Pages

Buat mereka.

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Kedinginan masih terasa di bulan Mac ni,
agaknya bila pula musim panas akan menjengah kembali? 
Masih menginginkan musim sejuk terus berpanjangan, namun tetap setia menanti kehadiran musim panas sahara (=

Terasa ingin mencoret sepatah dua kata tentang result SPM. Laju tangan ingin menaip kalam-kalam semangat buat adik-adik yang tengah bersedih bila terjumpa satu dua blog yang menceritakan tentang result masing-masing.

Ada yang gembira, alhamdulillah, tahniah! Ada yang sedih, la tahzan innallaha maana. 
Buat mereka yang tengah bersedih;

"Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

surah Al-Baqarah, ayat 216 (2:216)

Ayat ini. Ayat yang saya suka. Ayat yang sering saya titipkan. Kalam Allah sangat indah, sangat suci, memang mendamaikan jiwa yang resah (=

Buat mereka,

SPM mungkin exam terakhir dalam kehidupan yang bergelar persekolahan. Masing-masing inginkan yang terbaik untuk masa depan yang terbaik. Ya, SPM memang akan menjadi permulaan untuk menentukan hala tuju kehidupan kita lepas sekolah. Sama ada masuk matrik, atau universiti atau nak teruskan STPM. 

Tapi andai kata, result yang kita inginkan tak dapat, itu bukan bermakna semuanya sudah berakhir. Tersenyum saya tatkala membaca blog adik-adik yg sebut pasal result. Jangan sedih-sedih sgt, ini hanya permulaan. Percayalah. (=

Siapa yang inginkan kegagalan? siapa yang ingin hadiahkan sesuatu tidak bermakna pada mak ayah? Tiada bukan, tiada! Tapi mungkin hanya itu yang terbaik buat kita, hanya itu rezeki yang Allah berikan pada kita, siapa kita untuk menolak ketentuanNya.

"bolehlah akak cakap macam tu, akak dah lepas, dah sampai Mesir pun." - sekadar monolog sendiri :D

Ya, dah lepas dan alhamdulillah rezeki Allah yang bagi. Tapi tak semestinya saya tak pernah merasai 'kegagalan' itu. Pahit. Ya, sangat pahit. Tapi bila renung kembali, segalaNya Allah dah tentukan, Allah nak bagi yang lebih manis lepas ni. InsyaAllah (=

Adik-adik,

Jadikan apa yang kalian dapat ni satu pemangkin buat kejayaan masa hadapan. Kuatkan tekad, tabahkan hati.

Bila dah masuk alam universiti, alam yang lagi jauh yang penuh pancaroba, pasti akan temui sesuatu yang lagi hebat. Dan saat itu, mungkin akan ada yang mengatakan, "SPM tu tiada pape pun, hanya sebuah permulaan." 

Tahun ni masuk tahun ke 4 meninggalkan alam SPM, dan saya akui, ya, memang betul. SPM hanya permulaan bukan pengakhirannya. Setiap kali nak kena tempuhi exam yang lagi besar yang lagi menakutkan, rasa-rasanya SPM tu hanya picisan. (=

Jangan sedih-sedih. Kalau kalian sedar, lagi kita sedih lagi mak ayah risau kan? Mana mungkin mereka menyalahkan kita, tapi mereka lah yang setiasa ada di sisi menyalurkan semangat supaya kita lagi kuat! 


Buat mereka,


yang berjaya dengan gemilangnya, tahniah! Allah permudahkan laluan hidup kalian, tapi jangan sesekali bermegah. Sekali sekala, pandanglah ke sisi, langkah bersama-sama. Dan buat mereka yang kurang bernasib baik, ingatlah ini hanya sebuah permulaan. Permulaan kepada sebuah kehidupan. 


(=

A pause to reflect.

Jadikan segalanya yang kita dapat hari ni, pemangkin kejayaan pada masa hadapan. Mungkin hari ni kita menangis kerana sebuah kegagalan, tapi dengan usaha yang berterusan kita akan beroleh kemanisan itu. 

Sapulah air mata itu, tak salah untuk menangis kerana kadangkala ia memberi kelegaan tapi usahlah terlalu berduka kerana ia hanya menyakitkan.

Percayalah, tidak Allah uji hambaNya melebihi batas kemampuan diri. Ini hanya permulaan bukan pengakhirannya!

Teruskan melangkah.

picture by lady tori of deviantArt

Kehidupan baru bermula!



nota : Oh. Teringatkan semua kenangan dari kecil sampai besar saat-saat terima result, penuh suka dan ada juga terselit kedukaan. 

