Pages

5 comments

Buang separuh jiwa melayu @ mesir :D

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yg Maha Pengasih, Maha Penyayang.

hidup matiku, solatku, amalku hanya untukMu.



"kutip permata-permata di sebalik debu2 yg berterbangan"


"bila sampai kat cairo airport, bila jejakkan kaki nak turun dari plane buang separuh jiwa melayu yg ada dlm diri"


dua ayat yg masih terngiang-ngiang di telinga hingga ke hari. Pesanan dari ustaz Razi, ustaz yang mengajar bahasa arab ammi (bahasa arab mesir) di INTEC, shah alam 3 tahun lepas. Wah, dah 3 tahun berlalu rupanya! Masa sgt pantas berlalu :(


Sesungguhnya setiap perkongsian dari Ustaz Razi sgt bermakna & insyaAllah masih lekat di ingatan. Teringin lagi nak dengar Ustaz Razi berbicara, mencurahkan ilmu. Jazakallahukhairan kasira Ustaz (=


Kali terakhir jumpa ustaz ketika buat reunion kelas MEG 5 masa tahun satu kot. Lupa bila ho3.
Bila Ustaz nak dtg lagi? Bawa kak yana & anak2 sekali :D 
bajet ustaz baca blog ni =P


us. MEG 5, Zaqaziq (middle east program, MEP 8). 
budak laki 5 je kan? sesuai ngan nama kelas =P


"expect the worst"


Ni plak pesanan dari senior2 ketika diaorg dtg bagi briefing tentang mesir di INTEC dulu. huh. nasib baik dah selalu kena brainwash ngan ustaz so ok je bila dgr mcm tu kan.
Ustaz pun pernah belajar di mesir jugak dulu (=


Kenapa dan mengapa?


Mula2 dulu tak paham kenapa. Tertanya-tanya. Sampaikan pernah satu tahap, terasa nak berhenti je. xnak ke mesir. Terukkan? Kesan kena brainwash =P


Sampai di bumi mesir, 7/10/2008. Tarikh keramat yg xkan dilupakan. Hari perpisahan ngan keluarga dan hari pertama menjejakkan kaki ke daerah asing. Terlalu asing, hingga terasa nak balik malaysia! =p


Pengalaman pertama yg agak memeritkan rasanya, naik bus ke ARMA ( dewan malaysia). Fuh! sgt dasyat cara pemanduannya. Sgt! Pernah tgk KCB (ketika cinta bertasbih)? Part anna naik teksi. Mcm tu la gayanya pak cik2 mesir ni bawa kereta. Mcm tgh racing! hehehe. Skrg dah blh tahan kot, cuma bila naik tu bawa la mengucap terus hehehe. 


ok. back to main topic :D


Kenapa ustaz pesan "kutip permata-permata di sebalik debu2 yg berterbangan"? Sesungguhnya ada sebabnya. Dah nak masuk tahun ke 3 di sini, dah nampak pe yg ustaz pesan. 


Bumi mesir ni bumi anbia, dan rasanya semua org tahu kan kisah Nabi Musa dan firaun di sini? Cuba kita selusuri balik kisah itu. Ambil iktibar dan pengajaran di sebalik cerita itu. 


Mungkin bumi mesir ni tandus, penuh ngan debu2, kering kontang tanpa hujan. Tapi di sebalik semua ni, ada permatanya. Permata yg perlu dicari dan digilap. Apa tu? Ilmu. Ya, ilmu!
Para pewaris nabi, ulama, wali semuanya ada di sini. Mesir sendiri terkenal dengan Universiti Azhar yg kaya dengan khazanah ilmu. Para azharian yg sgt ramai, yg sgt mantap ilmunya. 



Apalah gunanya belajar di sini andai tak pernah nak cuba mengambil peluang mengejar ilmu2 yg byk. Terlalu byk. Terlalu ramai syeikh atau syeikhoh yg blh mengajar. Bumi mesir adalah gedung ilmu! 


Kelas2 agama, kelas Quran, kelas Tafsir, dan kelas2 di masjid. Ya Allah, sgt byk. Tunggu kita nak cari sahaja. Gunakan peluang yg ada. 


