Pages

sakit itu nikmat.

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Sakit itu nikmat?
*terkelip-kelip anak mata*

NIKMAT?!

"A'a, betul. Sakit itu nikmat."

"Nikmat...? Nikmat kesakitan? Nikmat yang tak terkata sakitnya tu? Itu dipanggil nikmat?"

"A'a."

(=

Agak-agaknya bila sebut sakit gigi, sakit tak? Kalau kena migrain, sakit tak? Siapa-siapa yang alaminya mungkin tahu bagaimana rasanya sakit tu kan. Allah. 

Saya tidak ada migrain jadi saya tidak tahu tahap kesakitan tu bagaimana. Cuma mungkin sakit gigi tu pernah rasa. Sakitkan? Sakit yang sampai boleh mengeluarkan air mata tanpa disedari. Sebab manja.


Sakit itu nikmat.

Kenapa saya kata sakit itu nikmat? 

Sebab, dalam kita sakit, sedar tak sedar Allah tengah bagi peluang untuk kita mengingati Dia. Setiap kali rasa sakit tu datang, mulut tak lekang menyebut kalimah Allah. Memanggil-manggil nama Allah. Kita berdoa supaya Allah kurangkan kesakitan yang kita alami.

Kita merintih dengan Allah. "Allah, kurangkan rasa sakit yang aku rasa ni. Tak tertahan rasanya." Kita sebut nama Allah, kita berdoa pada Allah. Kita kembali mengingati Allah! Kita kembali mendekati Dia. Bukankah selangkah kita menghampiri Dia, seribu langkah Dia menghampiri kita kembali? Allah.
Bukan ke nikmat tu? 


Hatta, kadang-kadang sebab sakit ni lah satu jadi titik perubahan kepada diri. Satu titik U-Turn. Mungkin yang dah terlajak ke jalan yang salah, sakit ni lah yang jadi titik U-turn untuk kembali ke pangkal jalan.


Banyak kisah-kisah teladan yang boleh kita ambil iktibar dan tauladan. Apakah kita nak tunggu sakit dulu baru nak berubah? Sudah terhantuk baru terngadah. Jangan jadi begitu. Sebab kita tidak tahu apa jalan ceritanya.


Kita tidak tahu apakah andai kita sakit, kita mampu kembali sihat seperti dulu. Andai kita sakit, kita tidak tahu bagaimana keadaan kita, apakah redha menerima atau sebaliknya.


Muhasabah diri.


Bukan dipinta kesakitan itu datang. Cuma ingin mengajak diri, memperingatkan diri. Jagalah kesihatan sebaik mungkin. Saat sihat, insyaAllah semua perkara boleh dilakukan, senang dilaksanakan.


Tapi andai kata sakit itu yang menjengah, ajarlah diri untuk bersyukur. Bersyukur sebab Allah tengah bagi peluang untuk kembali dekat dengan Dia. Mungkin sebelum itu hati sedikit lalai, moga dengan sakit yang ada jadi satu titik u-turn untuk kembali pada yang Hak. 


credit to Mr. Google (=

kalau 'hati' yang rosak, lagi teruk =.=




Sakit itu tetap sakit.
Cuma sakit itu nikmat,
bila kita tahu di mana letaknya nilai syukur padanya.


Cari jom! (=








nota : Dr. Oskar dah macam atok saya. Anda hebatlah Dr. Oskar. Moga Allah rahmati Doktor. (=


muhasabah cinta, Edcoutic. 





btemplates

8 comments:

amalin shafirah said...

teringat pulak time sakit2 kepala dulu..migrainkah??xsure..^^,

yup,mase sakit sangat2 merasai nikmat sihat dan mulalah double istighfar..sakit yg berhikmah..alhamdulillah syukran atas perkongsian ukhti^^

Izzati Hashim said...

@amalin : tatau la tu. X pernah merasa kena sakit migrain, tgk org merasa nampak agak menyakitkan. Jumpa la doktor (=

terima kasih bertandang ke sini (=

zulaikha said...

salam ziarah, uhkti :)

ada satu kisah sahabat (maaf, x ingat the exact details) apabila jarinya terluka dan berdarah, tapi masih mampu tersenyum melihat luka tersebut.

sahabat yang lain hairan, lalu bertanya kenapa dia senyum walaupun tahu luka itu sangat sakit?

sahabat itu membalas bahawa dia sangat gembira kerana dosanya dihapuskan oleh Allah sebagaimana darah yang mengalir darinya jarinya yang terluka itu.

subhanallah, indah sungguh bila setiap kejadian yang berlaku dilihat hikmahnya melalui kacamata ISLAM.

insyaALLAH, teruskan tsabat, ukhti :)

nice post..keep it up!! ^__^

Izzati Hashim said...

@zulaikha : wslm wbt.

terima kasih share cerita (=
berusaha jadi mcm sahabat, memandang pada hikmatnya sakit itu.

insyaAllah. InsyaAllah.

(=

~ mQ ~ said...

sakit adlh nikmat..
sungguh!
adlh perasaan yg sgt mengujakan,
kdg2 memerlukn air mata sbg ganti,
tp mcm sis izzati kata di Lautan Rabbani,
Setiap perkara pasti ada hikmahnya,
sakit juga sbg antibiotik buat ego dan takabbur,

terima kasih diucapkan~
satu utk artikel yg dilakar,
dua atas peninggalan jejak di Lautan Rabbani. (",)

moga Allah kasih.
~ mQ ~

aienlife said...

betol tuh betol .
saket tuh nikmat lryte >.<

E n t o y C a i r o said...

migrain mmg very-very stuck...hehe...(dah kene la ni)..

robbuna yasfik ya izzati...(maaf paksa chat)

Azam Sad said...

setuju bahawa sakit itu nikmat...tak semua orang diberi nikmat sakit...hanya mereka yang sakit tahu akan nikmat sakit tu..