Pages

Ramadan di sana, Ramadan di sini.

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.


Subhanallah, segala pujian buat Allah yang Maha Esa atas segala nikmat yang diberikan. Allahu Allah. :')

Dah masuk dua hari puasa, alhamdulillah.

Kelmarin saat buka FB, tika menatap status-status yang ada, terpandang dua tiga status dari sahabat-sahabat satu universiti. 



"Al-Fatihah buat Fatin Fasihah, pelajar tahun 2 perubatan Universiti Kaherah."

Allahu Allah, beliau meninggal pada malam pertama Ramadan. Di saat kita semua semangat ingin menyambut Ramadan, beliau pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Moga Allah tempatkan beliau di kalangan yang beriman, amin.

Jelas bukan, kita tidak tahu apakah kita bisa menyambut Ramadan atau mungkin ini Ramadan kita yang terakhir.

Rindu

Alhamdulillah tahun ini Allah beri peluang untuk menunaikan ibadat puasa di bumi Malaysia bersama keluarga tersayang. Kalau tahun lepas, mungkin hanya sempat beberapa hari saja berpuasa di sini.

Namun, hakikatnya hati mula merindui untuk berpuasa di bumi Mesir. Ironi sungguh. Berada di Mesir, ingat Malaysia. Ada di Malaysia, teringat Mesir. Manusia.

Teringat kembali saat-saat berpuasa di sana tahun lepas, saat berpuasa dalam suhu yang kadangkala mencecah 40 darjah. Saat berpuasa dengan study bagai nak rak. (Eh?)
Bangun sahur dan berbuka hanya bertemankan sahabat-sahabat. Rindu.

Terasa asyik berpuasa di Mesir. Sungguh. Mana-mana tempat sama sahaja kan? Puasa tetap puasa. Tapi, berpuasa di bumi Mesir, ada lainnya. Istimewa.

Berpuasa di Mesir, terasa 'roh' Ramadan. Terasa berada di satu bulan yang lain dari 11 bulan yang lain. Hakikatnya kehangatan untuk menyambut Ramadan sudah mula dirasai sejak bulan Rejab lagi.

Nampak keghairahan warga tempatan mula menggantungkan lampu-lampu di persekitaran rumah, masjid-masjid mula diterangi lampu-lampu berhias. Allahuakbar. Sudah terasa 'roh' Ramadan dari awal lagi. Inilah Mesir. :)

Makin indah suasana pabila menatap di mana-mana sahaja akan ada yang memegang dan membaca Quran. Di mana-mana sahaja. Tidak kira tua ataupun muda. 

Itu sebelum Ramadan, ketika Ramadan? Allahu Allah, lagi terasa. Sungguh. Sangat berbeza dengan keadaan di tanah air sendiri. :'(

Bukan niat ingin membezakan mana-mana tempat, tapi itulah hakikat. Pahit, tapi itu yang harus ditelan.

Di sini, saat melangkah ke masjid untuk berterawih, ramai yang lagi laju ke pasar-pasar borong, supermarket yang ada. Kalau di pasaraya, lagu raya sudah mula kedengaran. Padahal bulan Ramadan baru sahaja tiba.

Di televisyen, lebih banyak bicara tentang raya. Tentang merdeka. Iklan-iklan dipenuhi dengan iklan raya. Wah. Semua orang tak sabar nak raya sedangkan kita baru sahaja mula berpuasa.

Sana sini sudah riuh berbicara soal raya.

"Baju raya berapa pasang?"

"Nak buat biskut raya apa tahun ni, berapa jenis?"


"Nak balik raya mana ni?"

Tidak salah. Tidak salah. Tidak salah.
Tapi mengapa tidak kita sama-sama berusaha untuk merasai kehangatan bulan puasa? Setahun sekali saja kan? Tahun depan entah ada entah tidak untuk kita.

Allah bagi kita semua peluang, satu bulan. Satu bulan dengan ganjaran yang melimpah ruah. Kejarlah peluang yang ada, jangan bagi terlepas. Sayang.

Jom Berterawih

Kalau dulu, waktu kecil selalu ingat yang solat terawih ni wajib. Mungkin dah terbiasa dari kecil di bawa oleh abah dan mama solat terawih. Kiranya, kalau tengok orang tak ke masjid untuk berterawih, pasti ada persoalan yang saya lontarkan pada mama abah. Tak pasal-pasal 'orang-orang' itu dapat title berdosa. 

