzati said...

ummi : a'a btl ummi... dahla sy hantu buku, memg rambg mata bila tgk buku2 tuh~ mesir memg terkenal sebagai gedung ilmu, byk sgt2... alhamdulillah ^_^

wa : da peluang, dtgla sini... nanti aku bwk hehehe...
memg aku hantu buku r :P