Pages

Hari semalam.

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

picture of deviantART.

memandang dari sudut yang berbeza, kadangkala itu lagi baik. Kerana ia menampakkan kepelbagaian sesuatu gambaran sesuatu perkara.



Sahabat baik saya, LD tanya sesuatu persoalan kepada saya,
"Kau rasa, mana yang lebih baik, adakah diri kau sekarang, atau diri kau yang masa lalu, atau sama sahaja baik dulu atau sekarang?"

Saya terdiam, dan berfikir untuk sejenak sebelum menjawab. Dan jawapan saya,
"Aku rasa, apa yang ada pada aku sekarang dan diri aku sekarang lagi baik dari sebelum ni."

"Kenapa?" Itu persoalannya.

Hari semalam.

Hari semalam boleh saya atau sesiapa tafsirkan, kelmarin. Atau minggu lepas, atau benda yang sudah bertahun-tahun ditinggalkan. Yang pasti, ia adalah satu sejarah. Sejarah yang sudah makin jauh kita tinggalkan dan satu keadaan di mana kita tak mungkin dapat kembali semula kepadanya. 

Apa yang boleh buat hanya dengan mengingatinya sebagai satu kenangan dan satu pengajaran untuk masa hadapan.

"Sesiapa yang melupakan sejarah, pasti akan mengulanginya kembali." - saya lupa kalam siapa -.-

Dan Rasulullah s.a.w pun ada pesan, "orang mukmin takkan jatuh ke dlm lubang yg sama dua kali."  Jadi, kena belajar dari pengalaman. 

Tapi saya bukan nak berbicara soal sejarah. Saya bukan ahlinya -.- Cukuplah saya menjadikan 'sejarah" kehidupan saya selama 20 tahun sebelum ni untuk jadikan saya lagi baik dari hari semalam. (=

Sudah pasti kita, saya khususnya inginkan hari ini lagi baik, masa depan lagi baik dari sebelumnya. Kalau tidak apa gunanya kita hidup dan terus melangkah sedangkan kita makin jauh dari Allah, makin buruk perangai kita dan sebagainya. Sayang bukan?

Saya cakap saya lagi 'baik' dari masa lampau. Betul ke? Saya seorang sahaja yang tahu. Itupun kalau saya cakap tu bukan untuk menutup kelemahan diri saya sendiri. LD, saya cakap betul tau. Cuma apa yang saya nak tekankan di sini, sepatutnya hari yang kita hendak langkahi, hari yang masa hadapan, itu lagi baik. Lagi baik dari sebelumnya.

Mana ada orang yang inginkan sebaliknya bukan? Itu pasti. Tapi kadangkala, kita tak sedar hari semalam rasanya lagi baik. Saya bawa contoh, kalau dulu bertudung labuh di sekolah, mungkin sekarang dah campak ke mana tudung labuh tu. Mungkin dulu hanya kerana peraturan sekolah, jadi terpaksa untuk pakai. Dan bila sudah tamat alam persekolahan, simpan saja tudung labuh tu dan pakai yang lagi pendek. Dush dush dush, tembakan buat diri. Mungkin kerana tarbiah yang pernah ada di sekolah dulu tak cukup kuat untuk disematkan dalam diri. Tarbiah di sekolah dah cukup baik tapi diri yang menolak. Sebab tu bila dah keluar terus tukar tudung lain. Kan lagi baik bertudung labuh macam dulu? 

Contoh yang kedua, mungkin dari sikap sendiri. Kalau dulu, bila ada yang kena marah, terasa dibuli, mungkin lebih baik duduk diam, buat tidak peduli. Sabar. Tapi lama-lama, ego mula tinggi. Kena bangkang balik, kena lawan balik. Pabila emosi menguasai diri, segalanya hancur! Mana hilangnya SABAR? 

