Pages

Ombak kehidupan.


picture by Anzone of deviantART.


Desiran ombak yang memutih,
memecah kesunyian kalbu,
bisa menenangkan jiwa yang gelisah,
kerana itu mengasyikkan.
Sang ombak yang setia menghempas pantai,
kadangkala tinggi  dan ada masanya rendah.
Namun, bila disapa ombak ganas,
ia menenggelamkan segalanya.

Ombak bagaikan ujian kehidupan.
Ujian yang datang kadangkala
membuatkan jatuh terduduk,
perit untuk terus bangun melangkah.
Terasa goyah untuk terus berdiri.
Namun takkan selamanya begitu?

Ujian tetap ujian,
pasti ada lewat persisiran perjalanan,
kerana itulah aturan kehidupan,
tetapan dari pemilik jalan cerita.

Ujian yang tiba pasti berlalu,
ujian yang meresahkan tentu akan berakhir.
Bagaikan sang ombak,
tetap akan surut airnya,
masih terserlah keindahannya. 

NIMH, 2 pm,
Sayeda Zainab, Kaherah.




note : Keep faith in Allah, for He loves those who are patient in everything. (=


btemplates

8 comments:

E n t o y C a i r o said...

the new add on "NIMH, 2 pm,
Sayeda Zainab, Kaherah"

hehe..like like..

Izzati Hashim said...

saje je tu, xdelah mcm entoy yg selalu letak tu kan? (=

anitaare said...

assalammualaikum dik izzati,

kalau bukan kerana hidup ini ada pasang surutnya..mana mungkin kita kenal apa itu erti hidup..apa itu kasih,sayang,cinta dan rindu..apa itu eerti kesyukuran dan apa itu ketentuan Ilahi..

terimakasih dik atas perkongsian ini..dan terimakasih kerana sudi follow akak..

Syauqatul Wardah said...

mesti akak sedih...='(

Insya-Allah, pasti ada jalan keluarnya!
dan akak, yg pisang berbuah dua kali itu, tulah keputusan yg terbaik akak ms tu, setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya. org mukmin, segala perkara buruk dan baik yg berlaku pada dirinya semuanya indah. melihat yg tersirat di sebalik yg tersurat.

=) sabar..indah...*peluk*

MUJTAHIDAH SOLEHAH said...

Assalamualaikum =)
Saya suka tgk laut ^_^
T'ingat pd analogi senior saya,ttg ombak,katanya,"Jadilah spt ombak,sekali ia menghempas pantai,ia(ombak) m'b'sihkan segala kotoran di pesisir pantai..Begitu juga kita,biarlah dgn kehadiran kita di sesuatu tempat,kita b'usaha utk m'hapuskan kotoran jahiliyah.."

Wallahua'lam,ambil ibrah apa yg baik..

Dan b'bicara ttg ujian,saya nak b'kongsi mutiara yg saya dpt dari murobbi saya b'dasarkan surah Al-Insyirah:ayat 5-6;
"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan,
Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan."

Ustaz: K,kesulitan itu nombor 1 dan kemudahan itu nombor 2. 1 lawan 2,mana menang?
Kami: Nombor 2,ustaz!
Ustaz: Ye..gitulah..kemudahan itu yg akan menang akhirnya,insyaALLAH,yakin dgn janji ALLAH! ^_^

Izzati Hashim said...

@Kak Anita : wslm wbt. Yeah. Kehidupan adalah sebuah pengembaraan, dan di setiap jalan itu pasti terselit suka & duka.

sama2, utk peringatan diri khususnya (=

Izzati Hashim said...

@Rabiatul : adik, kalau nak tahu akak tulis ini sebelum akak tahu. Bila akak tahu semlm, akak tgk balik tulisan ni. Allah. Ujian. Setiap apa yg tertulis, tentu akan dipertanggungjawabkan pada diri yg menulis.

(=

thanks adik (=

Izzati Hashim said...

@Mujtahidah Solehah : Wslm wbt.
sama la, suka juga tgk laut. Terada ada kedamaian bermukim bila mengadap laut. Hening, damai. (=

cantik anologi tu, insyaAllah kita blh ambil ibrah dari analogi tu sendiri kan?

terima kasih utk kalam peringatan itu, salah satu ayat yg sering dijadikan penguat jiwa. Terima kasih ukhti (=