Bukan hanya ilmu perubatan yg nak pelajari, kena ambil juga ilmu2 lain. Buat bekalan utk ke sana. Lebih kepada pesanan utk diri sendiri (=


Alhamdulillah, PERUBATAN juga memang selalu mengerahkan tenaga nak buat kelas2 mcm ni utk semua pelajar perubatan di Mesir ni. Tiap2 minggu ada kelas & ustaz2 yg sudi turun mengajar. Moga Allah permudahkan segala urusan kita di sini (=


dan semuanya bukan hanya setakat ilmu. Byk lagi permata2 yg ada :D


mesir juga mengajar utk berSABAR! melayan karenah arab yg seribu satu mcm, memg meletihkan. Hidup dikalangan arab yg sememangnya kita tahu sgt kasar memg kita pun kena belajar jd 'kasar'.


Sebab tu ada pepatah yg kata, 'masuk kandang kambing mengembek masuk kandang harimau mengaum'. Tengok tempat tgk keadaan, kena sesuaikan dengan keadaan kita.


Tu yg ustaz Razi pesan tu, buang separuh jiwa melayu. Sebab ni la. Org melayu memg jenis yg lemah lembut, penuh ngan sopan santunnya. Tapi bila di mesir ni, kena belajar jd kasar. Tak blh manja2, kalau x, asyik kena buli je kan =P


Bila dah balik m'sia, ambil la balik jiwa tu. Blh je ek main buang2 pastu kutip plak ni =p


Keadaan di mesir tak sama mcm di m'sia. Berjauhan dengan keluarga mengajar hidup utk berdikari, melatih diri menjadi manusia berguna. Jadi kena kuat, xlbh lembik2! huu. Abah selalu pesan, cuba jgn manja. Kena kuat! hee...


Tambah2 ngan keadaan skrg, golongan akhawat (perempuan) melayu, asyik je kena kacau. Haish. Apa lagi, jom belajar ilmu pertahanan diri. Fire sama dia! hahaha =P


Blh la dpt gambaran kan, agak teruk juga sebenarnya. "expect the worst". Ya, pesanan kalian memg btl. Sangat2 betul =P
so lepas ni memg blh pesan mcm tu juga kat adik2 junior. Sila fikir mcm tu! Dah buat kot. hehehe


Bila ada fikiran mcm tu, sekurang-kurangnya bila sampai di sini terkejut sgt. Tak pasal2 ada yg nak balik kan. Rasanya xde lagi smpi nak balik sebab tak tahan duk sini. Super senior pun dah hbs, ok je tgk :D


FIkir yg paling teruk, bila kena rasanya xdelah teruk sgt pun. See, mind set itu penting! hohoho.
Teruk2 pun, kena tipu ngan arab, kena kelentong ngan arab, kena marah ngan arab. Butakan mata tgk diaorg buang sampah merata-rata dan apa2 je lah :D tak teruk pun.


Letakkan dalam fikiran yg ada hikmatnya Allah campakkan aku di bumi tandus mesir ni. InsyaAllah kheir je :D apa lagi, cari lah permata-permata tu semua~ ada, memg ada. terselit mana2.


kalau hari tu sy mempersoalkan di mana nilai islam? Bukan utk merendahkan tempat saya belajar, tidak. Saya pernah dgr kalam, walau kita x suka tempat kita belajar kita kena terima sebab di situlah kita akan terima ilmu. Mencari berkatnya ilmu tu. Lupa ayat atau kalam siapa (=
dan sy suka mesir. oh. hipokrit? hahaha.


dan saya amat bersetuju dengan komen adik azam husni (=


nilai2 Islam tu byk di mesir sebenarnya, kena buka mata kena buka hati :D


salah satunya, al-Quran. Mereka sgt dekat ngan al-Quran. Keadaan yg sy kira sgt jarang nak tgk di tempat kita. Kemana-mana memegang al-Quran, di mana2 nampak org membaca Quran. Wah. Mari membudayakan membaca Quran (=


Dlm kedai smbl menunggu pelanggan, ketika menunggu bas. Bestnya. Dan selalunya, pak cik teksi akan buka channel yg org tgh baca Quran. Memg selalu begitu. Subhanallah. Jarang sgt nak perolehi semua ni. 


al-Quran yg diletakkan dlm kereta.
jarang kan nak tgk mcm ni?
blh dikatakan semua kereta ada :D

sesungguhnya kalau jumpa yg baik tu, sgt2 la baik dan kalau jumpa yg jahat tu, haish. Mulut laju je nak marah huk3. Kena SABAR!

