Pages

Bicara kata.

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.


Kadang-kadang tak perlukan sebab, hati akan menangis.
Tak sempat untuk disentuh, dari awal sudah tersentuh.
Kadangkala, tanpa sebarang perkara, terasa ingin menangis. Sayu. Sebak bermukim.
Itu kerana sifat semulajadi orang perempuan ke? Penuh dengan emosi.

Entah, mungkin. Sebahagian? Tak semua kot? (=

Bicara kata.



Terkesan membaca post Ummu Husna, Yang Pertama dan Kedua. Bagi saya bukan satu peringatan yang biasa, sebab mungkin jarang yang 'menegur' sebegitu rupa. Dan mungkin pesanan dari seorang ibu buat anak-anaknya, terusik juga hati yang membaca. Lebih pada makan cili mungkin, pedas. (=


Ini saya kira peringatan kedua buat diri sendiri dalam masa yang terdekat ni. Sebelum ini ada komen membina dari cikgu sekolah rendah dulu di status FB saya. Tak sangka ramai yang meng 'like' status teguran itu.
kekadang kenyataan yang kita keluarkan akan menyinggung org lain.mungkin tak semua insan seperti yang dinyatakan itu.diharapkan org yg makan lada diakan terasa pedasnya.Gunakan laman ini tuk kebaikan brsama.tingkatkan ukhwah sesama mukmin.wallahua'lam. - terima kasih cikgu untuk kalam ini. (=

Benar, teguran itu bersifat umum. Saya tujukan buat diri khususnya dan diharap ada yang terkesan sama. Saya cuba untuk menggunakan istilah dan bahasa yang paling mudah untuk difahami, dicerna dan dalam masa yang sama, tidak menyentuh sensitiviti orang lain.

Namun, kadang-kadang persepsi dan penerimaan sesetengah orang berbeza. Mungkin baik di mata kita, tidak di mata orang lain. Mungkin lembut dipandangan kita tapi hakikatnya kasar pada orang lain.

Pernah terfikir tentang 'bahasa' yang kita gunakan dan adakah kita menjaga adab-adabnya dalam kita berbual dengan kawan-kawan sendiri, dengan orang-orang sekeliling tambah-tambah dengan yang rapat? Kadangkala ikut main lepas dari mulut. Laser. Berbisa. Sarkastik.

Mungkin pada tanggapan kita, itu biasa. Maklumlah sudah rapat. Buat apa nak terasa kan? 
Kalau ada yang berfikiran begitu, tanggapan anda jauh tersasar. Langsung tak mengena. 
Yang berkata itu manusia, yang mendengar itu juga manusia bukan?
Dan manusia dikurniakan perasaan, hati dan emosi.

"Ala, biasalah tu."

"sesekali kenalah laser sikit, biar terkesan."
"cakap lembut pun bukan boleh faham, baik sinis terus."



Yakin dia yang biasa dengan anda, tidak terasa?
Sebab kadangkala yang lain yang turut mendengar yang terasa. Allahu allah.

Bayangkan,

"Banyak gila ko makan, tak takut gemuk ke? Ko, kalau dah melantak, tak ingat dunia."

Mungkin niat si sahabat hendak menegur dengan baik, tapi mungkin dengan bahasa yang dia gunakan, membuatkan wajah si sahabat yang ditegur tiba-tiba keruh. Bayangkan, jika kita yang mendengar dan melihat ketika itu. Tentu malu insan tersebut. ('=

Saya sendiri pernah ditegur yang membuatkan hati terasa bagaikan ditusuk dengan sebilah pisau tajam. Sakit.

"Ko nak masuk program tu? Ko layak ke?"
Terkedu, terdiam, terpana.

Mungkin saya tak layak, tapi tidak salah bukan kalau mengatakan benda begitu bukan di tempat terbuka ketika saya tengah 'teruja' nak menyertainya. Hilang semangat bagaikan diterbangkan angin. Pedih ke hulu hati. =='


Boleh anda nilaikan bagaimana kadangkala percakapan kita, teguran kita bisa membuatkan orang 'jatuh terduduk'? Boleh anda bayangkan bagaimana dengan kata-kata kita boleh buat orang putus asa dan hilang semangat? Boleh anda renungkan bagaimana dengan kata kita mampu membakar hati seseorang? Tanpa kita sedari.

Sahabat,

bahasa yang indah itu ibarat cerminan akhlak kita. Kadangkala kita lupa itu.
Enaknya kita berbicara, tapi kita terlupa adab-adabnya. Mungkin yang rapat dengan kita itulah yang paling senang terguris dengan bicara kita.
Tapi kerana sudah rapat, dibiarkan sahaja, ditelan kepahitan itu.


Realiti VS Maya.


