Pages

hati kecil berbisik...

Langkah demi langkah,
kususuri jalan yg bersimpang siur,
kutempuhi onak dan duri,
kuredah ombak badai yg mengharung...

Namun langkah itu
kian perlahan,
semakin goyah utk bertahan,
dan akhirnya,
menanti saat utk rebah
menyembah bumi...

Argh...
hati kecil berbisik,
kenapa serapuh itu semangat yg ada?
mengapa begitu cepat mengalah,
bukankah permulaan itu
sungguh elok,
namun dipertengahannya,
bila berhadapan dengan dugaan,
begitu cepat kau melatah?
bagaimana hendak kau noktahkan kesudahannya...

aku terpana seketika...

hidup ini penuh dengan dugaan,
kaya dengan cabaran,
rintangan demi rintangan
yg perlu dilalui,
tidak dinamakan kehidupan
andai tiada ujian buat diri...

apa kau sangka,
hanya kau seorang yg diberi ujian?
kadangkala,
yg tersenyum itu,
utk menutup resah di dada,
yg ketawa itu,
ada derita yg tersurat,
namun tidak semestinya yg menangis itu
kerna dia kecewa,
mungkin air mata yg mengalir
adalah tanda kebahagiaan...

bukankah setiap dugaan itu
daripada Dia?
tidakkah kau mengetahui
setiap ujian yg ditimpakan olehNya
kerna itu tandanya Dia menyanyangimu?

aku mengeluh...

usah mencari semangat yang hilang,
binalah yg baru!
teguhkan kembali keyakinanmu pada Dia,
suburkan jiwamu dengan selalu mengingati diriNya...
Dia sentiasa ada di sisimu,
tidak pernah meninggalkan dirimu keseorangan,
yakinlah!

duhai hati,
usahlah dikau berdolak dalik lagi,
janganlah kau cuba menggugat keyakinan ini,
cukuplah keperitan yg dilalui.

demi sebuah perjuangan,
akan kuterus melangkah,
kugagahi diri melangkah
kerna perjalanan ini masih jauh...

hanya kerna sebuah mujahadah (=


luahan rasa,
izzati hashim...



btemplates

4 comments:

acai sheikh said...

lek r..semua nya yg tbaek drNya

izzati said...

memg pun~
apa yg berlaku, ada hikmahnya (=

Hamra said...

hati besar kot! mana ada hati kecik.. byk lobe lg tu.. haha


dalam kalungan bunga mungkin ada tebuan
dalam tenang air di sungai ada buaya

yang kelihatan bukanlah ketentuan
hakikat manusia menilai dari yg keternampakan

hakikat Tuhan menghukum dgn rahsia
menguji utuhnya iman sang hamba

tanamkan pengharapan
di hujung jalan
kan ketemu kejayaan

onak dan liku mematangkan perjalanan
menguatkan kaki yg melangkah
meningkatkan perhatian
agar tak tersalah jejak

Cukuplah berkata-kata memujuk
Jangan teggelam dalam usaha menghidup
gerakkan langkah
pacu dgn kuat!

Aku di sini mendoakanmu sahabat.

it's not the end of the journey!

izzati Hashim said...

@mairah :

erk~ xreti dah aku nak smbg puisi mum tu hihihi...

by the way, thanks a lot dear~
you are such a good & best friend!

insyaAllah, semangat aku dah makin pulih... hari tu 'shock' kot, tu yg merapu semcm :)