Pages

24 comments

S.Y.U.K.U.R

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. 
Segala puji kepada Allah atas nikmat hidup yang masih diberikan, atas nikmat kesihatan yang baik, atas nikmat keimanan yang moga-moga stabil atau meningkat dan untuk segalanya. Alhamdulillah. (=

Kalau ikutkan apa yang dirancang, ada tempoh yang membuatkan saya tidak akan update post baru di WWK ini untuk memberi laluan pada sesuatu yang lebih penting. Tapi ada sesuatu yang membuatkan saya terasa nak menulis yang membuatkan laju jari jemari nak menaip. -.-
Sesungguhnya, Allah sebaik-baik perancang. 

Relax, cool, and smile. (=


picture of deviantART.

Bersyukur dengan apa yang ada.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Tak terhitung rasanya nak mengucapkan kalimah syukur pada Allah. Terlalu sedikit saya bersyukur pada Dia yang sentiasa memberi, yang sentiasa menjaga diri yang kerdil ini. Allah.

Tersentak seketika dengan sesuatu yang membuatkan saya terasa lain. Entah. Tak mampu nak   dinyatakan apakah bentuk perasaan itu tapi segalanya membuatkan saya rasa saya perlu lebihkan rasa bersyukur dengan apa yang sudah saya miliki. Allahu rabbi. 

Selama 20 tahun yang bakal menjadi 21 tahun tak lama lagi, sesungguhnya bila direnung kembali, dikenang kembali Allah permudahkan segala urusan terutama dalam study. Allah permudahkan perjalanan untuk mencari arah kehidupan ini, alhamdulillah.

Bermula dengan sejak tadika lagi, mungkin tempoh kecemerlangan itu sudah bermula. Baik UPSR, PMR, dan SPM, alhamdulillah. Dan sekali lagi dengan result SPM 2007 tu membuatkan jalan yang Allah berikan nampak senang, segalanya dipermudahkan. Alhamdulillah. Dan dengan rezeki yang Dia bagi jua, saya berada di sini, bumi Mesir. 

Bermula kehidupan di bumi asing memang menguji diri dan memang teruji. Itu lumrah kehidupan bukan? Ujian yang membuatkan kadangkala ada rasa give up, lemah semangat dan macam-macam lagi. Tapi kadangkala ada yang menegur, "awak sangat cool, nampak relax je." Itu hanya luaran. Tapi saya tersenyum, alhamdulillah saya tahu ada kekuatan di situ yang Dia bagi. (=

Ujian yang Dia bagi, buat saya lebih banyak berfikir dan muhasabah diri. Bukan mudah, hampir mengundang putus asa. Sebab tu ada yang kata, jangan bersuara andai tidak pernah merasai sendiri, sebab anda tak tahu selagi anda tiada pengalaman. Tapi kadangkala kekuatan itu yang dicari bukannya simpati. (=

Alhamdulillah, Allah tahu apa yang terbaik. Dia bagi ujian untuk kita muhasabah diri yang serba kekurangan. Dia bagi nikmat kesenangan untuk menguji tahap kesyukuran. 

Apa yang penting, jadilah hamba yang bersyukur dengan apa yang ada. Bersyukur dengan segala yang dimiliki sekarang. Bukan semua yang kita ada, orang lain ada. Bukan semua yang kita nak, kita akan dapat. Bukan semua. Jadi, bersyukur. Bersyukur dengan setiap nikmat ataupun ujian yang telah Dia bagi!

Bersyukurlah, kita masih diberi nikmat kehidupan yang berpanjangan. Pintu taubat masih terbuka luas untuk kita bertaubat. Jangan sampai tunggu mentari terbit di sebelah barat, waktu itu segalanya sudah terlambat. Allah.

Bersyukurlah kita ada kesihatan yang baik. Allah beri kita kesempatan untuk terus beribadat padaNya. Cuba lihat mereka yang terbaring lesu di atas katil sepanjang hari, cuba lihat mereka yang kudung tangan atau kaki, cuba lihat mereka yang sentiasa berulang alik ke hospital. Tak wujudkah rasa syukur dengan apa yang kita ada? Bersyukurlah. Kita sihat segalanya, kita cukup lengkap semuanya. Tapi mengapa masih rasa malas untuk terus tambahkan amalan? -.-

Besryukurlah yang Allah permudahkan segala urusan kehidupan. Allah bagi laluan yang cukup senang untuk ditempuhi. Allah permudahkan masuk universiti, Allah murahkan rezeki, Allah bagi itu, Allah bagi ini. Tak cukup lagi untuk buat rasa syukur?

