Pages

Kena tutup!

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Musim sejuk kian berlalu pergi, terasa musim panas mula menyapa. Oh. Musim panas sahara yang mungkin akan buatkan diri lagi seronok berada di rumah berbanding keluar dari rumah kecuali ke kelas. (=

......

Teringat saat melawat ke Piramid bulan satu hari tu apabila ada dua orang pelancong Jepun yang tiba-tiba bertanya kepada kami kenapa kami memakai hijab di kepala. Erk. Terkedu sesaat sebelum saya mengatakan kepada mereka ini semua tuntutan agama. Dan kemudiannya diaorang berlalu pergi. 

Hati saya berdetik. "Argh, banyak lagi yang boleh diperkatakan."

Aurat.

Waktu saya di sekolah rendah lagi, mama abah dah ajar pada saya dan adik-adik untuk bertudung ke sekolah. Tapi mungkin saat itu masih lagi on off. Alhamdulillah bila dah akil baligh, dan kemudiannya saya diterima ke SMKA Naim Lilbanat saya mula memahami kenapa kena pakai tudung dan menutup aurat. Alhamdulillah.

"Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali kepada.... (hingga akhir ayat)."

surah An-Nur, 31 (24:31)

Apa itu aurat? Aurat adalah aib, jadi menutup aurat adalah menutup aib kita sendiri. Allah sudah jaga kita sebaik-baiknya dengan meletakkan tuntutan kenapa kita mesti menutup aurat, tapi kenapa sekarang ini ramai di antara kita dengan megahnya membuka aib kita sendiri? Tak terasa segan ke dengan DIA?

Teman, mengikut jumhur ulama (persepakatan ulama), aurat kita sebagai orang perempuan meliputi semua anggota tubuh badan kecuali  tapak tangan dan muka. Hanya itu. Itu sahaja yang dibenarkan oleh agama untuk kita buka. Itupun kadang-kadang muka yang cantik yang mampu membawa fitnah disarankan untuk berpurdah. Bukankah cantik kalau kita menjaganya?

Izinkan saya untuk mengajak kita semua berfikir, untuk sama-sama muhasabah kembali tentang diri kita sebagai orang perempuan.

Saat ni, tatkala diri berada di akhir zaman, terlalu banyak fitnah yang ada. Apatah lagi seorang perempuan, perempuan ni adalah fitnah! MasyaAllah, bukankah gerun andaikata kita adalah fitnah? Atau itu biasa?

Allah gariskan kepada kita semua panduan tentang aurat. Dalam surat cintaNya kepada kita semua, terkandung segalanya. Allah beri kita Al-Quran, untuk kita baca, untuk kita fahami dan untuk kita ambil peringatan. Allah kasihkan kita semua.

Allah suruh kita tutup aurat bukan apa, untuk pelihara maruah kita. Pelihara diri kita. Bukankah kita nak jadi yang solehah? Kenalah jaga semua tu. Perintah Allah ada sebab dan hikmatnya, dan kenapa kita nak mengingkarinya? 

Menutup aurat VS Membalut aurat

Sedih, sayu rasa hati saat melihat gambar-gambar yang tak sepatutnya diperlihatkan kepada kaum adam. Siapa mereka untuk melihat perhiasan kita? Tapi siapa yang patut dipersalahkan, tentulah diri sendiri. :(

Agama Islam agama yang mudah namun bukan bermakna kita boleh mempermudahkannya. Allah suruh kita menutup aurat, bukan membalutnya. Membalut aurat?

Erm...

Mungkin sudah mengikut garis panduan menutup aurat tapi sayangnya ketat. Sehinggakan menampakkan bentuk tubuh badan. "Erk. Salah ke? Ok lah tuh, dah kira tutup aurat la tuh. Kata nak suruh tutup semua kan." 

Agak2 lah kan, kalau ada si perogol ni, mana dia pilih? Dua-dua menutup aurat, tapi seorang pakai baju besar-besar, longar-longar dan seorang lagi segalanya ketat memang sah-sah nampak tubuh badan. Mana dia terkam dulu? *devil*
Fikirkan sendiri (=

Ingat! Allah suruh kita tutup aurat untuk menjaga maruah diri kita. Pakailah baju yang longgar, tidak jarang dan labuh. Kan cantik? Lagipun sekarang ni banyak sangat baju-baju muslimah yang ada. Tak pun senang-senang pakailah baju kurung. Lagi ayu, lagi manis, sopan :D

Peringatan demi peringatan.

