Pages

Best ke?

Bismilillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Mesir mula 'panas', mungkin musim panas bakal tiba tak lama lagi. Tapi dalam rumah masih lagi sejuk. Tambah-tambah difayah (pemanas) yang sudah berusia 3 tahun itu rosak, bertambahlah sejuknya T.T. 

picture of deviantART

Siapa kata main salji tu best? =P

Sedar tak sedar, sudah seminggu result SPM keluar. Sekarang ni rasanya semua orang dah cool down dengan result masing-masing agaknya. Baguslah. Tentu sekarang semuanya sibuk mengisi borang itu, borang ini termasuklah adik saya sendiri. Moga Allah permudahkan segalanya (=

Bercakap soal isi mengisi ni, tentu ada yang memohon untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara kan? Tambah-tambah dengan result yang cemerlang. Dengar je ada yang buka tajaan terus isi. Oh, saya bercakap berdasarkan pengalaman sendiri :D

Hebat sangat ke belajar luar negara tu? Best sangat ke? Best ke ek (tanya diri sendiri)? Entah. Bolehlah kot. Kot?

Tertarik dengan komen sahabat saya di FB tentang isu belajar di luar negara ni. Mungkin sebab ada junior yang tanya dia ok tak apply luar negara. Katanya, "siapa kata belajar di luar negara tu lagi best dari belajar dalam negara. Belajar dalam negara lagi best!" Sebab apa? Masing-masing ada pendapat tersendiri dan antara pendapat dia sendiri, dekat dengan keluarga.
Suka dengan jawapan itu! (=

Dan memandangkan ada adik2 yang bertanya jadi ada baiknya saya berkongsi pengalaman sendiri. Jadi, best ke tidak belajar luar negara ni?

Pengalaman sendiri.

Saya bercakap mengikut pengalaman sendiri, tentang apa yang saya lalui sepanjang hampir 3 tahun di luar negara. Lain padang lain belalang, lain orang lain pengalaman, dan lain tempat lain situasi kan? Mungkin pernah berlaku pada diri saya tapi tidak pada orang lain. (=

Bgai saya, setiap perkara ada pro & kontranya. Jadi, belajar luar negara ni ada kelebihan dan ada kekurangnya. Dapat kelebihan, alhamdulillah tapi kalau ada kekurangan imbangilah di mana-mana supaya tidak terasa sangat kekurangan tu.

Kalau dulu bila sesiapa yang tanya kenapa nak belajar di luar negara, antara jawapannya sebab dapat main salji. Oh sangat keanakan =P.  Niat di hati nak berpijak di bumi Ireland tapi rezeki Allah yang beri dan sekarang saya di ardu kinanah, bumi Mesir. Mana ada salji kat sini walaupun negara negara ini negara 4 musim. 

Satu peluang yang baik.

Jujurnya, dapat belajar di luar negara ni satu peluang yang sangat baik. Alhamdulillah. Tambah-tambah belajar di Mesir. Mungkin kerana bumi Mesir adalah bumi Islam juga jadi segalanya senang terutama dari segi makanan, orangnya, dan budayanya mungkin tak jauh mana bezanya dengan M'sia sendiri. So, kalau negara lain tu kenalah bertanya pada senior-senior yang ada di negara tersebut. 

Jauh berjalan, banyak pengalamannya dan luas pemandangannya. Betul. Berada di luar negara ni menambahkan pengalaman buat diri. Bagaimana dapat mempelajari budaya dan adat resam sesuatu negara, cara pergaulan dengan rakyat setempat sebenarnya dapat membuka minda dan perlakuan kita sendiri. 

Nak tahu keadaan di sini, boleh KLIK SINI.

Dan belajar di luar negara ni, hakikatnya melatih diri menjadi insan yang berdikari. Dari tak pandai masak, boleh masak. Kalau dulu nak kemana-mana mengharapkan ibu ayah hantar dan ambil tapi kini takde dah semua tu. Dalam erti kata lain, semua benda kena buat sendiri. Dah takde nak harapkan mak ayah lagi ni. Memang hidup kena berdikari! :D

Pengorbanan.

 Walau 'best' sangat negara yang kita didiami tu kita tetap nak balik ke tempat asal. Hakikatnya belajar di luar negara perlukan pengorbanan yang tinggi. Berpisah dan berjauhan dengan keluarga, siapa yang nak kan? Tambah-tambah kalau lama pula jadi anak perantau, lagi la kena kuat semangat.

Hakikatnya, "while leaving malaysia, we have to prepare for a forever goodbye."

Bagaimana saya kehilangan insan-insan tersayang tatkala diri di perantauan memang menguji kekuatan. Nak balik, terlalu jauh dan mengambil masa yang lama. Jadi, hanya linangan air mata dan doa yang mengiringi dari jauh. Sedihkan? Hakikatnya begitulah bila berada jauh ni. Kena bersedia untuk terima apa-apa khabar dari M'sia. 