Bersyukurlah. Bukan kita tahu apa yang bakal terjadi pada kita nanti. Mungkin hari ini kita bergelak ketawa, hari esok? Hidup bagaikan satu roda yang sering berputar dan sudah tentu adakalanya kita di atas dan ada masanya pula kita di bawah.

Bukannya susah hendak lafazkan kalimah syukur itu. Just say Alhamdulillah. Lafazkan kalam-kalam pujian buat Allah swt. Lafazkan dari hati kecil itu, moga-moga terasa dzuk, nikmatnya kesyukuran yang dilafazkan.

"Hargai orang sekelilingmu, hargai apa yang kamu sudah miliki."

Ya, hargai apa yang kita ada. Mungkin kerana esok lusa, kita dah takkan ada peluang yang seumpama dengan ini lagi. Sebab tu, wujudkan rasa bersyukur. Syukur atas segala nikmat kurniannya. Bila kita bersyukur, kita akan lebih menghargai kan?









nota : sudah sampai ke penghujungnya. Moga berakhir segalanya. Doakan saya. (=

14 comments

Dia dan saya.

Saya suka putih, awak suka hitam.
Saya suruk awak pakai warna lain, awak cakap warna hitam sangat lawa.
Dan warna hitam itu juga yang awak capai bila nak keluar. -.-


Mereka sayang saya lebih,
sebab tu apa-apa hal mereka cari saya. Bukan awak.
Mereka nak sesuatu, mesti mereka datang dekat saya.
Mereka cakap awak singa. 
Siapa suruh garang?


Saya cakap A, awak cakap B. Saya cakap B, awak cakap A.

selalu je kan cari gaduh dengan saya?
Kita gaduh, Puan Adibah bising. 
Saya diam, awak buat muka. Kena marah.
Padan muka -.-

Kita bergaduh, pasti saya yang mengalah dulu. Nak tunggu awak mengalah? Tak mungkin.
Saya nak yang tu, awak nak yang tu juga.
Tapi last-last mesti saya yang dapat, sebab Encik Hashim sayang saya lebih. Itu yang awak cakap. 
Awak dapat juga tapi selalunya lambat. Dapat juga kan?


Saya tahu saya yang selalu dapat lebih, awak kecewa kan.
Bagaikan saya ni seorang puteri saja.
Pernah awak tanya Encik Hashim,
"kenapa asyik dia (saya) yang dapat lebih, dapat dulu?"
Encik Hashim hanya tersenyum.


Masa berlalu.
Kalau dulu, zaman kanak-kanak
ada saja yang digaduhkan.
Ada sahaja yang tak kena.
Tapi awak perasan sesuatu tak?
Kalau apa-apa berlaku, mesti Puan Adibah dan Encik Hashim yang suruh saya beritahu awak.
Itu tandanya mereka tahu kita sejiwa sebenarnya kan?

Dulu awak selalu tanya kenapa saya yang sering dapat dulu?
Baru sekarang mungkin baru nampak semuanya.

Saya duk jauh, saya yang balik setahun sekali,
itu yang buat Encik Hashim dan puan Adibah lebihkan saya.
Bukan salah saya.
Mereka nampak awak hari-hari, awak di depan mata mereka. Tapi saya tidak.

Awak tahu kan, saya ni ni tak sekuat awak.
Encik Hashim selalu katakan yang saya ni manja.
Tak macam awak, awak kuat.
Puan Adibah dan Encik Hashim tahu itu.

Awak tahu tak, 
Sebab garang awak tu, mereka tak mudah buli awak.
Nak apa-apa mereka tanya, mereka hormat awak.
Pandai awak buat mereka hormatkan awak kan.
Saya ni tak pandai nak marah orang, itu yang mudah kena buli.
Sikap kuat, garang, berani awak itu
buat saya cemburu sebenarnya.
haih -.-

Dulu segan nak bercerita soal hati dengan awak.
Apa kes? mana awak faham. budak-budak.
tapi sekarang, rasanya lagi selamat saya nak bercerita semuanya.
Paling-paling jauh benda boleh sampai hanya pada Puan Adibah. Selamat.
Nak kutuk pun, selamba je kan?
Nak tegur pun, aci redah je kan?
tiada dah kiasan ni, tiada dah tatasusila ni.
Yang penting direct, sampai maklumat, hak terlaksana.