dan yg paling suka, bila tgh jalan2 tiba2 ada org bagi salam. Ya Rabbi. Terasa manisnya ukhuwwah bersaudara hatta xkenal pun diaorg. Tapi tetap seagama (= dan terasa malunya, yg dewasa beri salam kat yg muda ni. Terasa bagai ada batu yg menghempuk kepala, hee.

kat sekolah dulu, ustazah selalu pesan. Jumpa cikgu, jumpa senior, beri salam. Xpun kita sebagai senior bg salam kat junior, xsalah kan? Tarbiah itu sgt indah. Terima kasih buat semua guru2 di SMKA Naim Lilbanat (=

Kat mesir ni ada dua jalan, jalan Nabi Musa atau jalan firaun. Rasanya tak perlu lah nak ikut jalan firaun, yg jahat2 tu. Cari kebaikan, cari hikmah yg ada. Allah dah bagi peluang, kenapa nak sia-sia kan lagi kan? Optimis! :D

dan bagi saya, kat mesir ni mengajar kita erti kesusahan hidup. Kenapa? Sebab di sini kadar org2 yg homeless sgt tinggi. Pagi2 nak ke kelas pasti akan terjumpa org2 yg tidur di kaki lima, hanya beralaskan sehelai selimut. Musim panas ok lagi, musim sejuk? huhuhu.

Kanak2 yg kecil yg selayaknya berada di sekolah bermain bersama kwn2, terpaksa bekerja utk cari sesuap nasi. Sayu tgk. Kanak2 yg seusia dengan adik saya sendiri. Terbayang bagaimana kalau berada di tempat diaorg :( 


reunion MEG 5 (MEP 8) bersama sir izwan & senior MEP 7


Bagi saya, rasanya nak cari kebaikan tu kita kena abaikan keburukan yg ada. Kalau asyik nampak yg buruk je walhal ada yg baik, tentu sukar nak cari hikmat tu. Sebab tu lah Allah ajar kita supaya bersangka baik walau dengan apa pun, apatah lagi dengan Dia (=






nota : terasa post ni sgt panjang! post terakhir utk 2010 kot! hehehe


nota 1 : kena tegur ngan seorg hamba Allah ni yg buat tersipu-sipu malu kat situ, dia kata "akhawat ni kalau nak berpisah, mesti ckp bye bye, selalu ckp hye hye bye bye, cuba bagi salam". serentak bagi salam ha3. gulrp~ malu2 hahaha.
terima kasih bg peringatan. Baik, lepas ni bg salam. hohoho. InsyaAllah :D


nota 2 : Masih kena mengutip permata-permata yg ada ni. Cuba utk mencari hikmah di sebalik ujian yg diberi.


nota 3 : jom semua masuk kelas pertahanan diri! hee... xkan nak p kelas pun asyik bawa kayu je kan? ho3


nota 4 : dayah, pipah, mila! kebab td sgt best :D bersyukur jumpa korg td. thanks yer adik2 :D


nota 5 : dibasahi hujan. officially masuk winter (=


nota : selamat melangkah ke tahun 2011. moga semuanya yg terbaik (=



Hope for the best. Expect the worst. Life is a play.


7 comments

warna-warni kehidupan

Terkelu. Terkedu. 
senyap tanpa bicara
hanya hembusan nafas yg kedengaran
pandangan mata menekur ke lantai
begitu asyik,
tanpa disedari ada
manik-manik air mata yg menitik.

Kenapa begitu?
tidak ingin aku semuanya begitu
apa salah aku
apa yg sudah aku lakukan
semuanya bisu
hanya hati yg bertingkah berbicara

aku bosan begini.
terasing begitu.
sakit. pedih. 
semuanya menjadi satu
namun tiada siapa yg mengerti.

lantas aku kongsikan pada malam
pada bintang yg bertaburan di dada langit
pada rembulan yg setia menerangi alam.

mungkin aku yang salah
biar saja takdir yang menentukan
biar waktu yang menikmati kisah ini

cukuplah. 
mengapa memilih jalan yg derita
seandainya ada jalan bahagia?
mengapa menyusuri denai kesedihan
andai ada yg penuh senyuman.



nota : hidup memang penuh dengan suka duka. Hidup bagaikan di atas kanvas lukisan yg berwarna warni. Itulah warna warni kehidupan (=










2 comments

azam baru

2010 bakal melabuhkan tirainya dan 2011 bakal menyusul. Dah tertunai ke semua azam yg dibuat awal tahun ni? ada ke ek, ke guna yg lepas2? hahaha.


kita dah masuk tahun baru pun, awal muharram hari tu. Tapi sebab kita menggunakan kalender yg org barat buat jadi kita xde lah meraikan sgt bulan2 Islam ni.