Balik pula setahun sekali, itupun kalau balik. Kalau tak balik, lagi lama tak jumpa keluarga, sanak saudara. Tapi best jugak, balik jarang-jarang ni, bila jumpa orang, diaorang akan rasa excited jumpa kita. Hehehe =P

Nah. Namanya pengorbanan kan. Jadi, kenalah belajar jadi kuat. Kuat untuk menghadapi segala cabaran berada di luar negara. Sekarang ni, hanya sahabat-sahabat yang ada di sisi. Suka duka dilalui bersama. Itulah realiti belajar jauh ni :D

A pause to reflect. 

Ambil masa, duduk berfikir, buat keputusan yang terbaik buat diri. Andai kata memang sanggup untuk berjauhan dengan keluarga, bersedia menghadapi suka duka di negara orang, pilihlah. Tapi kalau rasa lagi baik belajar di Malaysia sahaja, teruskan.

Rezeki ada di mana-mana, Allah yang memberikan rezeki. 

Belajar di mana-mana sahaja semuanya sama. Baik dalam negara ataupun luar negara. Ilmu ada di mana-mana. Hakikatnya, semuanya kembali pada diri kita sendiri. Rajin belajar, dapat keputusan yang cemerlang. Tapi kalau malas, sebaliknya. (=

Buat mereka yang bercita-cita untuk ke luar negara tapi mungkin peluang tidak secerah orang lain, jangan bersedih. La tahzan innallaha maana. Allah tahu apa yang terbaik buat kita, dan serahkan segalanya pada DIA. Teruskan langkah, kerana ini hanya baru permulaan. (=


picture of deviantART








nota : saya tahu mama tak bagi belajar jauh dulu tapi mungkin tengok anak dia excited dapat luar negara terus ubah fikiran. Thanks mama for that time. Tapi selepas dari itu, adakalanya hati bermonolog, "kenapalah mama tak cakap je tak boleh dulu?". Kuang3. :D

Allah tahu yang terbaik! (=

nota 1 : Kalau ada yang nak tanya lebih, rasanya boleh tanya personally k. Tak tahu nak huraikan macam mana dalam blog ni :D




















btemplates

14 comments:

cty natty said...

thnx share..okay..nt nak fikir btol2..mmg pon.dlm 3,4,5 thn dk ovrsea mcm2 bleh jd kan?

E n t o y C a i r o said...
This comment has been removed by the author.
E n t o y C a i r o said...

good sharing izzati!!..untung punyai akak seperti anda!...sy nk jadi adek anda boleh?(jk)

nur aisya humaira said...

macam best je zati..tpi tu laa, rezeki kt malaysia je..:)

Izzati Hashim said...

@cty : welcome dear (=
3,4,5 tahun itu memg mcm2 blh jadi, dan dlm masa yg sama pengalaman pun bertambah juga kan? (=

@entoy : thanks abg fahmi. (hakikatnya saya adik) :D

Izzati Hashim said...

@aisya : alhamdulillah ok lah, pengalaman kan (=

tapi kat mana2 pun ok je, ag dekat ag best! hehehe.

W Nurhadhirah A said...

nicely shared.

untung dapat blaja sini. biah yg sgt bbeza dgn msia. byk permata d sebalik debu2 yg ada. bgantung pd kita bgaimana tuk mendptkn permata2 tsebut~

=)

rina mohamed said...

thanks for sharing akak .
dulu ,memang teringin nak pegi oversea pn.hik3.
kalau ada rezeki,insya-Allah boleh pergi jugak .mungkin bukan sekarang =)

Izzati Hashim said...

@kak dira : mengutip permata debu2 pasir bukankah lagi mencabar? ag best :D hehehe

@rina : insyaAllah, ada rezeki smpi jua hasrat rina tu (=

Mie Kickdefella said...

ermm.. bertuahkn dpt stdy kt luar negara nie..
klu mie.. ntah leh dduk x kt cner tu..

Izzati Hashim said...

@mie : alhamdulillah. Rezeki Allah bagi nak suh kenal tmpt org kot (=

Noor Aqillah Majid =) said...

thanx sharing =)
sedang pertimbangkan perkare yg berkaitan ini :)

Izzati Hashim said...

@aqilah : selamat buat keputusan yg terbaik. Minta dari DIA, doa banyak2. InsyaAllah blh buat pilihan yg terbaik (=

amalina said...

saya mendapat tawaran belajar di USA n saya berpendapat agak sukar utk meneruskan perjuangan dalam foundation disebabkan background english saya yg terok.ada tips?
hope kak boleh fb saya, nak sembang lebih.
nurul amalina zulkifli