Hakikatnya, ia adalah sunat muakkad bukannya wajib. Sunat yang sangat dituntut.
Tapi kerana sudah dibiasakan, benda itu menjadi satu rutin tahunan. Bila tak dibuat terasa lain. Best apa? Lagipun, bak kata abah,

"Allah bagi solat terawih ni hanya setahun sekali, itupun hanya 30 hari. Kalau buat paling-paling cepat, 8 rakaat, tak terasa pun. Apa susahnya?"

Kan? Rugilah kalau tak rebut peluang yang ada. Rugi.

Di Mesir, kehangatan berterawih ini bermula dari awal hingga ke akhir Ramadan. Di penghujungnya, makin ramai yang memenuhi masjid. Sesak hingga ke luar masjid. Ya Rabb, indah. Sangat indah pemandangan sebegini. Allahu Allah. :')

Tapi  di sini, dalam pengamatan saya, makin hari makin susut orang di masjid dan makin ramai di pusat beli belah.

Kalau di awal Ramadan, masjid-masjid dipenuhi hingga ke belakang, tapi di penghujungnya semakin berkurangan. Bukan menuduh, tapi itu realiti yang dipandang selama bertahun-tahun. Sampai bila harus begitu?

Muhasabah Diri

Moga diberi kesempatan oleh Allah untuk terus berada dalam Madrasah Ramadan, sama-sama berusaha menghayati erti Ramadan. Mengharapkan yang terbaik, moga Ramadan kali ini lagi baik dari sebelumnya, insyaAllah.

Namun, jangan kita hanya menjadi hambaNya di bulan Ramadan, tapi jadikanlah bulan Ramadan adalah satu pemangkin untuk kita terus menjadi hambaNya yang bertaqwa, baik sekarang, dan selepas ini. Biiznillah.


Salam Ramadan al-Mubarak buat semua sahabat. :)







nota : Maaf kerana lama tidak update post baru. Ada menulis, tapi banyak yang tersimpan dalam draft sahaja. Berada di rumah, berjaya buat saya jauh dari benda-benda maya ni. =D

Bulan puasa ni satu latihan untuk kurangkan yang mana patut dikurangkan. Kan? :)

btemplates

11 comments:

syafa mohamed said...

assalamualaikum ukhti izzati...bertuahnya dapat berada di negara yang mana roh ramdhan nya dapat dirasai...teringin untuk ke sana,suatu masa nnt,iA...

doakan kami disini,di negara yang tidak punyai roh-roh sebegitu...:)

Izzati Hashim said...

@Syafa : Wslm wbt.

Alhamdulillah satu rezeki. Lain tempat lain rasanya. Tapi saya yakin, bila berada di negara bukan Islam, saya rasa itu lagi menguatkan rasa ingin menghidupkan suasana atau roh ramadhan itu sendiri kan? (=

insyaAllah, kalian kuat, moga Allah mudahkan liku2 kehidupan di sana. InsyaAllah (=

E n t o y C a i r o said...

menyempatkan diri sat naa..

gud advice beyy...:)

Puding Karamel said...

d mesir, ada kekuatan roh ramadhan yg nyata...
di jepun, ada kekuatan roh yg tersembunyi, tapi tak kalah hebatnya...
di kampong saya, ble tanya nape tak puasa, sbb suami tak suruh...
aish, berdesup jiwa.
adik2,cepat balik mesia, meh tolong DnT kat sini.

Izzati Hashim said...

@Entoy : balik bercuti di Malaysia kan?

selamat berpuasa!

Izzati Hashim said...

@puding karamel : Mana2 tempat sama saja, kita sendiri yg menentukannya, kan?

cuma bila persekitaran tu ada 'roh' tersendiri, makin semangat nak buat. =D

DnT tu apa? *xleh nak teka*

zulaikha said...

salam ihya' ramadhan, ukht (:

anitaare said...

assalammualaikum zati,

akak setuju dik..memang ada kebenarannya sepertimana kita jika dikelilingi dengan org2 cerdik pandai agama atau hadiri majlis2 ilmu maka kuatlah lgi semangat keimanan kita dik..

wa said...

salam ramadhan jugak ti. :)

DnT tu iA maksudnya dakwah dan tarbiyyah.

Puding Karamel said...

ah
*lap peluh*
sori,sori...ye la tu,dakwah n tarbiyah ^^

specifically,pesanan penaja adalah, meh balik mesia, tolong DnT d SABAH. heheheh

Izzati Hashim said...

@Puding karamel : Kakak org sabah ke? wah. kita tak taaruf lagi la =='

ish3. ada Fb x? add la saya, xpun meh saya add akak =P

p/s : buat muka tak malu nak berkenalan dgn org =D