Pages

Al-Fatihah.


Al-Fatihah buat sahabat saya yg telah meninggal dunia, Nurul Iman. Moga arwah tenang di sana. Blh klik SINI.



Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
sedih rasanya hati bila mengenangkan
kau sahabatku kau teman sejati


Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
memori indahkita bersama teres bersemadi
kau sahabatku kau teman sejati


sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu 
ku pasrah di atas kehendak yang Esa


Ya Allah, tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hambaMu
sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi



Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami


Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatihah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solihin
Kau sahabatku kau teman sejati.


::Kau sahabat kau teman, Hijjaz::


Sahabat, 

setelah hampir 5 tahun kita tidak bertemu. Akhirnya dengan rahmat Allah, kita dipertemukan di bumi barakah Mesir ini. Kita berjanji itu bukan sekadar pertemuan pertama.

Betapa gembiranya hati ini tatkala kau dtg dan menepuk bahuku, lantas kau bertanya 'ini izzati kan?' Walau hanya sempat belajar bersama-sama di SMKA Naim Lilbanat untuk 2 tahun, namun sehingga saat itu kita masih kenal mengenali antara satu sama lain. Semuanya indah bila kerana Allah kan (=

Bila ada peluang, saya bertandang ke asrama Mara. Time tu awak ada exam. Hanya sekejap pertemuan itu :(

Dan baru2 ni awak ada telefon saya, "nanti dtg la Alexandria blh kita borak panjang"Dan pagi tadi saya mendapat khabar yg awak dah tiada. Allah! 

takdir Allah juga menentukannya, akhirnya di bumi Mesir ni jua kita berpisah.

Sahabat,

kuiringi pemergianmu dengan secebis doa. InsyaAllah akan selalu kukirimkan buatmu. Moga dikau tenang di sana sahabat. 

Nurul Iman, saya sayang awak! Saya akan terus merindui awak! 

Izzati Hashim, 
Sayeda Zainab, Kaherah.

Let it rain by Majgreen of deviantART


nota : sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah nurul iman. Dan doakan moga keluarga dan housemates arwah tabah menerima ujian ini. 

nota 1 : mereka kata arwah sgt pendiam. Ya. Itu sifat arwah, tapi bila dgn saya arwah sgt peramah. Entahlah :(


nota 2 : air mata terus mengalir bila terus baca luahan hati ex-housemate Iman dan ini
Bersyukur sebab segalanya dipermudahkan. Alhamdulillah.

nota 2 : buat sahabat2 yg dah lama tidak berjumpa, saya pohon sejuta kemaafan andai ada salah silap selama perkenalan kita. Saya nak kalian tahu yg saya sayang kalian semua. Dan moga2 ada lagi pertemuan utk kita (=







urusannya sudah selesai. Kita?

btemplates

10 comments:

Ayu Saidi said...

takziah untuk arwah...
Allah Maha Besar dan Maha Berkuasa..
kadang-kadang tak trfikir pun cara kematian sbgitu. Dalam sekelip mata, djemput malaikat maut. Sedikit sbnyk diri ini trkesan dgn cara pmergiannya. Mudah bukan dan tanpa disangka. Innalillahiwa innalillahi rajiuun..

anonimosss said...

semoga keluarga arwah tabah mghadapi keadaan dan redha dgn kehendak-Nya.

Izzati Hashim said...

Dan kematian itu terlalu hampir dengan kita kan.

baru je post tentang mati, dan Allah uji dengan kematian sahabat terdekat. Allah.

sama2 kita doakan arwah, moga tenang di sana.

Anonymous said...

yer...mektie bru je post sal mati.. tibe2 terjadi kt kwn mek tie kan.sabar. Mek tie jg diri kt sane..xde da org d\nk jg tuh.mak ayah,kakak, abg sume kt kampung kan..

Izzati Hashim said...

insyaAllah.

saya ada adik je, xde abag atau kakak (=

insyaAllah. insyaAllah.

anonimoss said...

mek tie...sy pinjam email awak sat....tulis post kt blog kwn serumah arwah tuh..o0o0, mek ti ank sulong eh..Gud kakak...jd kan hosmate kamu tuh sperti adik beradik kamu tuh..2015 abes stdy kan? susah payah same2..hrp dorg memahami kamu..

Izzati Hashim said...

@anonimoss : pinjam email saya? aiyak. mana tahu email saya pe?

adehh~ kamu buat saya cuak la.

kalau tulis bukan2, sy dah curse kamu tau :D

2015-2016 mcm tu la baru hbs study sini.

syumul said...

tiba-tiba terdetik dalam hati dan saya berkata kepada diri
"bukan hanya doa dan al-faatihah yang perlu kau hulurkan. tapi kamu. kamu. HIDUPlah dengan sebenar-benar hidup insan"

dan ini kronologi di hari kejadian. ditulis oleh housemate Allahyarhamha http://drhymki.blogspot.com/. terus doakan mereka, kami dan keluarga arwah ya.

ibu hidayahamin said...

Bismillahirahmannirrahim

Ya Allah,
Kami mohon kepada-Mu agar
mencucuri rahmat ke atas roh
Allahyarhamah Nurul Iman
ampunilah dosanya,
sayangilah dia, maafkanlah dia,
luaskanlah kuburannya,
bersihkanlah dari segala kesalahan
sebagaimana kain putih bersih dari kotoran
dan peliharalah dia dari siksa kubur
dan siksa neraka.
Masukkanlah dia ke dalam golongan
hamba-Mu yang Engkau redhai
AMIN…

Izzati Hashim said...

@syumul : ya. betul kata enti. Kita yg kita hidup ni kena teruskan perjuangan.

insyaAllah. insyaAllah.

enti pun kena kuat.

@ibu hidayahamin : terima kasih (=

doakan kami di sini yg jauh dari keluarga tercinta.