Pages

Bila tiba saatnya.

Kedengaran sayup-sayup bacaan surah Yaasin dari kaset yang dipasang,
terdengar raungan hiba dari sanak saudara,
lantas kujenguk dari jendela tingkap, 
kelihatan mereka memenuhi laman depan rumah.
Kesayuan, kehibaan jelas terpancar dari raut wajah mereka.
Bagaikan dapat kurasakan atmosfera kesedihan itu.


Siapakah yang meninggal?
adakah seorang datuk atau nenek yang sudah tua? 

Atau seorang ayah yang selama ini membanting tulang mencari rezeki?
Atau si ibu yang tidak pernah kenal erti jemu mengasuh anak-anak? 
Atau mereka yang masih lagi bertatih mengenal erti kehidupan ini?


Al-Fatihah.

"...Maka apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun."
surah An-Nahl, 61 (16:61)


Pernah diri terasa takutkan sesuatu. 
Yang membuatkan jiwa ini menangis keseorangan. 
Ingin diluahkan terasa mulut bagaikan dikunci. 
Penat berfikir, apakah esok detiknya? 
Hati bermonolog. 


Tak mungkin! Aku belum bersedia.
Masih banyak yang belum aku lakukan!
Perjalanan aku masih jauh, 
banyak harapan yang memberat di bahuku ini!
Jangan.
Belum masanya lagi!
Hati menafikan. Tetap menafikan.
Tidak. Belum. Hati bertingkah.
Bagaikan tahu jalan cerita itu.


Di malam yang hening,
saat insan lain lena diulit mimpi,
aku masih begitu.
Ingin dilelapkan mata,
tapi terasa ketakutan itu datang,
bagaimana kalau mata ini tertutup terus?
Masih adakah hari esok?
Ada. Ada. Ada.
Hati menyakinkan sendirian.
Hinggalah akhirnya terlelap sendiri.


Azan subuh menyedarkan aku,
lantas aku bangun.
Syukur. Aku masih hidup.
Aku masih bernyawa!
Subuh untuk hari ini masih ada.
Alhamdulillah.

Namun, hati masih resah, 

masih degil untuk terus bermonolog.
Bilakah?
Mungkin sekejap lagi. Tidak.
Apa kau sudah bersedia? Tidak.
Andai itu takdirnya kau mesti menerima!
Tidak. Tidak. Tidak!


satu mesej diterima.
"tazkirah mati adalah tazkirah yang terbaik. Bersyukurlah diberi peringatan oleh Dia. Orang yang mengingati mati adalah orang yang bijak." 


Betul. 
Allah tengah mengetuk pintu hati rupanya.
Selalu ingatkan mati, supaya hati tak terus leka.
Allah nak selalu ingat Dia.
Jangan duakan Dia!


Hati mula tersenyum,
lapang. 
Terasa damai di situ, 
Alhamdulillah.
Terima kasih Allah. 


(=




nota : ♥ ♥ ♥ ♥ 


terasa hari ni bagaikan hari sayang sedunia. Saya sayang keluarga saya, saya sayang sahabat-sahabat saya. Saya sayang kenalan saya. Saya sayang mereka dan saya sayang anda jua. 


sayang kerana ikatan kekeluargaan, sayang atas dasar ukhuwwah islamiah, atas dasar satu akidah, hanya kerana DIA. InsyaAllah (=

jom dengar lagu selimut putih :D





btemplates

17 comments:

Noor Aqillah Majid =) said...

hari ini, sy baru kehilangan mak ngah.. Al-Fatihah..

Izzati Hashim said...

tahziah Noor Aqilah. moga Allah rahmati roh beliau. kita doakan.
sabar yer.

~ mQ ~ said...

assalamualaikum wbt,
sudah berwajah baru,
terasa lain lak,
apa pun terus maju jaya.. (",)

Izzati Hashim said...

@mq : diri sendiri pun terasa lain. tgklah bertahan smpi bila (=

thanks mQ. Same goes to you too.

nur aisya humaira said...

monolog seorang diri,bagus utk dishare bersama..:)

Izzati Hashim said...

@aisya : hati yg sering bertingkah :d

Pengembara said...

menarik puisi tu..tapi warna warni khdpn x sampai mcm tu kot..

Izzati Hashim said...

@pengembara : (=

itu sebahagian dari nota hati saya sendiri (=

tapi blh saya tahu apa mksdnya yg WWK xkan smpi mcm tu? x berapa nak faham...(=

BaiTiL a'tiQa said...

'selimut putih'

Salam juang....

Izzati Hashim said...

@baitil atiqa : salam juang kembali sahabat (=

najihatussolehah said...

pandainya mengarang puisi...:)

Izzati Hashim said...

@najihatussolehah : nampak cam puisi ke? (=

iqbalsyarie said...

Oh. setuju dengan artikel, dan berkenan benar dengan corak penyampaian yang bagi saya, mudah benar dicerna oleh minda sedar saya. Terima kasih :) Dan benarlah.... cukuplah mati itu memberi kita sedar, dan sebab utk kita taat

Izzati Hashim said...

@iqbal : terima kasih kembali sahabat (=

Ibnu Mutalib said...

lawat kembali...
suka tinggalkan jejak kat komen,boleh ya!
btw,trimas atas kunjungan...
:-)

fuad ansari said...

Sama2 melakukan persedian menghadapi kematian.. ternyata mati itu tidak mengira siapa..

Yang sihat mahupun yang sakit..
Yang muda mahupun yang tua..
Yang kaya mahupun yang miskin..
Yang bersedia mahupun yang tidak bersedia..

Moga kita semua beroleh husnul khotimah.. Amiin.. (",)

Izzati Hashim said...

@fuad Ansari : insyaAllah. amin. Itu impian setiap insan, moga beroleh husnul khatimah.

insyaAllah. amin (=