Setakat duk kat mesir ni, tak ambil tahu sgt bila sebut new year in masihi. Pertama sebabnya, sistem universiti bermula kelas pengajian selepas cuti musim panas. Cuti bulan panas berakhir dlm sekitar bulan 10, jadi tahun pengajian jadi 2010/2011 contohnya. Bukannya mcm kat malaysia, bermula pada januari.


Kan best kalau kita betul2 gunakan kalender Islam dlm kehidupan seharian. Ingat tarikh2 dlm bulan Islam. 


Cuba kita tgk, sesiapa yg berpuasa di awal muharram insyaAllah akan beroleh ganjaran pahala. Mana ada di sebut, siapa2 yang berpuasa di awal januari dpt pahala =P


letakkan Islam pada tempatnya memg indah :D


Sebut pasal azam. Ada apa dengan azam? tersedak org yg nama azam, asyik sebut nama dia je =P


Ada azam ni sebenarnya membantu kita utk melicinkan perjalanan hidup kita selama setahun. Sekurang-kurangnya bila dah da azam, kita tahu guideline kita. Dan sepatutnya, azam tu kita sematkan dalam hati, dalam minda yg kita akan lakukan. Bukan setakat dlm diari. Tulis sahaja tapi x buat pape. Tiada guna jugak kan?


Jom buat azam baru! 


Saya nak jadi anak yang solehah. 
Saya nak jadi pelajar yg rajin. 
Saya nak lulus exam.


eh. takkanlah azam kita masih di tahap biasa2 lagi kan. Cuba up sikit =P


saya nak jadi dai'e yg berjaya
saya bukan setakat nak mumtaz dlm exam sahaja, tapi nak mumtaz dlm semua
nak jadi anak, isteri & ibu yg solehah =P

Azam tu hak masing2. Terserah pada diri sendiri, bagaimana nak mencorak kehidupan kita dan yang penting mesti berpaksikan al-Quran & as-Sunnah (=




mengimpikan kereta ini T.T




nota : jangan lupa utk sentiasa muhasabah balik apa yg dah kita buat seharian :D


nota 1 : terasa segan nak menulis yg bukan2 dah. Sebab makin ramai yg jadi follower WWK ni T.T 
maaf kalian semua, saya bukanlah seorang yg hebat menulis. Apatah lagi yg jd follower lagi hebat dlm bidang penulisan. 


nota 2 : Oh. WWK ni hanya tempat lontaran idea saya sahaja. Bukan apa2 T.T


apa2 pun, terima kasih daun keladi (=


cuba utk memberi yg lebih baik dari masa ke masa (azam baru ni) dan kalau ada salah & silap sila tegur saya :D

2 comments

di mana nilai Islam?


"Bila berada di negara eropah, aku banyak melihat nilai-nilai Islam yang ada, sedangkan majoriti penduduknya bukan Islam tetapi bila berada di negara arab yang majoritinya adalah Islam terlalu sedikit nilai Islam yang ada".

Mengapa itu terjadi?

Kenangan berada di bumi eropah yg walaupun sekejap sahaja, meninggalkan seribu satu kenangan yg indah (=

Walau sekejap saja kat sana, tapi pengalaman mengenali mat saleh dan berada di bumi mat saleh ni lain rasanya berbanding ngan duk negara arab, mesir ni =P

Dulu memg ada impian utk study kat UK, memg letak cita2 kalau dapat tawaran JPA atau pape nak pilih buat medic kat negara bersalji. Kenapa yer? mcm best je bila tgk gmbr2 senior yg kat negara bersalji ho3.

Tapi perancangan Allah maha teliti. Ketika nak mengisi borang JPA ada dua pilihan, perubatan atau perubatan timur tengah. Perubatan tu merujuk kepada negara bukan arab, iaitu UK, rusia dan lain2.

