Pages

checklist.

Bismillahirrahmanirrahim, 
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Alhamdulillah, hari ini masih terus diberi peluang untuk bernafas di muka bumi Allah. Dengan musim panas yang menduga tatkala imtihan ini. Ujian, dugaan. Itulah kehidupan.

Hari ini sudah masuk 23 Rejab dan Syaaban bakal menjengah tak lama lagi dan kemudiaannya Ramadhan kareem. Allahu Allah. Terasa sekejap waktu berlalu, masa pantas meninggalkan kita. 



Dalam seharian kita hidup, pernah tak terfikir untuk buat 'checklist' tentang amal ibadat seharian kita?

Ckecklist?

Ya, checklist. Senarai.
Hari ini solat berjemaah berapa kali? Minggu ni puasa tak hari Isnin dan Khamis? Buat ke tak solat-solat sunat? Kalau nak disebut satu persatu ibadat yang tersenarai memang panjang.

Untuk apa checklist ini?





Mutabaah Amal.
Masa mula-mula kenal dengan smart circle (SC) atau usrah, saya terpinga-pinga dengar perkataan ni. Mutabaah amal? Lepas tu, kakak usrah siap beri satu helai kertas lagi yang bertajuk mutabaah amal. Menarik.

Tapi... seribu kali sayang saya tak guna sangat benda tu di awal-awal dulu. Tulis bila rajin, tulis bila ingat. Bukan kerana ingin, tapi mungkin kerana selepas itu ada perbentangan. Dalam erti kata lain, terpaksa. Segan bila dikenang balik. 


Tak susah pun sebenarnya nak menanda semua benda yang tersenarai. Satu muhasabah buat diri. Satu semangat atau motivasi pada diri untuk menambahkan ibadat. Kalau kertas tu kosong, segan sendiri. Kalau penuh, alhamdulillah. (=


Cuba untuk letak satu target dengan adanya checklist itu. Mungkin, tiap-tiap hari lakukan solat sunat dhuha. Buat solat-solat sunat rawatib. Mulakanlah dengan yang sedikit tapi berterusan. Dan  kalau berjaya lakukan, tak salah kalau nak bagi 'hadiah' pada diri sendiri kan? Salah satu motivasi buat diri untuk buat yang lagi baik. InsyaAllah.


Nak bermula kadangkala susah. Nak start untuk istiqamah pun, memang susah. Tapi, bila hari-hari dilakukan. Sedikit demi sedikit. InsyaAllah, lama-lama nanti bila ditinggalkan terasa lain.
Terasa rindu nak lakukan. Itu kesan istiqamah.

Bukan ke Allah sukakan benda yang sedikit tapi istiqamah?



Muhasabah diri. 


Kita kata kita cinta Allah. Tapi terlalu sedikit waktu yang kita korbankan untuk beribadat padaNya. Kadangkala bila lepas solat, terus bangun. Tak salah pun kan ambil masa 5- 10 minit untuk berzikir dan bermunajat pada Allah?

Kita kata kita nak Allah sayang kita, nak selalu Allah pelihara kita. Tapi apa yang kita lakukan untuk dapat semua itu? Setakat doa, setakat ucapan manis di bibir tanpa sebarang perbuatan yang seiring, itu mungkin hanya angan-angan.

Sudahlah, jangan terlalu banyak bermain dengan kata-kata manis. Buktikan! 

Lakukan amal, tambahkan amalan. Tak susah, tak mustahil. Hanya buat atau tidak. Pilihan ada di tangan. Apakah mahu syurga atau neraka? 


(=


nota : contoh mutabaah amal, boleh KLIK SINI dan SINI.



btemplates

9 comments:

zulaikha said...

salam ziarah (:

T_____T

terima kasih atas peringatan.

checklist tu ada je dari masa ke semasa di-check "dalam ingatan" tapi tak buat pun SEMUANYA "di alam nyata"..

tapi, alhamdulillah, ada jugak SEDIKIT daripada TAK ADA LANGSUNG.

syeraho said...

alhamdulillah.. mnemui kaedah yg baik utk muhasabah diri. syukran ats prkongsian =)

Zimah Zaiwani said...

my dear izzati, lamanya borak dgn kamu! kamu sgt betul! myabaah amal sgt membantu dlm menyempurnakan ibadah harian kita! sgt mudah istiqamah bila hr2 kte train diri buat ibadah kemudian buat tanda kat mutabaah amal kita tu. nice post dear. peringtan utk kita semua. insya-Allah :)

Nazihah@Jiha said...

Assalamualaikum kak :)

Alhamdulillah,mengingatkan diri yg mudah lupa ni huhu

pernah juga buat checklist ni,tp masa bln ramadhn ja..huhu *tak patut kn

Izzati Hashim said...

@zulaikha : Wslm wbt.

sama2 kembali, peringatan bersama, insyaAllah (=

xpe, yg penting ada dari xde. Slow slow utk buat, lama2 ok lah. (=

Izzati Hashim said...

@zimah : kamu! memg dah lama tak borak ('=
moga kamu sihat sentiasa yer.

Izzati Hashim said...

@jiha : Wslm wbt.

Mula2 buat la yg bulan ramadhan dulu, nanti lepas2 ni blh buat yg bulan2 lain pula, insyaAllah (=

sama-sama berusaha.

~serikandi cactus~ said...

alhamdulillah peringatan bersama u terus muhasabah :)

jazakillah kheir ukhti.

zida said...

sejak exam ni, mutabaah amal dah jarang buat. macam kitorang housemate, benda yang insyaALLAH kena buat solat jemaah, baca quran, baca ma'thurat, istighfar, zikir setiap hari~

:)