Pages

Ikhlas.

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Alhamdulillah, masih bertemu dengan  Jumaat, penghulu segala hari. Hari yang penuh barakah. Alhamdulillah.
Hujan lebat mencurah-curah di pagi hari, terasa kedamaian bermukim.
Mesir tiada hujan, dan merasa hujan di Malaysia adalah satu rahmat! Allahu Allah ('=




Hati tu Allah yang pegang, kan?
Hati tu Allah yang jaga, kan?
Hati tu senang sahaja berubah, kan?
Hatta dalam sekelip mata, ia mampu untuk berubah.

Ya Rabbi, Kau tetapkanlah hati-hati kami di atas jalanMu yang lurus ini.
Tuntunlah hati kami, peliharalah hati kami...

....

Saya kembali 'menelaah' buku Penyucian Hati, oleh Amru Khalid. Buku ni yang mulanya dipinjam dari LD, dan saya pernah baca ketika sedang 'sakit' nak exam baru-baru ni. Semangat nak habiskan semuanya, tapi tidak kesampaian.
Saya nekad nak kembali mencarinya bila tiba di Malaysia. Dan alhamdulillah dapat juga memilikinya. (=

One chapter just for one day. Enough. 

Baca semua, tapi tidak diamalkan itu tidak memberi apa-apa makna pun kan? 

Baca, faham, hadam dan amalkan. Itu yang sebetulnya! InsyaAllah, biiznillah (=

Ikhlas.

Pabila berbicara soal ikhlas, tiada siapa yang boleh menentukan orang itu, baik saya sendiri ikhlas atau tidak dalam melakukan sesuatu perkara.

Ikhlas ni, ibarat seekor semut hitam yang berjalan di atas batu di malam kelam. Tak nampak kan? Jauh tersembunyi di sudut hati dan hanya Allah swt yang maha mengetahui.

Ikhlaskah aku bertudung hanya keranaNya? Atau ia sekadar fesyen semata-mata?
Ikhlaskah aku mencari ilmu hanya kerana Dia? Atau untuk menunjuk-nunjuk yang aku ini orang berilmu?
Ikhlaskah aku mengerjakan amal ibadat padaNya? Atau untuk dikatakan aku adalah sang alim?
Ikhlaskah aku berpuasa hari ini? Atau kerana ini bulan puasa dan semua orang puasa?

Ikhlas, andai kita betul-betul lakukannya kerana Allah, hanya kerana mengharapkan redha Allah pasti kita bahagia melakukannya. Pasti tiada keluh kesah yang muncul dibibir. Pasti.

Bagaimana untuk ikhlas?

"Sesungguhnya semua amal itu dengan niat..."(HR Al-Bukhari dan Muslim)

Niat adalah sebuah pintu gerbang keikhlasan. 
Tinggi bunyinya, tapi itulah hakikatnya. Setiap apa yang kita lakukan adalah bermula dari nawaitu kita. Bermula dari niat kita. Jadi, niatkanlah semuanya hanya kerana mengharapkan redha Allah.

Dan cukuplah Allah sebagai saksi... (Al-Fath:28)

Apa yang kita lakukan, niatkanlah semata-mata kerana Allah sahaja. Kerana untuk meraih redha Allah. Cukuplah hanya mengharapkan kerana Dia. 

Dalam buku ni ada sebut, "Ikhlas satu jam merupakan keselamatan seumur hidup"- Tabiin.
Dan saya mula memahami kenapa ada teman-teman seringkali mengingatkan saya, "tajdid niat, tajdid niat". (Perbaharui niat, perbaharui niat).
Moga-moga bila kita semua selalu memperbaharui niat, niat kita ikhlas keranaNya tidak akan lari dari landasan. 
Bimbang jika wujud anasir riak, bimbang andai rasa nak menunjuk itu datang di pertengahannya.

Pesanan itu.

Saya teringat kalam kak Wardina Safiyyah ketika malam Bicara Selebriti di Balai Islam baru-baru ini. Kalam yang membuatkan saya merenung kembali...

"Kalian bertudung, dan kalian tahu kenapa kalian bertudung? Untuk apa kalian bertudung? Kalau saya tanya di manakah ayat di dalam Quran yang menunjukkan kena bertudung, kalian boleh jawab?"=='

Pandangan saya, bukan sahaja isu dalil atau hujah yang perlu kita ada. Bukan setakat ilmu bahkan niat yang ada. Kenapa dan kenapa. Kenapa aku bertudung? Atas sebab apa? Sebab fesyen semata-mata? Sebab nak tunjuk aku baik? Atau apa...?

Koreksi diri, cari jawapan sendiri wahai muslimah!

Muhasabah diri.

"Ingatlah Allah tidak memberi kita air susu, kecuali jika susu tersebut bersih dan jernih. Apakah kita akan memberinya amal yang bercampur?"