Dan mcm mana entah, saya memilih perubatan timur tgh. Ironi kan? Ikut gerak hati time tu, dan kini saya tercampak di tanah gersang bumi anbia, mesir :D 

Apa yg suka utk berada di eropah sebab suka tengok pemandangan yg cantik dan paling penting bersih. Sgt bersih! org kata, tip top :D 

suka kehijauan di sini, tenang berlabuh (=

tapi xtaula kan, mungkin tempat2 yg saya pergi tu semuanya terjaga. So, nampaklah bersihnya 
dan bagi sesiapa yg berada di mesir, tau la kan hakikatnya kalau nak dibandingkan dengan eropah? hohoho. 

teringat tarbiah yg di ajar di SMKA Naim Lilbanat dulu, jumpa sampah di kaki, sila kutip. Dan alhamdulillah kesan dari semua tu, terbawa-bawa sampai sekarang. Cuma nak diamalkan di mesir ni, org kat sini ckp, x ma'ul ( tak logik) hohoho.

kenapa?
tanya siapa2 yg duk kat mesir ni :D

itu bab alam sekitar. kalau dari segi penduduknya?

Warga inggeris ni sgt polite! oh, sgt teruja dilayan baik mcm tu :D apa yg saya nampak, yg dirasai, memg nilai islam tu ada dgn mereka. Bagaimana mereka melayan pelancong2 mcm kami ni, memg sgt baik. Adatlah kan, bila dilayan sebegitu rupa terasa dihargai. Sebab tu rasa nak pergi lagi ni =P

Bukan apa, Rasulullah mengajar cara kita melayan tetamu mcm mana. Apatah lagi dlm Islam, semuanya sudah ada, tersusuh cantik. Tapi yg menjadi masalahnya bila org Islam sendiri tak membumikannya. 

takkanlah indah Islam hanya sekadar pada nama?

dan tidak dinafikan, org2 arab ni pun baik. Bila bertemu ngan yg baik, sgt2 la baik dan sekiranya x, sgt2 la x. Patutlah bila ada yg mengatakan dtg ke mesir ni ada dua jalan, jalan Nabi Musa ataupun jalan firaun. 

Cuma di sini, budaya mereka (arab) bukanlah mengajak kawan2 ke rumah. Kalau kita, org melayu ni, kalau dah kenal apa semua, mesti ckp, 'jemputlah ke rumah', kan? :D

Dari segi customer services, kat eropah sgt berkualiti. Mereka memg menjaga hak2 pelanggan. Tak kira la di kedai yg eksklusif atau pun biasa2 je, layanan mereka terhadap pelanggan sgt bgs :D pelanggan nombor satu. 

dan sgt la berbeza dgn arab mesir ni kan. adehh~

kat sini tiada istilah customer right. Hanya mereka yg betul. Kita pula yg kena bersabar dan x blh 'hal' dgn diaorg, kalau x, anda tidak akan dilayan sama sekali! hahaha. so jgn demand yer =P

paling tak suka bila masuk ke kedai2 pakaian, dan tgh2 duk pilih baju diaorg duk mengumpat kat blkg. Haish. Ingat tak paham arab ke? hahaha. Mengumpat satu hal, ni siap buat muka. Oh. sgt la pantang. Mcm mana nak tarik pelanggan kalau mcm tu?

Org arab ni jenis yg kasar. Mereka bercakap pun kuat. Kadang2 tu rasa mcm kena marah je, tapi pada hakikatnya mereka memg berbicara begitu. Kalau x, xde timbul kes ni kan =P

tapi kalau kita renungkan balik, kisah2 peperangan Islam. Org barat ni takut bertempur dgn org arab tanpa senjata, sebab org arab ni kuat. Comfirm kalah. Sebab tu lah, org barat menggunakan perang saraf dan kesannya umat Islam makin lemah :(

Hakikatnya org eropah kebanyakannya kafir. Takkan kita yg kena mencontohi mereka? Sepatutnya mereka yg kena contohi kita. Di mana nilai Islam kita letakkan?

