Pages

doctor to be.

Bismilillahirrahmanirrahim, 
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Terdetik persoalan di benak fikiran,

"Kenapa aku pilih bidang perubatan 3 tahun yang dulu?"
"Kenapa aku tolak tawaran asasi kejuruteraan di UIA semata-mata sebab medic?"


Rasanya, dua-dua yang minat. Rasanya dulu, lagi terror dalam kimia dari biologi (oh, izzati hashim perasan). Habis tu, kenapa pilih medic juga? Apa lebihnya bidang perubatan ni?


Shhhuhh.
Main jauh-jauh la anasir-anasir jahat! 


Mungkin sebab risau. Ya risau. Diri ini bakal melangkah ke alam klinikal tak lama lagi, tapi terasa bagaikan tiada apa-apa. Dan risau sebab masih merangkak-rangkak dalam semua benda. Terasa 'jealous' melihat mereka-mereka yang sangat produktif bila berbicara soal medic sedangkan diri masih terkapai-kapai di lautan yang tak berapa nak dalam.


Hakikatnya, ambil medic ni bukan senang. Kena kuat semangat, kena tabah nak lalui jalan ini. Bukan mudah nak 'bermain' dengan ciptaan Allah yang paling unik dan istimewa. 


Ada apa dengan medic?


Sebab ada title Dr.? Gaji tinggi? Orang pandang tinggi? Nak bantu family? Entah. Rasanya, gaji doktor tak banyak pun kalau nak dibandingkan dengan kerja 24/7. Kalau ikutkan, doktor sangat-sangat la busy terutama ketika buat housemanship (HO). Tiada masa dengan family, sibuk dengan kerjaya (kesian future housemate). Dan yang paling penting, kalau ikut etika, doktor tak boleh rawat keluarga sendiri. :D


Nah. Tiada apa yang best pun jadi doktor T.T


Tapi kenapa saya pilih perubatan 3 tahun yang lepas? Kenapa yer? 


Sebab Allah dah pilih saya untuk berada di jalan ini, bidang ini. Typical answer! Oh, entah. Mungkin sebab minat yang tinggi sangat time tu nak jadi doktor dan dengan result yang membolehkan untuk apply bidang ni dan alhamdulillah Allah permudahkan segalanya. (=


Itu dulu, ketika tengah semangat nak buat doktor. Hohoho. Sekarang ni, dengan semangat turun dan naik. Sekejap di zon yang paling tinggi, sekejap mampu menjunam hingga ke bawah. Susahnya nak balance kan ia! :(


Namun, hati kecil ini berbisik. Mungkin Allah letakkan saya di jalan ini, mungkin untuk menyenangkan kerja dakwah nanti. Tingginya bunyi! :D


Pernah seseorang memberitahu saya, kerjaya doktor adalah kerjaya yang paling dekat dengan masyarakat. Sambil merawat fizikal pesakit, boleh juga rawat jiwa dan rohaninya sekali kan? (=
InsyaAllah, tengah melatih diri untuk menjadi muslim doktor.


Dan yang paling suka belajar medic di bumi Mesir ni, sebab terasa dekatnya dengan DIA bila belajar tentang ciptaan DIA. Sungguh. Terutama belajar anatomy. Doktor-doktor kat sini selalu kaitkan semua yang kami belajar dengan Allah. Terasa dekat di hati (=


Kalau nak suruh saya senaraikan kenapa mengapa saya memilih medic mungkin jadi panjang rasanya. Cukuplah sekadar ini untuk menenangkan hati sendiri :D


A pause to reflect.


Nak ambil medic boleh. Silalah. Lagi ramai lagi bagus, sekurang-kurangnya nanti doktor dah tak busy :D Cuma, fikirlah dengan baik-baik. Kalau hanya sebab result gempak, rasanya fikirlah dengan mendalam. Medic bukannya senang. Bimbang andai kata tiba-tiba bila hilang minat, susah untuk meneruskan perjalanan. 


Persoalkan balik kepada diri. Mengapa dan kenapa. Sekurang-kurangnya tak jadi seperti saya yang apabila tiada semangat terus bermonolog macam di atas. (=



study la izzati hashim! study! :D


dan saya suka dengan pilihan yang dah saya buat 3 tahun lepas. Sebab apa? Sebab saya tahu DIA tahu apa yang terbaik buat diri yang kerdil ini (=











Saya nak cakap apa sebenarnya ni? Tajdid niat please.


nota : nak kena lepas 'situasi' ini mungkin baru keadaan kembali normal. 


btemplates

22 comments:

Entoy Cairo said...

sy nk curi semangat anda ye..=)

Izzati Hashim said...

@entoy : jgn la curi. dah xde nih ho3.

W Nurhadhirah A said...

hohoho.. kenapakah kita sgt byk persamaan ni!? sama2 lg terror kimia dr bio~ ngeh3 :D

cmne ni mc't. nk curi semangat sape? asyk turun je.. :(

btw, nice entry. keep it up!