Itu hanya contoh. CONTOH. (=

Tapi menarik apa yang sahabat saya, LD cakap tadi. "Tapi kalau tengok kan, ok lah kan. Sekurang-kurangnya dulu mana pandai nak masak, sekarang dah boleh masak. Dulu, mana tahu nak berdikari, sekarang dah boleh berjauhan dengan keluarga. Dulu mak yang buat semua benda, sekarang kena buat segalanya sendiri." LD, ayat saya ubah ikut kesesuaian yer. Hee :D
Rasanya itu satu peningkatan dan rasanya itu lagi baik kan?

Iman kita?

Bercakap soal kehidupan seharian, tentunya inginkan yang lagi baik dan lagi baik. Andaikata hari ini teruji dengan kegagalan tentu esoknya kejayaan yang nak kecapi pula. Andaikata hari ini diselubungi mendung kesedihan, tentu esoknya hari cerah yang dinanti.

Fitrah manusia, fitrah setiap insan, semuanya inginkan kebaikan. Semuanya inginkan yang lagi baik. Itu pasti.

Dan bagaimana pula tentang iman kita. Apakah ditakuk lama? Semakin meningkat, sentiasa sama atau sebaliknya? Tapi tak dinafikan, iman manusia sentiasa bertambah dan sentiasa  berkurang. Adakala di tahap yang tinggi, dan waktu itu segalanya tentang kebaikan akan dilakukan. Alhamdulillah. Tetapi adakalanya, iman kita menurun, sehinggakan nafsu yang lebih bermaharajalela. Nauzubillah. 

Walau apa pun kita, tak kira dalam keadaan mana sekalipun, kita tetap kena jaga dan sentiasa kena tingkatkan keimanan kita. Pabila bercakap soal keimanan,segalanya terletak dari hati yang kecil itu. Baiknya hati, tentu baik yang kita lakukan. Jahatnya hati, jahatlah perlakuan kita. Dua perkara yang tidak lari jauh. 

Tentunya kita inginkan iman yang sentiasa meningkat dan terus stabil tanpa jatuh-jatuh kan? Tapi kita adalah hamba, kita yang lemah dan kerdil, yang sentiasa layak untuk diuji. Makin meningkat keimanan kita, makin kuat ujian yang diberikanNya. Kerana apa? Kerana Dia nak teguhkan keimanan kita. (=

Ustaz Rodzi, salah  seorang ustaz yang mengajar kelas tafaqquh kitab di kawasan kediaman saya ada berpesan bagaimana nak jaga dan tingkatkan keimanan. Antaranya, selalu hadirkan diri ke kelas-kelas agama, selalu berada di kalangan ulama'. Hati mudah kering kalau lama tidak diberi santapan rohani. 

Selain itu, selalukan diri untuk baca kisah-kisah orang yang soleh, para sahabat, pejuang-pejuang agama. Itu untuk bangkitkan semangat dalam diri, untuk terus memperjuangkan agama Allah. Lagipun nak bandingkan kita dengan mereka yang hebat berjuang menegakkan agama, siapalah kita. T.T

Tak lupa juga, kita boleh dengar lagu-lagu nasyid yang memberi semangat untuk jiwa, rohani dan diri. Banyak lagu-lagu nasyid yang membangkitkan semangat kan? Cari, dengar dan hayati bait lirik yang ditulis. Tapi ustaz pesan, bersederhanalah. Sebab kadangkala lagu ni mampu melalaikan jiwa. 

Banyak cara, dan itu sebahagian dari apa yang ada yang boleh kita jadikan amalan. Selamat beramal, insyaAllah. (=

Muhasabah diri.

Buat diri, pesanan buat diri juga dan untuk yang membaca post ini. Sama-sama kita ambil masa dan berfikir untuk seketika, apakah kita sudah jadi yang lebih baik atau kita sama sahaja atau kita lagi teruk dari hari semalam?

Biarlah kita jadi insan yang sentiasa tersenyum bila menoleh ke belakang dan mampu untuk kata pada diri, "hari ini lagi baik dari hari semalam."