Rasanya dari zaman sekolah lagi dah ada kempen tutup aurat. Kempen yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas :D



dari dulu lagi poster ini :D


Kalau kat sekolah dulu, 

"tudung tu biar labuh sikit!"  

"jangan pakai baju sekolah yang kain licin, seksi!"

"pakai inner kain! nanti berdiri tengah panas nampak bayang2 kaki."

Bukan cikgu atau ustazah tak pesan, selalu ingatkan anak-anak murid diaorang. Ada juga yang memberontak. Kalian tak rasa rugi ke? 

Mungkin di zaman sekolah ada ustazah atau cikgu untuk menegur, kalau di rumah mungkin ada ibu ayah atau adik beradik yang menegur. Tapi bila masuk universiti, kita ada siapa? Kawan? Belum tentu kawan nak menegur kalau kita salah. Akhirnya kembali pada diri sendiri juga.

Sekarang ni pun, kempen tu masih ada. Seringkali saya tengok di FB, ada kawan2 yang giat kempenkan kempen tutup aurat ni. Baguslah. Manusia memang mudah lupa, kena selalu beri peringatan. -.-


Malu itu sebahagian dari iman.


"wey, baju tu cantiklah. Jom beli. Boleh pakai time dinner." - R
"erk. baju tu memang cantik. Tapi... baju tu kecil la, muat2 badan je. Malu nak pakai." - I


kan bagus kalau masih ada malu dalam jiwa. Malu. Apa yang kita nampak sekarang ni, sifat malu tu kian terhakis dalam jiwa kita. Sekarang ni makin ramai yang kurang sifat malu tu. Sedih kan? 


Cuba jadi malu bertempat. Malu andai kata nak pakai baju yang ketat-ketat, jarang di khalayak ramai, malu untuk freehair, malu untuk membuka aurat. Malu! Malu!

Padahal, malu dengan seorang perempuan itu sepatutnya sinonim bukannya antonim. Bahkan malu itu sebahagian dari iman. Kurangnya malu adakah bermakna kurangnya iman kita? Nauzubillah. 

Muhasabah. 

Seorang senior di sekolah dulu seringkan ingatkan kepada kami,

"Adik2, kita orang perempuan ni bagaikan permata yang berharga. Permata tu ada dalam kotak yang cantik. Kemudian letak pula dalam bekas yang hanya orang boleh lihat tapi tak boleh sentuh. Kita kena jaga diri bagaikan permata tu." - Kak Su.

Seringkali ingatkan diri, aku nak jadi permata yang berharga. Bukan sebarangan orang yang boleh menyentuh atau melihatku. Jadilah sang durrah yang bernilai (=


saya malu -.-



nota : Maaf. Mungkin saya bukan seorang ustazah untuk menegur berkaitan hukum hakam, apatah lagi untuk mengatakan itu salah ini salah. Hanya peringatan bersama.

nota 1 : nak tahu lebih lanjut tentang aurat dan hukum hakam berkaitan dengannya, boleh merujuk terus kepada yang lebih arif.


(=




btemplates

7 comments:

~PENCHENTA~ said...

Yes! tutup. jangan balut. sekarang semua dah pesen legging2 n XS shirts. benci bila pegi class asyik kena tunduk. last2, saya cop tempat depan lecturer. senang. haha. :P

iqbalsyarie said...

Bagi saya, memberi peringatan di blog (melalui tulisan) adalah lebih menyentuh hati :) Teruskan memberi peringatan kepada diri, kerana yang pasti Allah akan membuka hati orang lain jika kita sendiri telahpun membuka pintu hati kita :)

Izzati Hashim said...

@tahieyah : boleh je nak pakai semua tu, kat umah lah :D

tapi kat umah pun depan mahram je lah. depan sepupu sepapat, ipar pun x blh dah. (=

asal lak nak tunduk, malu ey? hehehe. kita yg tgk pun malu kan (=


@iqbalsyarie : insyaAllah. bukan senang kadang2 nak dpt ilham tu (=

Syukri Kamaruddin said...

rasanya ramai yang tak faham konsep tutup aurat sebenarnya..ingat asal tak nmpak kulit tu dah kira tutup aurat ke..aishh

Izzati Hashim said...

@syukri : dan itu tanggungjawab kita utk memahamkan bagi yang tak paham (=

E n t o y C a i r o said...

ustazah.....doctor...

nice writing...

nice opinion...

nice language...

keep a awesome writing like this!

Izzati Hashim said...

@entoy : terima kasih entoy. Tgh berusaha nak jadi muslimah doktor. InsyaAllah (=

doakan (=