Pages

2 comments

Indahnya.

Assalamualaikum. 


Apa khabar iman? Apa khabar hati masing-masing? Moga semuanya ok! (=


Alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik utk meneruskan perjalanan di muka bumi Allah ini. Dan hari ni pun, dah sempat bawa keluarga Liyana berkelah di Hadiqah Azhar (Azhar's Park). 
Tinggal dua hari lagi sebelum mak cik dan pak cik kembali ke Malaysia, dan dua hari lagi sebelum berangkat ke Luxor dan Aswan.


Doakan kami! (=


Masa di taman tadi, mama ada hantar mesej.


"Along, mcm mana Egypt? Mama baca suratkhabar kata ada rusuhan. Nanti telefon mama!"


Erk~


dah agak, mesti mama akan tanya. hehehe.


Dan memang dah niat nak telefon bila balik dari Hadiqah Azhar, tapi dpt mesej dulu hohoho. Sabar neh.


InsyaAllah tiada apa-apa. Doakan kami di sini! Memang risau dan cuba tidak ke kawasan yg ramai orang berkumpul.


Oh ya. Bukan itu main point nya =p


Parents saya ada melawat ke rumah allahyarhamah Iman di Malaysia. Alhamdulillah. Happy saya dengar bila mama beritahu dah jumpa mak ayah Iman. 


Yang buat saya terharu sgt bila mak Iman ckp kat mama,


"nanti Izzati balik Malaysia, bawa lah dia datang ke sini (rumah) ni. Walau Iman dah tiada, kita teruskan persaudaraan ni. Blh eratkan silaturrahim lagi."


Nah. Terasa betapa indahnya tali persaudaraan andai segalanya kerana Allah.


Indah. Terasa indahnya Islam.


Sebelum ni, kenal Iman hanya kenal Iman. Bukan keluarga sekali. Malu terasa.


Sekarang kita berkawan dengan kawan-kawan kita, adakah kita kenal ahli saudaranya?Tahu kegemaran dia? Tahu mak ayah dia kerja apa? Adik beradiknya? Paling ok, kenal mak ayah pun dah cukup. 


Betapa malunya diri, tatkala disoal kawan-kawan yg lain.

Berapa adik beradik arwah? Tak tau.



Allah. Bila dah tiada baru sibuk nak mencari, baru sibuk nak tahu. Allah. 


Namun, kematian ini menjadi satu pengajaran buat diri. Kenali sahabat-sahabat yg ada di sekeliling. Hargai mereka yang ada di sisi. Hargai.


Allah ambil dia, namun Allah bagi hadiah yg lain, mengenali sanak saudaranya. Allah. Indahnya terasa. (=


Picture by kameolynn of deviantART

hai, boleh kita berkenalan dengan lebih dekat? =P



nota : masih sempat menulis post ni dalam masa sejam berada di rumah :D


nota 1 : oh. Baru perasan, rupa-rupanya ada yg x blh nak tekan kotak komen sebab ada daun maples tu. Maaf dipohon. Saya punya laptop xde masalah, tapi bila buka guna laptop Enid baru perasan. Mohon maaf yer (=

nota 3 : Sesiapa nak update tentang protes di Mesir blh ke laman web IM sendiri ho3.
Doakan kami! (=

7 comments

cuti musim sejuk :D

Alhamdulillah.
cuti musim sejuk sudah tiba!
oh yeah!
happy.happy. happy.
doktor pun nak cuti la. 
ops!
 bukan doktor tapi masih medical student :D
InsyaAllah (doakan).

 exploration by danvee_d36zouj of deviantART

Suka berjalan melihat alam. Suka mengembara. Satu hobi :D

Bagi saya, berjalan mampu menenangkan jiwa yg tgh serabut.

Eh. Bukan bila serabut je berjalan yer,
kalau serabut banyak benda lain lagi boleh buat :D
cuma bagi saya sendiri, 
berjalan melihat ciptaan Allah dapat membantu (=

"Jelajahilah bumi, 
kemudian perhatikan bagaimana kesudahan-kesudahan orang-orang yang mendustakan"
surah Al-An'am, 11 (6:11)

Allah dah pesan kat kita, berjalanlah. Kemudian perhatikan. Jangan sekadar ke sesuatu tempat tanpa mengambil ibrah (pengajaran).

Contohnya, di Mesir ni amat terkanal dengan Piramid. Kenalkan? Ala, batu bata yg disusun menjadi segi tiga tu :D hehehe. Rasanya semua org maa'ruf tentang piramid. Dan semua tahu Piramid dan Firaun xblh dipisahkan. 