Kalau selama ni nak shopping mana boleh ajak awak, tak best.
Tapi sekarang ni,
nak pilih kasut pun nak suruh awak yang pilih. 
Sebab baru saya tahu awak ni ada gaya rupanya. -.-
Lagi senang, berjam-jam pun ok.
Sebab awak takkan mengeluh, sakit kaki, sakit itu sakit ini.
Awak ok je dengan syarat belanja makan. Heh. 

Cerita kita mungkin tak sama.
Haluan kita berbeza yang pasti.
Saya minat doktor, awak tak minat. Mana ada sangat nilai empati awak tu kan?
Bila ditanya cita-cita nak jadi apa?
Awak cakap entah. Apa punya visi la. -.-
Awak cakap macam-macam. 
Tapi kalau boleh nak duduk dekat Puan Adibah dan Encik Hashim saja.
Nak jaga mereka. ok, saya cemburu.

Ada masalah sikit, awak cepat je tension ni.
Saya juga yang Puan Adibah cari, "tu, tolong cakap2 sikit."
Tapi awak tak penah kisah, ada masalah saja
mesti awak cakap, "nanti baiklah tu."
"Saya ok je, buat apa nangis, buang air mata."
Haih -.-

Sekarang,
Allah tengah nak duga awak.
Sabar yer?
Saya jauh, tapi insyaAllah doa, kekuatan tu saya pohon dari jauh.
Jauh hanya di mata, tapi tidak pada hati dan fikiran.
InsyaAllah, semuanya akan baik. InsyaAllah.
Kita kena yakin dengan Dia. 
Saya tahu awak kuat, awak ok je kan?
Saya rasa awak ok, sebab pagi tadi masa borak, 
awak cakap, "dah jangan risau, ada la tu."
Awak gelak, tapi saya yang mengalirkan air mata.

InsyaAlllah. InsyaAllah. InsyaAllah.
semuanya pasti baik. 
InsyaAllah saya akan sentiasa doakan awak.

Eh, eh, eh.
sayang awak lebih.
Lebih dari saya sayang diri sendiri.


love,
along.





nota : utk awak, jgn gelak bila baca benda ni. -.-
Hari ni mendung, bagaikan tahu kisah duka hari ini.


mode : rindu keluarga! nak balik. menghitung hari. 

















9 comments

Warkah Bisu.

Warkah bisu yang berbicara,
kadangkala itu yang lebih meruntun hati 
mata-mata yang membacanya.
Kadangkala itu yang lagi hebat
mengusik tangkai hati setiap jiwa.

Namun,
sang penulis itu bukanlah
penyair yang hebat,
bukanlah seorang penyajak yang 
gah berdiri di atas pentas
mengalunkan sajak jiwanya.
Bukanlah seorang yang mampu membeli jiwa
dan semangat yang lain.

Penulis itu hanyalah insan biasa
yang hanya menjadikan medan menulis
satu peringatan khusus buat dirinya,
untuk mengetuk diri yang mudah lupa.
Tapi jauh di sudut hati,
tetap mengharapkan setiap bait tulisannya bisa
mengetuk pintu-pintu hati yang membacanya.

Bukan untuk siapa-siapa,
sekadar menjadi peringatan di masa hadapan.
Kerana setiap lontaran idea,
cetusan rasa,
ilham hati,
adalah milik DIA,
pemilik jalan cerita ini.

Dia sedar akan satu hakikat,
satu peringatan,
setiap yang tertulis,
akan dipertanggungjawabkan pada dirinya.
Bukan mudah bukan?

 picture of devianART.


 Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (As-Saff :2) 

Kadangkala menulis berdasarkan pengalaman orang lain yang cuba disandarkan pada diri, untuk mewujudkan nilai empati bukannya simpati.
Kadangkala menulis kerana melihat orang lain mampu menulis hari-hari post yang baru, cuba untuk bersaing. Cabaran mungkin?
 Kadangkala menulis bukan dari hati sendiri, tapi 'copy and paste' bingkisan rasa orang lain dan kemudiannya menyusun mengikut jalan sendiri. Itu inovatif.
Kadangkala menulis bukan untuk diri, tapi untuk menjadi tatapan orang lain, untuk menambah kiraan traffic barangkali.
Kadangkala menulis untuk menghilangkan rasa jemu, kerana itu satu hobi. Itu suka-suka.
Terlalu banyak kadangkala mahupun kemungkinan yang ada. 
Tembakan pada diri khususnya.