Melihat coretan lama di FB, rapuan yang terasa entah apa-apa di FB mengundang sebak di kalbu. Sungguh. Segan terasa. Segan melihat. Apa tanggapan yang membacanya?
Itu di alam maya. Bukannya realiti. Tapi sekarang ni, saya kira di FB la juga mampu nak lihat karakter sebenar seseorang. Tak semua tapi ada yang terserlah karakternya.

"Buat apa nak hipokrit kan?" - ujar seorang teman. 

Ya, tak salah pun. Tapi, tak segan ke bila ada yang 'memerhati' tanpa kita sedari. Memerhati dan kemudiaannya mentafsir sendirian tanpa mengenali diri kita. 


Sebab, mungkin di alam maya bukan diri kita sebenarnya. Alam maya, boleh saya katakan dusta itu lebih dari benarnya? Sama-sama nilaikan. (=

Ada yang jadikan FB sebagai salah satu wasilah atau medium untuk berdakwah, teruskan.
Ada yang menjadikan FB tempat untuk merapatkan ukhuwwah sesama makhluk, teruskan.


Ada yang hanya tahu guna, tahu main semua application dalam FB, itu kena renungkan kembali.
Ada yang jadikan FB sebagai tempat mencari cinta? Mungkin. Erk?
Apa yang nak saya katakan, terlalu banyak tujuannya.

Cuma, berpadalah. Dan dalam kita berFB sekalipun, jagalah adab kita sebagai muslim yang beragama Islam. Segalanya yang kita lakukan adalah cerminan pada agama kita sendiri. Apa kata non-muslim kalau dilihat perkara-perkara yang tak elok. Segan.

Jaga adab. Jaga adab dengan kawan-kawan, jaga tutur kata. Jaga batasan komen mengomen yang berlainan jantina. Di luar kadangkala nampak penyegan, tapi di FB sebaliknya. Jangan sampai ada yang berkata demikian pada kita. Segan.

Introspeksi diri.


Mungkin kadangkala tanpa saya sedar, diluar pengetahuan saya sendiri, saya mengungkapkan kata yang buatkan ada hati yang terusik. Maaf. Maaf. Maaf.
Saya insan yang penuh khilaf yang kadangkala lebih dikuasai emosi dari akal sendiri. Saya insan yang lemah, yang bisa melakukan kesilapan bila-bila masa sahaja. 


Buat peringatan untuk diri, jagalah tutur kata kita. Jangan terlalu 'sedap' berbicara dalam keadaan menyindir orang, jangan terlalu sinis. Kerana di situ mungkin ada pahitnya.

Allah SWT itu indah, dan Allah sukakan keindahan. Allah SWT itu maha lembut, tentu Dia tak suka andai hambaNya bersifat kasar kan? Walau kasar hanya dalam berbicara.
(=



... Dan bertutur katalah yang baik kepada manusia... surah Al-Baqarah, ayat 83.



 nota : kecek kelate bunyi kasar dop? hehehe. 

btemplates

14 comments:

zida said...

ana uhibbuki gidan awiawi! hahaa






ps. sekarang tengah sedih sikit, sebab ada housemate dah 3 hari tamo tegur kitorang housemate yang lain. sedikit sebanyak terasa plak dengan entri nii~ T___T

Izzati Hashim said...

shukran awiawi! hehehe. gelak plak dia yer. Terbayang firah mashwi ke? hehehe.


p/s : xleh lebih 3 hari tu tak bertegur sape.
Tak salah kan kalau adik sendiri yang memulakan untuk tegur dia dari tggu dia yg memulakan? (=

Nazihah@Jiha said...

seganlah nak komen huhu :'( terasa,kdg2 terlepas jg..

tp,bila kita jaga bicara,mrk pula tak..itu yg sedih tu..dah menjadi kebiasaan..kalau nak luahkan takut ada yg kecil hati..

zulaikha said...

salam ziarah (:

setuju ngan ukhti..

saya cuba elakkan daripada gunakan perkataan2 yang memang tak sedap didengar.

ada a few posts dalam blog sy (kalau ukhti izzati perasan), sy juga menulis mengenai benda yang sama.

kadang2, sy juga menulis dalam nada sindiran, tapi sy memang tak gunakan perkataan caci-maki atau yang-memang-malu-sendiri-nak-sebut.

kalau ada, maafkan sy. mungkin sy yang tersalah perkiraan. terlepas pandang.

insyaALLAH, sebagai seorang Muslim, memang dituntut untuk kita menggunakan perkataan2 yang baik2, bukannya main cakap ikut sedap mulut je.

cuma sy tak suka bila kita menjadi terlalu marah, berbagai-bagai kata2 caci maki yang keluar dari mulut kita. memang bukan hipokrit, tapi apakah Tuhan suka kita menyebutnya?

