Pages

ADA?

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Hati mendambakan kasih Ilahi, ingin dicintaiNya. Terdetik di hati, apakah cukup amalan yang kubawa hari ini andai seketika nanti adalah saatnya? Tentu tidak, tak cukup lagi. Terkenang satu kisah yang pernah saya dengar. (Kisah benar).

Saya ringkaskan ceritanya, 

Ada seorang hamba Allah ini yang bergelar ustaz. Dan di kampungnya dipanggil ustaz muda, mungkin kerana faktor usianya yang belum lagi menjengah ke angka 30 an. Beliau dihormati oleh orang-orang kampung kerana sifatnya yang terpuji. Beliau merupakan Imam di salah satu masjid di kampungnya dan disegani oleh orang kampung.

Suatu hari, ketika sedang ingin menyampaikan khutbah Jumaat di mimbar, beliau jatuh terduduk di atas kerusi di atas mimbar. Sesaat, dua saat masih begitu. Hadirin jemaah mula pelik, "apa yang terjadi?". Hadirin mula tertanya-tanya.

Lantas, naik dua tiga orang jemaah ke atas. Pabila digerak-gerakkan, rupanya Ustaz M sudah meninggal dunia! Innalillahiwainna ilaihirajiun, dariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali. 

.....

Sewaktu proses memandikan jenazah, menurut ustaz (ustaz A) yang mengendalikan jenazah tersebut. Jenazah berbau harum, dan bila hendak dikafankan jenazah seolah-olah sedang tidur. Tidak kelihatan sudah meninggal dunia. Allahurabbi.

Keadaan itu menyebabkan ustaz A terasa kagum dan dia ingin mengetahui apakah amalan yang allahyarham sudah lakukan semasa hidupnya. 

Ustaz A menemui balu allahyarham Ustaz M dan ditanya apakah amalan yang dibawa oleh allahyarham ustaz M.

dan dijawab oleh isterinya,

"Semenjak saya hidup bersama dengan allahyarham, saya tidak pernah melihat beliau meninggalkan solat sunat duha dan solat sunat witir sebelum beliau tidur."


Al-Fatihah.

....

Allahurabbi. Ya Rabb. Segala pujian hanya kepada Allah yang Maha Agung dan Maha Esa. 
Kalau Dia nak tunjukkan sesuatu pasti mampu untuk Dia lakukan. Dan segalanya adalah peringatan buat kita semua. Allah memuliakan mereka yang beramal soleh di dunia lagi, di akhirat nanti? Subhanallah. 



Hati saya tertanya-tanya, fikiran saya jauh menerawang berfikir. Allah muliakan mereka yang beramal soleh. Dan saya? Agak-agaknya, apa yang yang saya akan bawa untuk dipersembahkan kepada Allah? Amalan apakah yang mungkin walau hanya sedikit tapi mampu untuk saya akui, ADA.


Allah. Allah. Allah.


....


Solat fardhu? Cukupkah? Bila azan berkumandang, jasad masih ralit di depan TV, masih setia di depan laptop. Ada masanya subuh menjadi subuh gajah, takpun subuh dinasour. Ya Rabb. Malunya! Solat sunat? Culas. Kalau berjemaah, bila tengok orang buat, rajin nak buat. Bila seorang-seorang, malas. 


Puasa? Puasa ramadhan, alhamdulillah penuh. Puasa sunat, Isnin atau Khamis? Erk. "Nantilah, minggu depan, minggu ni kelas penuh, tak larat." Minggu depan dan minggu depan, sampailah bertemu ramadhan kembali.  


Itu puasa, sedekah bagaimana? Rajin tangan menghulurkan sedekah walau hanya segeneh dua geneh (lebih kurang RM1 & 2)? Hati lebih banyak mengatakan, "tiap-tiap hari aku lalu jalan, tiap-tiap hari aku jumpa mak cik ni. Takkan setiap kali tu aku nak bagi?". "Ala, pak cik ni sihat walafiat lagi, masih bertenaga, jadi peminta sedekah kenapa? Malas?". Monolog hati yang kadangkala lebih dikuasai sang syaitan.


Suka baca apa? Novel? Komik? Majalah? Kalau baca novel, mampu berjam-jam. Kalau duk rumah, sanggup tak makan lagi sebab nak habiskan novel. Seronok. Tak sabar nak tahu ending cerita, bahagiakah? Tapi kalau disuruh tadabbur Quran, berapa lama sanggup nak pegang dan baca? Kadang-kadang tu, "baca dua tiga ayat pun dah cukup sehari, aku baca juga kan? Okey lah tu." 


Orang ajak ke kelas agama, mendengar kelas Tafsir, kelas Talaqi dan seumpama dengannya, menolak. Katanya, "cuti dah la sekejap, nak rehat ada pula kelas-kelas macam ni, malas. Nak study. Nak rehatkan diri hujung-hujung minggi ni."


....


Kalau itulah gayanya. Kalau itulah kita dalam sehari-hari hidup ini. Apa amalan yang rasanya mungkin ada nilainya untuk kita tunjuk pada Allah nanti? Apakah mungkin berani untuk kita katakan di hadapan DIA di hari perhitungan kelak, ADA sesuatu yang boleh menjadi pemberat mizan kita nanti? 


Orang kata, tepuk dada tanya hati dan saya kata, tepuk dada, tanya iman. Ada ke tidak? Muhasabah diri kembali. Sama-sama muhasabah diri. Kita masih diberi peluang, masih dibuka jalan untuk mengejar dan menambah amalan. 


Jangan kita sia-siakan waktu yang terus berlalu. Sebab kita tidak tahu di mana pengakhirnya. Andai kata semua orang tahu tarikh kematian masing-masing, rasanya semua orang asyik beribadat dan tiada buat apa-apa dah. Itu hikmatnya mengapa Allah rahsiakan tarikh besar itu, untuk menguji tahap keimanan diri manusia.







btemplates

7 comments:

Nurulhuda Shukry said...

Allahu akbar....insafnye baca...

Qaireen Qanitah said...

subahanallah..entry yang mempunyai maksud yang mendalam..terima kasih ukhti ^^, .. teruskan berkarya agar dapat memberi peringatan kepada hamba Allah yang terleka... syukran kairan kathiro ya ukhti ^^,

Izzati Hashim said...

@Qaireen Qanitah : sama2 (=
ketukan buat diri khususnya.

Hafriz Mohamad said...

Subhanallah..

smoga Allah matikan kita dlm keadaan husnul khatimah.

:: Zahratu Billaurah :: said...

nak nangis...='((
akak, peringatan yg sungguh bermakna
masih jauh lagi....jalan itu...

akak, rindu sgt dah dgn akak ni, xtau nk ckp macam mana ='(( *peluk*

p/s: =') tumpang gembira utk akak *sambil buat muka jahat* hehehehe. akak tahu kan apa maksud adik, haha

Izzati Hashim said...

@Hafriz Mohamad : InsyaAllah. InsyaAllah. MOga pengakhiran dlm khusnul khatimah.

Izzati Hashim said...

@Rabiatul : Alhamdulillah, hati2 kita semua masih lembut utk menerima peringatan dari Allah.

rindu adik juga, mcm akak cakap dlm YM td, rindu sampaikan menitis air mata T.T

p/s : yaaa! sekeh kang budak ni! =p