Sentiasalah pesan kepada diri sendiri, mahar untuk ke syurga sangatlah mahal. Dan hanya mereka yang hebat mampu untuk masuk ke syurga. Justeru itu, sama-sama berusaha untuk jadi yang lagi baik, lagi hebat.

Biiznillah. InsyaAllah. (=


picture of deviantART.

Berusaha ke tahap yang lebih tinggi!











nota : Bersyukur dikurniakan sahabat yang sentiasa menasihati ketika alpa, mampu mengajak untuk berfikir tentang kehidupan ini, sentiasa jadi peneman ketika susah mahupun senang. Alhamdulillah. Dan cuba untuk menjadi yang terbaik juga buat sahabat-sahabat. (=

nota 1 : ada yang bertanya, kenapa suka buat smiley -> (=, dalam keadaan terbalik? Selalunya orang akan buat =). Kerana itulah saya, NIMH. Nur Izzati Mohd Hashim. 

(=





btemplates

5 comments:

syafiqah.rahmat said...

Assalamualaikum,

Alhamdulillah..

semoga hari hari hari hari akan datang, langit selalu cerah, bintang selalu bersinar, dan matahari terus memancar, diri kita juga terus berjiddiyah dalam tarbiyyah dan da'wah..

kerana semalam adalah jahiliyyah,
hari ini adalah tarbiyyah,
dan esok ia adalah da'wah.

semoga terus tsabat ya ukhti :)
may Allah bless.

Izzati Hashim said...

Wslm wbt.

InsyaAllah. Itu yg diharapkan, besar pengharapan moga diri terus kuat melangkah dalam kehidupan ini.

InsyaAllah, terima kasih sahabat.
Moga dalam jagaan Allah selalu.

(=

Syauqatul Wardah said...

akak! ^_^ Assalamulaikum, hehe

tu bukan kata2 George Santayana ke, ohhh, setiap kali buka buku Sejarah, ting brp ye, ada sokmo kata2 tu

ada kata2 mengatakan,
"yesterday is a history, tomorrow is a mystery, today is a gift"

yg lepas kita jadikan pedoman, dan apa yg kita ada hari ini, kita genggam dan kita tiup untuk dptkan yg lebih baik pd ms hadapan, Insya-Allah

usah pandang ke blkg, bangkitlah menuju ke hdpn, namun sesekali perlu menoleh ke blkg, agar terang haluan di hdpn.

setuju sgt dgn akak, kene biasakan diri pergi majlis ilmu, kalau x pun, baca bhn berilmu, dgr lagu yg mendidik jiwa pun ye. kalau hati xdk pengisian, akan gersang, akan terisi dgn anasir2 jht dri luar, dgn ilmu tu la jd benteng diri, dgn ilmu juga kita blh tingkatkn keimanan. Awaluddin ma'rifatullah. mcm mana nk kenal Allah? dgn ilmu juga. Mmg dan pasti ada hikmahnya apa yg Allah kata, iqra' maksud wahyu pertama.

syukran akak utk post ni, nak muhasabah diri! ^_^ muah! *peluk*

ahaha, selain keunikan akak buat smiley senyum terbalik (=, akak juga suka buat ni -.-, akak ni comel la! ^_^

Izzati Hashim said...

@Rabiatul : wslm wbt.

akak lupa kata2 siapa, tapi maybe betul la kot hehehe.

Ingat dulu, kat sekolah Cikgu Azizam, cikgu sejarah akak selalu kata, x lepas sejarah, x dpt A1 sejarah jgn mimpi nak p oversea. Pulun study sejarah walau tiap kali dlm kelas, tersenguk-senguk. -.-Hehehe.

terima kasih selalu jenguk & komen post2 akak. Peringatan buat diri dan mcm biasa, nak mengajak org2 yg membaca utk sama2 muhasabah diri juga. Sharing is caring :D

Akak unik ek? Mestilah. Sebab dalam dunia ni hanya ada seorang je Nur Izzati Mohd Hashim yg mcm ni hehehe. (=

E n t o y C a i r o said...

allah.....=(
(sedih melihat hati ini)