Dan Allah mengekalkan piramid hingga ke hari ini tak lain tak bukan utk kita semua mengambil iktibar, ambil pengajaran. Jangan jd mcm Firaun. 

See. Sangat best bila melancong dan kemudiannya ambil pengajaran. Sekurang-kurangnya bukan hanya melancong sahaja tapi kita mencedok ilmunya sekali. Oh. Sgt best :D

walking




nota : Doakan saya dan sahabat-sahabat yg lain. Kami akan ke LA (los angeles?), Luxor & Aswan, kemudiannya ke Sinai dan Dahab. Dan kemudiannya terus join PWtC. 


Jadi, cuti winter ni kemungkinan besar saya tidak akan dapat update blog selama 2 minggu. Mana tahu ada yg rindu kan nak baca WWK ni =p. Kemungkinan la. Mana tahu2 tiba dpt WiFi kat atas bukit Sinai tu saya update la hehehe. :D

nota 1 : aiyak. Minggu yg padat semenjak dua minggu yang lepas sehingga habis cuti musim sejuk. Lebih baik busy dari membuang masa kan? (=

nota 2 : terasa nak menangis pabila berkejaran dengan waktu T.T

0 comments

DOA

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.


doa. doa. doa.

Doa adalah senjata orang mukmin. Berdoalah kepada Allah. Berdoa dengan penuh pengharapan, Allah Maha Mendengar, Dia Maha Mengetahui di sebalik lubuk hatimu.

Gantungkan harapan setinggi langit kepadaNya. Yakinlah. 

Bukankah Dia (Allah) yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepadaNya, dan menghilangkan kesusahan dan menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah (pemimpin) di bumi? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Sedikit sekali (nikmat Allah) yang kamu ingat.

surah Al-Naml, 62 (27:62)

Allah suka mendengar rintihan hambaNya. Mintalah segala-galanya hanya padaNya.
Cuma, apa yang kita hajatkan kadangkala dapat cepat atau sebaliknya. Jangan putus asa, teruskan berdoa.

Doa. Doa. Doa.

Himpunkan segala resah dalam doa, pintalah sesungguhnya kepadaNya.

Jadilah hamba yang paling yakin dengan doa dan paling redha dengan ketentuanya (=






3 comments

surat cinta DIA.

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Al-Quran.

Surat-surat cinta yg Allah bagi kepada hambaNya. Untuk ditatap, dibaca, dihayati, diperdengarkan, dan diambil pengajarannya.

Segala-segalanya ada dalam Quran, segalanya tertulis. Pengajaran yang Allah beri utk kita semua, utk dijadikan peringatan bersama.

Betapa banyaknya pahala mahupun fadhilat membaca Quran. Hatta membca satu huruf pun dapat 10 pahala. Tu baru satu huruf, andai baca satu muka surat? Subhanallah, sgt mudah nak mencari pahala.


Amalkan membaca Al-Quran hari-hari walau hanya sehelai muka surat atau beberapa ayat sahaja. Yang penting jangan pernah tinggalkan!


diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a :

"Barangsiapa mendengarkan satu ayat dari Kitab Allah s.w.t. maka dicatatkan untuknya HASANAH(kebaikan) berganda, dan barangsiapa membaca satu ayat Kitab Allah s.w.t. maka ayat itu merupakan nur baginya kelak dihari kiamat."

Ustazah Amira, ustazah yang mengajar Al-Quran sering ingatkan saya dan Nadia tentang kelebihan mempelajari, membaca, memperdengarkan ayat suci al-Quran nur karim. 

Kalau ada minggu yang tak dapat nak memperdengarkan hafalan mula lah kena bagi tazkirah hohoho. 

Ustazah sendiri kata, membaca Al-Quran tu sendiri nur (cahaya). Dan apabila kita menuntut ilmu di samping mempelajari Quran ni, insyaAllah lagi Allah permudahkan. InsyaAllah.

Mesir dan Al-Quran.

Peluang di sini terlalu banyak, rugi andai tak ambil peluang. Pernah masuk kelas Qiraat (seni bacaan Quran), namun sampai tahun 2 sahaja. Terpaksa berhenti atas sebab-sebab tertentu T.T

Saya pernah ceritakan di post saya sebelum ni tentang orang arab yang tak kira di mana pun sentiasa ada Quran di tangan. Subhanallah. Pemandangan yang saya rasa sgt best. Tenang, syahdu. 

Tambah-tambah bila saya sendiri nak ke kelas Quran awal pagi dan kalau naik metro (komuter) dan ternaik gerabak lelaki, blh tgk betapa ramainya yang tgh membaca Quran berbanding yang membaca suratkhabar. 
Subhanallah. Subahanallah. Subhanallah.