Saat kita melakukan sesuatu, saat kita melakarkan sesuatu, selalukan kita meletakkan niat di tangga yang pertama? Niat semata-mata mencari keredhaanNya?

Di saat kita melakukan amar maaruf nahi mungkar, apakah kita mengharapkan kata pujian dari manusia-manusia yang melihat kita?

Apakah bila kita membuat kebaikan kepada orang lain, kita mengharapkan penghargaan yang setimpal dan ucapan terima kasih darinya?

Kita manusia, kita hanyalah di tahap hamba yang hina. Penuh dengan khilaf dan dosa. Soal ikhlas ini terlalu berat untuk kita jaga, dan amalkan tapi tidak mustahil kan?

Allah tidak memandang pada natijahnya tapi Allah lihat pada usaha! Jadi, ayuh berusaha!
Berusaha mencari keikhlasan di sebalik timbunan amalan yang pernah kita lakukan, apakah ada?!



nota : A.I was here. =D

Hati perempuan itu terlalu lembut, kalau tidak pernah berniat untuk menjaganya walau sedetik pun, jangan pernah berani untuk mengusiknya! (=

btemplates

11 comments:

Salsabila said...

husna suka post ni akak!

rasanya macam "hidup" kejap.

bukan selama ni tak hidup, tapi untuk pagi pagi ini, rasa macam "hidup" lagi.

buku penyucian hati by amru khalid tu, terbaik kan? :)

Semoga kita sentiasa ikhlas dalam semua perkara, inshaAllah :)

Allah berfirman ;

"sesungguh ikhlas itu adalah antara rahsia-rahsiaKu"

Aa said...

teringat kata2 guru saya...
"ikhlas itu ibarat kita buang air besar.... kita merasa puas apabila telah melakukannya tapi kita x nak org lain tahu x beritahu org"

Aa said...

"ikhlas itu ibarat kita buang air besar.... kita merasa puas apabila telah melakukannya tapi kita x nak org lain tahu dan kita pun x ingin nk beritahu org ramai"

kjaharun said...

nice entry..

penuh pengajaran.. :)

A.I said...

@Salsabila : Arigato ne, segalanya dari Allah (=

*tersenyum akak baca, baru nak usik, selama ni tak hidup ke? hehehe. Nasib baik dah explain =P

ada juga ey buku tu? Akak da tgk program dia, tgklah, sgt2 bermakna. Asyik terhiris hati ni =='

InsyaAllah, mencari ikhlas tu, menjadi yg mukhlis, insyaAllah (=

A.I said...

@Aa : Menarik~!
Thanks to your teacher (=

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Islam adalah sistem aturan dan ada peraturannya. Apabila kita membicarakan tentang ikhlas, maka ia berkait-rapat bagi mereka mendirikan agama (Dinullah) walaupun dari urusan sekecil2 sehinggalah sebesar2nya. Surah AlBaiyinat:5 وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّـهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ ۚ Dan tidak mereka diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat.
Begitu juga apabila kita membincangkan manusia dan kemanusiaan. Mmg manusia di dunia ini ramai, ttp kebykn tidak beriman kpd Allah SWT. Sebab itu bila sebut kemanusaan, mestilah berkaitan dgn kerahiman Allah SWT. Perkataan وَالْأَرْحَامَ menunjukan sesuatu hubungan kasih-sayang mestilah atas dasar beriman kpd Allah SWT. Barulah ada keikhlasan.
Surah AnNisa`:1 وَاتَّقُوا اللَّـهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ ۚDan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat.
Sebagai pemerintah juga mesti bertanggung-jawab menahan pemberian mana2 pembaziran w/pun harta tersebut haq mereka. Surah AnNisa:5 وَلَا تُؤْتُوا السُّفَهَاءَ أَمْوَالَكُمُ Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu.
Begitu juga, dlm keadaan kehidupan skrg dimana kejujuran sudah hampir hilang dlm sistem masyarakat dan negara, maka kita mesti pastikan kemanakah arah nikmat kita belanjakan kerana kita pasti akan ditanya setiap yang dikeluarkan. Surah AtTakaasur:8 ثُمَّ لَتُسْأَلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ النَّعِيمِ Selain dari itu, sesungguhnya kamu pasti akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)! Wallahualam

mira said...

Assalamualaikum kak,

terus muhasabah diri bila bca entry akak. :)

terima kasih kak :)
A.I siapakah? hehe :D

A.I said...

@mira : wslm wbt.

peringatan bersama, untuk kita terus beringat. moga da manfaatnya, insyaAllah (=

p/s : A.I itu akak (=
A.I - Albi Izzati =D

Faaein Talip Roy said...

nice entri.. suka sangat baca.. kita patut paham terlebih dahulu sebelum kita buat sesuatu kan.. =]

Perjalanan Roh said...

Assalammualaikum :). Boleh saya tahu apa nama lagu back ground ni :)