blh tak sy katakan mesir cantik hanya pada waktu mlm? 
siang? tatau2 =P

Saya bercakap mengenai dua negara yg berlainan, dua adat budaya yg berbeza dan kita adalah melayu, dan hakikatnya masing2 tahu tentang negara dan budaya kita sendiri kan? Jadi, fikirkanlah sendiri di mana nilai2 Islam dalam adat resam melayu kita (=

walau apa pun, ini sekadar pandangan dari sudut pemerhatian saya sahaja. Lain org lain pengalamannya kan? :D

mesti lagi best kalau time ni musim bunga. mesti hijau je kan :D


nota : Oh ya! Saya hanya berada di UK utk masa yg sgt singkat jadi pengalaman yg sy ceritakan adalah apa yg saya nampak & rasai sepanjang berada di sana. Kalau nak kenal lagi org barat ni mcm mana, rasanya eloklah bertanya pada yg memg tinggal lama di sana (=

yang pasti, saya dah mula belajar menerima org arab mesir tu mcm mana :D

nota 1 : kenangan kena marah & tak dilayan ketika buat visa tahun satu dulu xkan pernah dilupakan! huu... sebab nak duk lama kat sini, kalau x, xde dah nak p mugamma lagi.

nota 2 : Bangga kita adalah melayu, tetapi dengan melayukah kita blh menyatukan islam atau dengan islam kita menyatukan melayu? :D

nota 3 : tahniah dan takziah pada yg telah menang dlm pilihanraya PERUBATAN! KLIK SINI dan SINI :D


0 comments

5 perkara

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara :

Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati


free by tomask of deviant art


Sihat, muda, kaya, lapang dan hidup bukanlah hanya setakat nikmat tetapi juga satu bentuk ujian yg Allah berikan pada kita. Allah nak tengok sejauh mana kita bersyukur tatkala diuji dengan nikmat yg Dia berikan (=







Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh, Allah benar-benar Maha pengampun, Maha Penyayang.


surah An-Nahl, 18 (16 : 18)

0 comments

kena buli!



xenophobia by kajalbabe of deviant art

xenophobia :  Fear of strangers or foreigners

adakah kehadiran pelajar malaysia tidak disenangi warga mesir, 
sebab tu kami sering dibuli? ho3



Isu dibuli, dikacau, diganggu oleh warga arab memg tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Sehingga sekarang, kami masih lagi dikacau, Adehh~ diaorg ni sgt suka pada pelajar melayu. Haish. Mentang2 pelajar perempuan ni kecil, lembut, comel2 =p

Tak kira la warga mesir tu tua atau pun muda. Kalau tua, ada caranya kalau muda ada caranya. Haish, Tak selamat! Keluar rumah, memg kena pakai perisai, atau kena bawa perisai sekali hohoho. Apakah perisai itu? Baca ayat Kursi byk2 dan gunalah khidmat musyrif (=

Kalau di pelembahan nil ni, istilah musyrif ni tak asing lagi. Kalau nak keluar malam kena guna musyrif. Musyrif  pada istilahnya bermaksud menyelia, mengawal, mengurus. Dan kalau di sini, bahasa mudahnya musyrif merujuk kepada pelajar lelaki yg menemani pelajar perempuan utk ke sesuatu tempat dan khususnya pada waktu malam. Tujuan guna musyrif ni utk keselamatan la kan (=

Kalau tak faham sila tanya :D 

ok. back to the main topic :D asyik melencong tempat lain je =P

Dikacau oleh budak2 arab tu biasa la kot. Dah biasa kena buli jadi wat tatau je lah. Nak buat mcm mana. Nak balas pun kadang2 diaorg ramai, dan apalah sgt kudrat perempuan kan? Kena tarik tudung, kena tarik baju, dah biasa kena.Terpaksa belajar menerima :( 

Kadang2 nak balas, tgk mcm kesian. Sebab yg buat tu budak2. Nak pukul diaorg? tak pernah buat lagi sebab tahap kesabaran tu masih ada. Penakut sebenarnya hahaha. Lagipun tu anak orang. Apa pula tanggapan mak ayah diaorg kat pelalar malaysia ni nanti huhuhu.

Tapi pernah ada pak cik arab yg gtau, pukul je budak2 tu kalau kena kacau lagi. Tak sanggup nak buat huhuhu...