Nah. Yang begini lah yang kita nak :D

Bacalah. Bacalah. Bacalah.

Jangan pernah tinggalkan walau sehari. Cuba baca juga walau hanya dua tiga ayat. 

Nak berbicara dengan Allah, bacalah surat cinta yang diberikanNya. InsyaAllah kedamaian bermukim di situ.

Tadabbur ayat Quran.

Makna tadabbur  ialah perenungan ayat-ayat Al Qur’an untuk dapat difahami, diketahui makna, hikmah serta maksudnya.

Dulu saya tidak faham apa maksud istilah ni. Sejak duk kat Mesir, selalu dengar apabila kawan-kawan sering cakap, "jom tadabbur Quran". 

"Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan kepadamu pernuh berkah agar mereka menghayati ayat-ayatnya dan agar orang-orang yang berakal sihat mendapat pelajaran."

surah Sad, ayat 29 (38:29)

Lepas baca Quran, tengoklah terjemahan ayat. Hayati, hadam dan amal. Itulah tadabbur. 

By the way, nak tadabbur Quran kenalah berguru. Kalam Allah terlalu indah, kadang2 terlalu tinggi bahasanya, tak terjangkau tahap pemikiran kita sendiri. 

Jadi, pesanan utk diri dan sahabat, bergurulah. Jangan sekadar menerima ilmu tanpa tahu di mana asalnya. (=

Kadang-kadang saya sertakan terjemahan ayat-ayat Quran di dalam post saya. Saya letak ayat-ayat tersebut nak kaitkan dengan apa yg saya tulis utk sama-sama berfikir. 

Justeru, pesanan kepada diri dan yang lain. Bacalah al-Quran walau hanya sepotong ayat sehari. Jangan tinggalkan dia. Jangan tinggalkan Quran. Quran itu nur. Dan hati kita memang sentiasa perlukan cahaya itu.

"Ya Allah, kalau Engkau menerima taubatku
dan mengampuni dosa-dosaku, 
maka muliakanlah aku dengan kefahaman dan hafalan,
sehingga aku dapat menghafal semua yang aku dengar,
baik ilmu atau pun Al-Quran."

::doa dari Uthbah Al-Ghulam::


nota : kepada PERUBATAN, sila teruskan kelas tafsir Quran. Sgt byk manfaatnya! :D




5 comments

21.1.11

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Sesungguhnya, solatku, ibadatku dan amalku hanya untukMu.


Hari ini terasa bersemangat. Entah kenapa. Bangun tidur, terus sematkan dalam kepala beberapa perkara yang perlu dilakukan pada hari ini dan bermula saat ini. Terasa ada aura positif yang membuatkan saya berfikir sesuatu, muhasabah kembali tentang kehidupan ini.

21.1.11

cantik kan tarikh hari ini, tambah-tambah lagi hari ini penghulu segala hari, Jumaat. 
Tiada yang istimewa, namun saya ingin jadikan tarikh ini sebagai pemangkin pada perkara-perkara yang saya fikirkan :D

21

Kalau ikut tahun 2011 umur saya dah masuk 21 tahun. Tapi kalau ikut bulan, masih ada 6 bulan 9 hari sebelum betul2 masuk 21. So, masih 20 lagi la kot. hehehe 

Saya terfikir, selama hampir 21 tahun saya hidup. Apa yg sudah saya lakukan? Terutamanya pada agama, pada Islam. Apa yg saya sudah sumbangkan? Kalau Sultan Muhammad Al-Fateh mampu menakhluk Constantinopel pada usia 21, dan apa yang saya berikan? Terlalu sedikit atau lagi sedih tiada langsung! 

Tapi bukan bermakna nak menyumbang pada agama kena buat benda besar2 je, tolong persatuan atau  tolong apa2 sahaja dan niatkan kerana Allah insyaAllah semuanya sudah dikira menyumbang. 

Saya menatap kembali penulisan2 lama saya dalam WWK ni. Terasa ada perubahan. Mungkin
Dan saya berfikir, kenapa saya buat blog dan kenapa saya menulis. Untuk apa?

Mungkin pada mulanya, blog ini sekadar luahan rasa hati saya sendiri atau pengalaman2 hidup.
Namun kini, saya cuba untuk memberi sesuatu. Mana tahu dalam saya menulis dan berkongsi ada yang terkesan sama. Mungkin ada, mungkin tidak.

Apa-apa pun, WWK ni sekadar lontaran idea dan sedikit perkongsian bersama untuk mengajak  sahabat-sahabat berfikir tentang kehidupan.