"jangan ikut naluri nafsu dan hati, tapi ikut naluri iman dan takwa"

wallahualam.

p/s : kelantan rasanya kasar gak, loghat penang pown kasar jugak :P

MelihatDariJauh=) said...

salam =) terbaik la ukhti.. trima kasih ats ingtn..
bak kata awak, "tembakan utk diri sendiri." T_T

tertarik dgn ni,
"Pernah terfikir tentang 'bahasa' yang kita gunakan dan adakah kita menjaga adab-adabnya dalam kita berbual dengan kawan-kawan sendiri, dengan orang-orang sekeliling tambah-tambah dengan yang rapat? Kadangkala ikut main lepas dari mulut. Laser. Berbisa. Sarkastik.

Mungkin pada tanggapan kita, itu biasa. Maklumlah sudah rapat. Buat apa nak terasa kan? Kalau ada yang berfikiran begitu, tanggapan anda jauh tersasar. Langsung tak mengena.
Yang berkata itu manusia, yang mendengar itu juga manusia bukan?
Dan manusia dikurniakan perasaan, hati dan emosi."

rapatnya persahabatan bukan lesen utk berckp sesuka hati..
sedihnya kalau kawan baik kta sendri terasa dgn kta tiap2 kali, tp disebbkn kta yg "take for granted" perasaan dia, kta tak perasan sikit pon yg dia terluka.. T_T

[fathiyyah] said...

alhamdulillah, dh boleh jadi pakar motivasi dah izzati ni. hehe

Aretikz said...

Saya setuju dengan apa yg diperbincangkan.. kata2 yang baik itu biarpun dgn nada tegas, InsyaAllah tidak menyinggung hati mereka yg ditegur.. cuma, bukan semua mereka mampu mnegur dgn baik..

jika kita bjumpa dgn mereka yg mnegur ini.. kita harus berfikir +ve.. kita trima tgurannya (andai tgurn itu bnar) di samping kita mnasihati mreka agar memperbaiki tguran.. InsyaAllah, kedua2nya mndapat manfaat dari-Nya..

Bukan apa, baru sahaja semalam seorang sahabat menegur dgn cara kurang berhikmah dalam fb, biarpun isunya itu bagus, tentang legging, tp tgurannya itu kurang baik..

maka kbanyakkan org menghentam dia krana tgurannya, dan mnyebabkan isu yg ditimbulkan itu terpinggir, dan kesemptan itu digunakan mreka yg trasa utk menghntam dia balik..

smoga kita memelihara lidah untuk menuturkan prkara baik.. ^_^

Izzati Hashim said...

@Jiha : aiyok, asal lak segan nak komen? mcm tak biasa hehehe.

Bagi akak, kita yang mulakan dulu. Mksdnya, kita yang jaga, jaga pertuturan, jaga adab2 tu. Yer lah, pelbagai org pelbagai ragam dan bhs kan? (=

Izzati Hashim said...

@Zulaikha : wslm wbt.
Thanks dear (=

tgh melatih diri berckp lebih yang lagi baik.

Parents pun memg titik beratkan pasal ni. Tak bagi anak2 cakap tak beradab.

tak suka tgk, tak suka baca post2 yang caci, maki org. Just, terasa lain, terasa tak best. Yang lembut itu indah kan? (=


p/s : erk. Bukan kecek kelate yg paling lembut ke? hehehe.

Izzati Hashim said...

@MelihatDariJauh =) : wslm wbt. Terima kasih ukhti (=

Ukhti dtg sini lagi! hee. teringin nak mengenali ukhti lagi dekat, yang jauh kita dekatkan ey? (=

peringatan buat diri, jgn ditegur org dgn cara tak berhikmat, jgn bercakap bhs yang menyakitkan hati. Kalau kita tak suka, org yg mendengarnya pun lagi tak suka. =='

Izzati Hashim said...

@kak Fatty : wah~ first time mengomen di sini! hehehe.

thanks kakak. Erm, kakak bukan yang pertama kata begitu (=

nusrah said...

Lidah itu lebih tajam dari mata pedang kan?? kadang2 kte memang tak perasan, pastu tubik gak lah pkataan yg x patut dikuarkan. -.-'

Thanks for sharing :)

Izzati Hashim said...

@Nusrah : Kata ibarat pedang yang bisa membunuh. (=

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Adakalanya kita kena lapangkan dada lebih2 lagi menuju kearah kebaikan walaupun pahit. Surah AlAn`aam:125 فَمَن يُرِدِ ٱللَّهُ أَن يَهۡدِيَهُ ۥ يَشۡرَحۡ صَدۡرَهُ ۥ لِلۡإِسۡلَـٰمِ Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayat petunjuk kepadanya nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam.
Surah Luqman:19وَٱقۡصِدۡ فِى مَشۡيِكَ وَٱغۡضُضۡ مِن صَوۡتِكَ Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata). Wallahualam