Yang terbaru, isu kena baling batu. Ok. saya salah seorang mangsa. T.T
saksi yg berada di tempat kejadian. dan telah dipaksa rela oleh cik atiqah utk menulis berita =P

Sampaikan musyrif pun kena sekali, memg sadis la. Kesian abg musyrif. Terima kasih menemani kami mlm tu & maaf sebab tak pasal2 kena juga. Itu diluar kemampuan kami huhuhu.
Tapi, itu dah jadi tanggungjawab musyrif kan kena pertahankan kami? hee...
jasamu dikenang :D 

Kesabaran tu ada tahapnya tambah2 bila ada yg tercedera. Itu melampau! Budak tak budak, itu dah lebih batasnya. Tapi nak buat mcm mana? 

MeSiR = Musibah. Sabar. Redha!


Benda ni bukan baru, malah sejak tahun pertama lagi. Buntu. Tak tahu mengapa diaorg sgt tegar nak membuli kami, dimana puncanya kami tak tahu. Yang saya tahu, kami tak pernah nak menimbulkan masalah dgn diaorg. Mereka sgt melampau! 

Itu bab yg kena buli. Apa yg dikesalkan, sikap jiran tetangga. Hanya tengok :(
maafkan saya, bukan semua yg bersikap demikian. Saya tak maksudkan semua warga arab jahat. Hanya segelintir dan tak dinafikan, ada yang sgt baik, yg sentiasa menolong. Moga Allah merahmati kalian (=

Melayu pun mcm tu juga, ada yg baik ada yg jahat. Manusia ni kan byk ragam (=

Apakah jalan penyelesaiannya yang terbaik? Buntu. 

  • Pelajar perempuan kena belajar ilmu pertahankan diri! sape nak jd pengajarnya pula kan? hohoho..


  • Gunalah khidmat musyrif! susah2 je exco kebajikan, si Fizi tu buat jadual kalau semua org xnak guna kan (=



  • Jom hantar kanak2 tersebut ke Palestin! hahaha. Diaorg sgt mantap dlm bab2 baling batu ni, tepat mengenai sasaran. Blh la kita latih diaorg membaling batu kat Israel terus. Kejam x idea? hahaha







bumi dah tak selamat nak didiami! jom pindah ke marikh plak =P


nota : buat ahli keluarga yg membaca post ni, harap x risau. Alhamdulillah xde pape pun. Adatla kan, semua tempat x selamat (=

nota 1 : alhamdulillah dia yg jd mangsa kena batu tu dah makin ok :D moga makin cepat sembuh! 

nota 2 : nampak budak si pengacau tu td depan imarah. senyum2. rasa nak p cubit2 je pp tuh. biar lebam2. haish.

nota 3 : ni pun tak hbs ag kena buli ngan miss @ mr. anonimossss! kena buli mental. ho3




















5 comments

Jom Mengundi!

Sekarang ni, sekitar Kaherah semua org dalam mode pilihan raya :D Baru2 ni pun, mesir buat pilihan raya. Dan ramai yg masih menyokong presiden yg lama. Menanti bilakah detiknya beliau mahu turun *devil* 


ok. skrg ni tgh 'hot' mengempen dan melobi sebab 24/12 ni baru hari pengundian. Pilihan raya ni utk memilih jawatankuasa induk PERUBATAN. Di Kaherah, ada 3 buah universiti yg berlainan iaitu, universiti kaherah (uni. saya), universiti al-azhar & universiti ain shams.


Calon adalah dari 3 buah universiti tu, dari nak pilih presiden hinggalah ke biro2 yg bawah. Untuk kali ni adalah utk sesi 2011/2012. 






Saya nak kempen utk dua org sahabat baik saya (=


Nur Humairah binti Che Ibrahim






Saya mula mengenali beliau dari zaman INTEC (international education centre), shah alam. Kami ditakdirkan utk sekelas time tu, MEG 5. Sehingga kini kami masih sekelas. Masih~ hee... Humairah ni dulu sekolah kat MMP. Kami berdua berasal dari negeri serambi mekah, sebab tu la kot kami terus jadi rapat.


Humairah ni sgt baik, sungguh. Beliau bagaikan seorang kakak. Memandangkan humairah ni paling tua dalam kelas kami, so ada la yg memanggilnya kak long =p


Dari kami tahun pertama lagi saya dah tgk yg humairah ni sgt berpotensi utk naik jd Exco nanti. Beliau banyak memegang jawatan dalam pelbagai program. Org kata dah nampak kepimpinannya. Mungkin sebab di MMP dulu, beliau adalah pengawas sekolah. 