10 tahun lagi.

Saya berfikir dan terus berfikir. Lagi 10 tahun pada tarikh yang sama, 21.1.21, kalau saya diberi usia yang panjang dan saya mengimbas kembali kenangan-kenangan 10 tahun yg lampau adakah saya akan gembira atau menyesal?

Gembira kerana sebab 10 tahun yang lalu, saya mampu jadi seperti hari ini. Atau menyesal, kalau lah saya hidup baik2, ada matlamat yg betul tentu saya lagi hebat.

Wah. Tentu saya memilih utk merasa gembira. Saya taknak menyesal di kemudian hari :D

Ada pesanan yg berbunyi, andai inginkan anak-anak2 yg soleh atau solehah kenalah menjadi soleh atau solehah terlebih dahulu. Jadi, waktu sekarang la kan :D

dan dalam masa 10 tahun lagi, banyak impian yg nak lakukan. Banyak matlamat yg cuba dicapai. Moga Allah permudahkan segalanya. (=

Dan hari ini juga, cuba untuk terus menjadi seorang insan yang lebih baik dari hari semalam. Ingin menjadi! 


Terus berusaha menjadi anak yg solehah, sahabat yg baik, pelajar yg rajin dan berdedikasi, umat Nabi Muhammad yang cemerlang sahsiah dan akhlah peribadi dan hamba Allah yang terus taat pada perintahNya. Ingin menjadi bukan setakat mencari sahaja.

Misi baru. Matlamat baru. Hidup baru.

Masing2 ada prinsip hidup dan sama dengan saya. Memperbaharui misi dan matlamat hidup supaya pada tahun2 yang mendatang bila saya menoleh ke belakang dan saya tersenyum, terus tersenyum.

Ya. Saya sedar hidup takkan pernah lari dari ujian ataupun mehnah. Malah mungkin tak terasa indahnya hidup andai tiada gelombang dalam pelayaran sebuah kehidupan. Namun, hidup kan terus berjalan meski penuh dengan tangisan. Dan hidup ini terlalu indah untuk mengenang kisah duka dan lara.

Dan kerana ujian dan pengalaman itu yang mematangkan diri dan menguatkan diri menghadapi hari-hari mendatang.

picture by microshiroku of deviantART

keep walking. don't look back.






nota : Saya tulis semua ni supaya nanti saya boleh buka balik dan tgk balik. Sekadar pesanan untuk diri sendiri (=

nota 1 : apa misi baru saya? Biarlah rahsia (=

nota 2  : apa2 pun, saya masih lagi nur izzati mohd hashim yang sama :D
ada yg mengatakan saya sudah berubah, berubah dari persepsi anda yang mengatakan la kot.


nota 3 : Membuka lembaran baru dan cuba melupakan segala kisah pahit yang merantai jiwa dan membelenggu perasaan dan ingatan.

nota 4 : sesungguhnya kematian itu mampu memberikan pengajaran dalam hidup kita yang masih bernyawa ini. 















7 comments

Yes. It does.



by badseyboy of deviantART

No matter how painful the truth is, it's better to know it than leave hidden,

but

 it's really hurt when the truth is revealed.


yes. It does hurt.



10 comments

Al-Fatihah.


Al-Fatihah buat sahabat saya yg telah meninggal dunia, Nurul Iman. Moga arwah tenang di sana. Blh klik SINI.



Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
sedih rasanya hati bila mengenangkan
kau sahabatku kau teman sejati


Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
memori indahkita bersama teres bersemadi
kau sahabatku kau teman sejati


sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu 
ku pasrah di atas kehendak yang Esa


Ya Allah, tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hambaMu
sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi



Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami


Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatihah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solihin
Kau sahabatku kau teman sejati.


::Kau sahabat kau teman, Hijjaz::


Sahabat, 

setelah hampir 5 tahun kita tidak bertemu. Akhirnya dengan rahmat Allah, kita dipertemukan di bumi barakah Mesir ini. Kita berjanji itu bukan sekadar pertemuan pertama.

Betapa gembiranya hati ini tatkala kau dtg dan menepuk bahuku, lantas kau bertanya 'ini izzati kan?' Walau hanya sempat belajar bersama-sama di SMKA Naim Lilbanat untuk 2 tahun, namun sehingga saat itu kita masih kenal mengenali antara satu sama lain. Semuanya indah bila kerana Allah kan (=

Bila ada peluang, saya bertandang ke asrama Mara. Time tu awak ada exam. Hanya sekejap pertemuan itu :(

Dan baru2 ni awak ada telefon saya, "nanti dtg la Alexandria blh kita borak panjang"Dan pagi tadi saya mendapat khabar yg awak dah tiada. Allah! 

takdir Allah juga menentukannya, akhirnya di bumi Mesir ni jua kita berpisah.