Izzati Hashim said...

erk~ akak pun dapat tawaran engineer jugak ke? kalau ya, memg byk sama la! hehehe.

meh2. kita share smgt sama2 :D
sharing is caring hohoho.

thanks kakak! ♥

nur aisya humaira said...

cayok2 zati...:)
aisya doakan semoga berjaya zati..:)

Izzati Hashim said...

thanks aisya (=

insyaAllah. Same goes to you dear (=

Syukri Kamaruddin said...

kalau dh buat kputasan,kena la bpegang dengan keputusan tu.. good luck ea :)

W Nurhadhirah A said...

eh, xdela dpt twrn engineer. sbb x apply, mmg x minat~ hehe
same tang yg lg terror kimia tu :D

hee~ jom2, share sama2 <3

nothing at all dear~

Izzati Hashim said...

@syukri : yep. memg kena berpegang pun, xleh dah tukar2 hohoho. unless ada mesin masa :D

@kak dira : oh. ingatkan apply jugak. haa, satu ag. dulu akak dpt matrik mana? ngeh3.

W Nurhadhirah A said...

hee~ akk apply bidang perubatan semenye.. minat kimia lbh dr bio tp minat medik lbh dr engineering.. hehe :D

dpt matrix melaka tp x g pn. g usim wt tamhidi pergigian sbulan b4 dpt call suh fly =)

Izzati Hashim said...

oh lain2, ingatkan sama jugak hehehe. Saya dapat matrik kedah, KMK. dah pergi pun, tapi tak daftar je sebab pagi daftar dpt call dapat JPA ngeh3.

tu la, minat medic lebih dari engineering :D

mia sephia said...

tersenyum baca entry ni :) sgt setuju ~

syurga kaseh -azlina 2 said...

assalamualaikum izzati....

perasaan yang berperang dlm hati izzati seakan sama seperti yg akkk baca di blog dr azad...
tenangkan hati dgn berfikiran semua perkerjaan di lakukan kerana Allah tidak ada perkara yg mudah di dunia ni...hilang kan fikiran dr memikirkan perkara yg akan tau blm berlaku kerana ianya akan membuatkan hatimu gundah gulana....

insyaallah setelah beruseha..bertwakallah kpd allah semuga segala perkerjaan,perjalanan hidupmu di permudahkan Allah..

walaupun hidup ini akan menempuh saat2 yang mendugakan insayaallah jika kita yakin pada Allah pasti di tunjukkan allah jalan keluarnya..

Izzati Hashim said...

@lily @ mia : :D

setuju? erk~ sama situasi ke? ho3.
we are in the same boat with the same destination.

@kak azlina : wslm wbt.

baik kakak, InsyaAllah. Terima kasih atas nasihat2 itu, sgt2 berterima kasih (=

zida said...

salam kak izzati hashim, macam biasa pulak dengar nama ni bila ada program. hehe

best! zida pun kadang2 menyesal gak amek ehhhhh tapi tak boleh la kan, dah ni jalan yang kita pilih. hehe zida pun dulu kat uia amek engine. tapi seriously tak minat physics dan masa tu nak sangat medic, ha amek kau sampai jugak kat Cairo ni..huhuu

all the best sis. teruskan membuat entry bersemangat untuk saya macam ni~ lalala ;)

Izzati Hashim said...

@zida : wslm wbt (=

sempat ambil bape lama engineering kat UIA tu? best x? hehehe.

Allah tahu pe yg terbaik, tapi normallah mcm akak ni, bila terasa down sikit mudah hilang semangat, nak kena selalu top up! (=

all the best to you too dear, da rezeki insyaAllah ketemu di bumi Mesir ni (=

Anonymous said...

Assalam~ sy nk tanya...sy diberi tawaran untuk sambung medic...tp masalahnya...sy bukan jenis kuat/mahir dalam bidang agama..katakanlah suatu hari jd doktor..sy sibuk melayan pesakit..menguruskan kes..sampai sy tolak urusan agama..mcm mne..............adakah pahala menyelamatkan pesakit mampu meng-top-up kelemahan saya?...bukan sy neglect terus kewajipan(solat)...cuma lemah...

myra zahirah said...

salam akak :) alhamdulillah . semoga saya pun dapat semangat sama mcm akak . saya masih bertatih dalam dunia medik . dan masih lagi nak dgn adapt suasana di mesir ni hehe . semoga kita dipermudahkan allah utk mempelajari ilmuNYA . dan paling penting semangat ni akan kekal sampai bila bila insyaallah :)

Anonymous said...

nice post...

rumah dijual di surabaya said...

nice post...

'Atiqah Mahmud said...

Hows about now akak? Still thinking why?

I think we will always question ourselves of why? Until we got tired with this question without answer thing.

my friend said, "bcoz life dont have return button"

Yeah why bother? Dats what i think now^^

-HO skrng?

Izzati Hashim said...

Regret? Nope. Allah dah takdirkan untuk berada di atas jalan ini, maka kena teruskan.
:)

Hanya hamba, itu yang kadangkala mengeluh. Lupa kita ni hanya hamba.
:')