Pages

21.1.11

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Sesungguhnya, solatku, ibadatku dan amalku hanya untukMu.


Hari ini terasa bersemangat. Entah kenapa. Bangun tidur, terus sematkan dalam kepala beberapa perkara yang perlu dilakukan pada hari ini dan bermula saat ini. Terasa ada aura positif yang membuatkan saya berfikir sesuatu, muhasabah kembali tentang kehidupan ini.

21.1.11

cantik kan tarikh hari ini, tambah-tambah lagi hari ini penghulu segala hari, Jumaat. 
Tiada yang istimewa, namun saya ingin jadikan tarikh ini sebagai pemangkin pada perkara-perkara yang saya fikirkan :D

21

Kalau ikut tahun 2011 umur saya dah masuk 21 tahun. Tapi kalau ikut bulan, masih ada 6 bulan 9 hari sebelum betul2 masuk 21. So, masih 20 lagi la kot. hehehe 

Saya terfikir, selama hampir 21 tahun saya hidup. Apa yg sudah saya lakukan? Terutamanya pada agama, pada Islam. Apa yg saya sudah sumbangkan? Kalau Sultan Muhammad Al-Fateh mampu menakhluk Constantinopel pada usia 21, dan apa yang saya berikan? Terlalu sedikit atau lagi sedih tiada langsung! 

Tapi bukan bermakna nak menyumbang pada agama kena buat benda besar2 je, tolong persatuan atau  tolong apa2 sahaja dan niatkan kerana Allah insyaAllah semuanya sudah dikira menyumbang. 

Saya menatap kembali penulisan2 lama saya dalam WWK ni. Terasa ada perubahan. Mungkin
Dan saya berfikir, kenapa saya buat blog dan kenapa saya menulis. Untuk apa?

Mungkin pada mulanya, blog ini sekadar luahan rasa hati saya sendiri atau pengalaman2 hidup.
Namun kini, saya cuba untuk memberi sesuatu. Mana tahu dalam saya menulis dan berkongsi ada yang terkesan sama. Mungkin ada, mungkin tidak.

Apa-apa pun, WWK ni sekadar lontaran idea dan sedikit perkongsian bersama untuk mengajak  sahabat-sahabat berfikir tentang kehidupan.

10 tahun lagi.

Saya berfikir dan terus berfikir. Lagi 10 tahun pada tarikh yang sama, 21.1.21, kalau saya diberi usia yang panjang dan saya mengimbas kembali kenangan-kenangan 10 tahun yg lampau adakah saya akan gembira atau menyesal?

Gembira kerana sebab 10 tahun yang lalu, saya mampu jadi seperti hari ini. Atau menyesal, kalau lah saya hidup baik2, ada matlamat yg betul tentu saya lagi hebat.

Wah. Tentu saya memilih utk merasa gembira. Saya taknak menyesal di kemudian hari :D

Ada pesanan yg berbunyi, andai inginkan anak-anak2 yg soleh atau solehah kenalah menjadi soleh atau solehah terlebih dahulu. Jadi, waktu sekarang la kan :D

dan dalam masa 10 tahun lagi, banyak impian yg nak lakukan. Banyak matlamat yg cuba dicapai. Moga Allah permudahkan segalanya. (=

Dan hari ini juga, cuba untuk terus menjadi seorang insan yang lebih baik dari hari semalam. Ingin menjadi! 


Terus berusaha menjadi anak yg solehah, sahabat yg baik, pelajar yg rajin dan berdedikasi, umat Nabi Muhammad yang cemerlang sahsiah dan akhlah peribadi dan hamba Allah yang terus taat pada perintahNya. Ingin menjadi bukan setakat mencari sahaja.

Misi baru. Matlamat baru. Hidup baru.

Masing2 ada prinsip hidup dan sama dengan saya. Memperbaharui misi dan matlamat hidup supaya pada tahun2 yang mendatang bila saya menoleh ke belakang dan saya tersenyum, terus tersenyum.

Ya. Saya sedar hidup takkan pernah lari dari ujian ataupun mehnah. Malah mungkin tak terasa indahnya hidup andai tiada gelombang dalam pelayaran sebuah kehidupan. Namun, hidup kan terus berjalan meski penuh dengan tangisan. Dan hidup ini terlalu indah untuk mengenang kisah duka dan lara.

Dan kerana ujian dan pengalaman itu yang mematangkan diri dan menguatkan diri menghadapi hari-hari mendatang.

picture by microshiroku of deviantART

keep walking. don't look back.






nota : Saya tulis semua ni supaya nanti saya boleh buka balik dan tgk balik. Sekadar pesanan untuk diri sendiri (=

nota 1 : apa misi baru saya? Biarlah rahsia (=

nota 2  : apa2 pun, saya masih lagi nur izzati mohd hashim yang sama :D
ada yg mengatakan saya sudah berubah, berubah dari persepsi anda yang mengatakan la kot.


nota 3 : Membuka lembaran baru dan cuba melupakan segala kisah pahit yang merantai jiwa dan membelenggu perasaan dan ingatan.

nota 4 : sesungguhnya kematian itu mampu memberikan pengajaran dalam hidup kita yang masih bernyawa ini. 















btemplates

5 comments:

W Nurhadhirah A said...

=)

Izzati Hashim said...

(=

nape kakak senyum? hehehe.

ok2. senyum itu sedekah :D

p/s : nama dah bertukar nampaknya ^^

W Nurhadhirah A said...

tersenyum membaca penulisan adik yang matang ni..

=) kerana ia sedekah, =) kerana suka, =) kerana cover malu jgk~ hee =D

hehe..identity crisis? >_<

Izzati Hashim said...

*blushing*

hehehe.

cover malu nape? =P

masih mengenali akak walau nama bertukar-tukar :D

W Nurhadhirah A said...

adik lagi matang dari akak >_<

hoho..mesti la kenal, tuka nama yg org lg kenal kot :P