Ni antara jawatan yg pernah dipegang beliau :

  1. Timb. Unit Kempen dan Promosi BPI (2010/2011)
  2. Ahli Panitia Perancang (2011)
  3. Unit Pengisian MAHAR (2009/2010)
  4. Timb. Pengarah Winter's Enlightenment & Brotherhood (WEB) 2010
  5. Timb. Unit Persiapan Dewan dan Teknikal Cairo Sports Day (CSD) 2010
  6. Timb. Unit Pengisian Summer Camp : Yielding Medical Heroes (YAHOO! @ Pangsun) 2010
  7. Editor I-Man II (2009)
  8. Proof Reader I-Man III (2010)
  9. Timb S/U Sambutan Aidil Adha PERUBATAN 2010
  10. Timb Bendahari, Kewangan dan Tajaan Karnival Musim Sejuk PERUBATAN 2010

banyakkan? ni dah menunjukkan yg beliau sgt sesuai utk diundi! hee... mula mengempen dah ni =p


selama berkawan ni, humairah byk ilmunya. Suka tgk gaya penulisannya di blog beliau, gaya percakapannya (=


dialah sahabat yg bersusah payah demi saya, byk menyokong saya, membantu saya, memberi saya semangat nak teruskan perjuangan ni. Dan dialah sahabat yg sentiasa mengingatkan saya pada Allah, yg selalu menegur di kala ada kesilapan.


undilah Humairah Ibrahim! (=


Aisyah Zahirah Sukeri






Saya mengenali beliau dari zaman INTEC juga. Beliau adalah adik beradik usrah saya, merangkap kakak (aniq). Kiranya saya pertama kali mengenali beliau adalah time tu. Dan usrah saya (smart group, SG) rapat sehingga sekarang. 


Apa yang saya suka tentang aisyah zahirah ni, beliau sgt la berkaliber orgnya. Tutur katanya yg sopan, penuh hikmah. Dan aisyah sgt cool. Dalam lembut menuturkan bicara, semuanya masuk dlm hati. 


Aisyah yg mesra di sapa echah, seorang sahabat yg tenang. Mudah di ajak berbincang (=


dan dari segi penglibatan beliau dalam PERUBATAN, beliau juga seoarang yg aktif berkerja utk PERUBATAN. 

  1. AJK JPP (2008, Tahun 1)
  2. AJK Akademik Gen 8 (Tahun 2)
  3. Timb. Bendahari Winter's Enlightenment and Brotherhood (WEB) 2010
  4. Timb. Unit Risalah dan The Zikr BPI PERUBATAN (2009/2010)
  5. Ahli Panatia Perancang (2010)
  6. Timb. Pengarah Sambutan Aidiladha (2010)


dan baru2 ni aisyah dilantik sebagai timbalan pengarah sambutan Aidiladha 2010, program mega tahunan PERUBATAN yg melibatkan 3 buah universiti. Bukan calang-calang pelajar blh memikul tanggungjawab itu (=

Aisyah merupakan pelajar mumtaz di universiti. Akademik beliau pun mantap, kerja pun aktif jadi saya rasa aisyah adalah calon yg sesuai utk diundi (=

poster yg sempat saya buat khas utk mereka berdua (=



undi mereka juga! 


pilihlah mereka yg anda rasa layak utk memikul tanggungjawab itu. Janganlah kita sekadar memilih mereka kerna mereka popular, kerna kita mengenali mereka. Pilihlah mereka yg betul2 layak utk dijadikan ketua.


Pilihan kita bakal menentukan masa hadapan PERUBATAN. Jadilah pengundi yg bijak (=




nota : tahun depan dah 21. yeah, saya dah blh mengundi. Mama ckp, nanti blh mengundi. Satu undian tu sgt penting! hehehe...


nota 1 : jgn lupa mengundi utk yg lain juga!


nota 2 : saya tak pandai nak tulis post formal tentang org. hee...


nota 3 : saya nak mereka menang. tapi pada masa yg sama, sy pasti akan sedih, sebab mereka pasti akan sibuk. T.T

dan hakikatnya, kita makin jauh.