-dah dapat buku don't be sad, bestnya! nak je bagi adik2 baca :D
-dengarkan Langkah Tercipta, Unic. Semangat2 (=

nota 1 : Tahniah Nur Azhani Mohd Hashim, proud with u sis! Anda cool la, kakak awak pun tak cool macam awak. Dan tentang hadiah yang angah mintak tu, gulrp. InsyaAllah along akan cuba utk dapatkannya! (=







btemplates

20 comments:

anan bt pcik dani said...

thanks akak. thanks a lot. for those words. hannan akan ingat katakata akak. :)

anan bt pcik dani said...
This comment has been removed by the author.
rina mohamed said...

oh no .i'm crying T__T

betul cakap akak .
rina yg nangis ,mama pulak yg tade selera nk makan .kalau kita sedih ,parents kita lagi sedih .

blog akak boleh bagi semangat dekat org2 yang rasa down lah .
thanks a lot akak :)

Izzati Hashim said...

@hannan : keep fighting! (=

@rina : jgn la nangis, senyum2. rina ag comel bila senyum k hehehe.

xde pape pun, sekadar perkongsian bersama (=

cty natty said...

thnx jgk akak.bila bc blog akak ni rasa dh semangat ckit.sblm ni rse dh tkde ms dpn..hehe..akak pon.good luck eh..moga dpt jd sorang doc yg bertauliah lg berjaya.dunia akhirat.amin~

Izzati Hashim said...

@cty : naa. tambah2 ag semangat yg ada tu, kena selalu tambah :D

thanks dik atas doa, insyaAllah (=

sama2 berjuang!

faRaH said...

thanks akak.

naimians jugak eh? rase2 knl laa adik akak, jumpe mase buat lesen.
nway, thanks a lot !
hari kedua masih sedih, sebak bile ingat balik result. hehe.
belajar untuk terima knyataan dan kuat semangat !~

faRaH said...
This comment has been removed by the author.
Izzati Hashim said...

@farah : a'a naimianz jugak. SPM 07.

oh farah buat lesen di lubuk jong jugak ke?

takde pape pun, bagi peringatan utk diri sendiri jugak ^^

bella clover ♥ said...

berbillion2 thanks akak. feels a bit better. i'allah. i'll slowly accept that fate :')

~MQ~ said...

walaupun bukn calon spm 2010,
ttp still rasa entry ini berguna buat semua,
terutama buat diri ini..
caiyok2.. =)

blackcardomompods said...

Beto tuh izzati kaknorpun suka ayat tu.sebab bila kita sendiri melaluinya,bru kita akur akn kbenaran itu.adakala kputsan spm yg xcemerlang bkn penamat kjayaan kerana ada insan hanya ada spm lg berjaya dr yg ada ijazah.bkn Allah bg kegagalan utk kita berusaha lebih lg kerana tanpa kegagalan kita hanya insan biasa.

Bila kita sudah menikmati kjayaan baru kita tahu betapa syukurnya kita akn kgagalan itu.

Pada yg berjaya tu,jgn sombong2! Perjln menuju ke peringkat ijazah itu masih jauh lg dan juga perjlnan yg seterusnya

(hishhh membebel pulok pagi ni)

hasbie said...

oke.first sekali.berjuta-juta thanks.mula2 tgk kat chatbox,curious nk thu sape.kot2 budak spm gk. oke.

sebelum bace blog akak,dah bace blog hannan,rina,cty, oke sekadar sebak.

bce blog akak=airmata jatuh.dengar lagu pulak.huishhh.memang time yang tetap.btw,feel much better.akak sangat memahami kami.

saya harap,nati saya besar,saya akan tabahkan budak2 spm yang gagal macam saya sekarang .macam yang akak buat.sangat2 bermakna. oke.TERpanjang.hee. thanks tak terhingga. hee:D

Izzati Hashim said...

@bella : takde pape dik (=
slow slow, insyaAllah u can :D

@MQ : lebih pada pesanan utk diri sendiri jugak, peringatan bersama (=

@kak nor : xpe eh nak bobel pagi2 pun :D dgr org duk bobel sekurang-kurangnya blh ambil input jugak kan?

yep. kalau tak pernah merasa mungkin takkan blh nak selami hati org sgt hehehe. kena kat muka baru tau :D

@hasbie : naa. nape nangis? akak wat ayat sedih ek? sorry huhuhu.

pape pun, bukan gagal tapi mungkin skrg bukan bernasib baik lagi. Takpe2, perjalanan masih lagi panjang. Teruskan usaha, teruskan langkah!

selamat berjuang!

(=

hasbie said...

agak la sedih.tapi sekarang dah janji tak mau nangis.*kadang2 tak tepati.lumrah insan biasa. hee. oke.mungkin teruk sangat perkataan gagal.oke.tak berjaya much better la kot.hee.thanks for the wishes.harap2 berjaya nanti.heee~ doakan kami ~

Izzati Hashim said...

@hasbie : insyaAllah (=

keep moving, life must go on! ^^

Novelgurl said...

Salam..terima kasih kak ats semngt tu ^^

Izzati Hashim said...

wslm wbt.

sama2 dik mastura (=

izzati wanie said...

erm..terima kasih,kak..nasihat akak tu sgt2 berharga tau..
huhu
paling penting,dimana akan kita kahirinya,kn??

Izzati Hashim said...

@izzati wanie : (=