Sahabat,

kuiringi pemergianmu dengan secebis doa. InsyaAllah akan selalu kukirimkan buatmu. Moga dikau tenang di sana sahabat. 

Nurul Iman, saya sayang awak! Saya akan terus merindui awak! 

Izzati Hashim, 
Sayeda Zainab, Kaherah.

Let it rain by Majgreen of deviantART


nota : sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah nurul iman. Dan doakan moga keluarga dan housemates arwah tabah menerima ujian ini. 

nota 1 : mereka kata arwah sgt pendiam. Ya. Itu sifat arwah, tapi bila dgn saya arwah sgt peramah. Entahlah :(


nota 2 : air mata terus mengalir bila terus baca luahan hati ex-housemate Iman dan ini
Bersyukur sebab segalanya dipermudahkan. Alhamdulillah.

nota 2 : buat sahabat2 yg dah lama tidak berjumpa, saya pohon sejuta kemaafan andai ada salah silap selama perkenalan kita. Saya nak kalian tahu yg saya sayang kalian semua. Dan moga2 ada lagi pertemuan utk kita (=







urusannya sudah selesai. Kita?

8 comments

H.H.N.

Setiap hari,
setiap jam,
bahkan setiap detik
adalah rangkaian masalah.


Hidup adalah satu ujian.


Ujian dan manusia tak boleh dipisahkan.
Masalah demi masalah kita akan tempuhi,
dan setiap masalah itu adalah satu ujian.


Ada jalan penyelesaiannya,
ada kunci kepada masalah itu.
Apakah?


H.H.N.


ini kuncinya!


Hadapi!


Hayati!


dan


Nikmati!

lost Danbo by ulus1310 of deviantART

Sesat? Cari jalan keluar! :D


Hadapi!


masalah satu ujian buat diri. Terima masalah. Bukan melarikan diri dari masalah! Lari bukan jalan penyelesaiannya. Lagi pun sampai bila nak lari? Tak letih ke? Kalau lari, sampai bila pun takkan selesai. Dan kadangkala, masalah yg sama akan berulang-ulang kita hadapi.
Percayalah (=


Hayati!


Ada masalah, cuba terima dengan hati terbuka. Ambil masa berfikir sekejap. Mana datangnya punca masalah. Muhasabah diri kembali. Cerna masalah, hadam ia!


Nikmati!


Berfikiran positif! Optimis! Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya, setiap penyakit insyaAllah ada penawarnya (=




Allah mengajar kita untuk sentiasa optimis dalam diri dan dalam hidup, kerana apa? Kerana sesungguhnya,


"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan."
surah Al-Insyirah, 5-6

Danbo in the snow by BadgerJames of DeviantArt

::a pause to reflect::

nota : Terima kasih Shifa atas video motivasi. Nak upload video tapi baru je dpt mesej dari Etisalat dah lebih limit T.T 

lain kali la ey videonya :D

nota 1 : selamat hari lahir buat kakak Humairah Ibrahim, kakak Bahiran Zain(15/1) & Along Azfa (13/1)

kalian dah 21. Percayalah :D syg kalian 

nomo nomo nomo saranghae ^^

nota 2 : saya bahagia bila tgk kalian happy dan saya teramat bahagia bila mampu buat kalian happy (=

0 comments

A guide of life.

The most powerful force in life is LOVE
the greatest asset is FAITH
the mos powerful channel of communication is PRAYER
the greatest joy is GIVING
the worst thing to be without is HOPE
the most destructive habit is WORRY
the ugliest personality is SELFISHNESS
the greatest problem to overcome is FEAR
the most beautiful attire is A SMILE
the most crippling disease is EXCUSES
the two most power-filles words I CAN
the greatest 'shot in the arm' is ENCOURAGEMENT
the most satisfying work HELPING OTHERS
and the greatest attitude is GRATITUDE!

Gratitude unfolds the goodness of life. It turns what we have into enough, and more.
It turns denial into acceptance, chaos to order, confusions to clarity. It can turn a meal into a feast, a house into a home. Gratitude makes sense of our past, brings peace for today and creates a vision for tomorrow.

Danbo_calm by eivven of deviantART


note : thanks Shifa for this slide ^^

note 1 : but friends, do not expect gratitude from anyone! Just give our best effort to help others. (=

just remember one thing, we're doing good for seeking mardhatillah (=