Tapi akhirnya kita tetap akan kembali pada pemilik empunya cerita bukan?
Mengapa tidak kita sandarkan segalanya khusus buat diriNya?
Kerana kita perlu sedar, perlu sentiasa ingatkan diri,
setiap yang tertulis, apa yang dirasa,
adalah ilham dari DIA, pemilik jalan cerita ini.
Kita hanya si tukang tulis.
Andai tiada ilham dari DIA, pasti kaku jari jemari untuk menaip warkah bisu ini.

Setiap yang tertulis, tentunya akan diuji kembali pada dia yang menulis.
Andai hari ini, tertulisnya kisah sabar. Kelmarin kisahnya cinta. Esok lusa mana tahu mungkin akan diuji. DIA nak tengok, sejauh mana keberkesanan tulisan itu dalam jiwa sendiri.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan (saja) mengatakan "Kami telah beriman", sedang mereka tidak di uji lagi?" (Al-Ankabut, 2)





nota : pujian itu membahayakan jiwa. 

nota 1 : kena buat senarai buku yang nak dibeli dan BACA summer break nanti :D 



3 comments

Pasca Revolusi.

Bismilillahirrahmanirrahim, 
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Hari ni cuaca di Mesir atau lebih tepat di sekitar Sayeda Zainab agak sejuk. Pelik. Musim panas yang terasa dua tiga hari lepas tiba-tiba sejuk dan hujan! Oh. Perancangan Allah sangat teratur.

Selepas panas yang agak menduga diberi pula sejuk yang menyamankan. Alhamdulillah. Kena jadi orang yang bersyukur dengan setiap nikmat yang Dia bagi. -.-

picture by Siilver1984 of deviantART

Berjalan-jalan di Medan Tahrir dengan kawan baik memang menyeronokkan. Berjalan sambil melihat pelbagai jenis ragam manusia memang menghiburkan hati. Wujud perasaan yang bercampur baur. 

Tengok orang meminta sedekah, wujud perasaan simpati dan mungkin jua empati. Melihat yang kelihatan agak kaya terasa diri yang sederhana tapi bila melihat yang mungkin kurang dari diri terasa bersyukur dengan apa yang ada. Sebab tu jangan membandingkan diri dengan yang lebih dari kita kerana kita takkan pernah rasa cukup dengan apa yang ada. Jadi bersyukurlah dengan apa yang kita ada. (=

Mereka.

Masuk ke dalam stesen metro (komuter) bawah tanah, semua orang berjalan laju. Hanya kami sahaja yang berjalan agak perlahan, bercakap-cakap sambil melihat sekeliling. Hati terdetik, "diaorang laju-laju ni nak kemana?". 

Tiba di kaunter tiket, saya yang sudah terbiasa dengan persekitaran di Malaysia, 'sila beratur', jadi saya beratur kononnya nak mengamalkan apa yang sudah terbiasa. Lagipun, melintas orang lain itu tidak beradab bukan? 

Tapi bila melihat ramai yang makin menyerbu dan saya makin terkebelakang membuat rasa ingin mencelah juga. Tapi tiba-tiba ada yang menegur orang di depan saya, lebih kurang begini dia cakap, "sila ke belakang, kena beratur!" Oh, ok, terasa. Saya tersenyum, nampak macam ada perubahan. 

Saya ke belakang balik untuk kembali beratur. Dan tiba-tiba pak cik di depan menyuruh saya ke depan. Eh, tadi suruh beratur? 

Berjalan di Tahrir sekarang ni ada dua jenis perasaan. Terasa excited kerana mungkin berada di tempat bersejarah Mesir. Tapi pada masa yang sama terasa takut. Sebab mungkin di situ masih ada demostrasi. 

Sekarang ni mereka lebih menggunakan kuasa veto sendiri. Macam yang pernah saya lihat, pelajar-pelajar sebuah universiti, mereka buat demostrasi jalanan yang menyebabkan traffic jam hampir dua tiga jam tanpa rasa bersalah. Mungkin dalam fikiran mereka dah termaktub yang mereka akan dapat apa yang mereka nak apabila buat demostrasi begitu. 

-.-

Apa yang boleh saya katakan, dengan revolusi Mesir Januari lepas bukan boleh merubah mereka dengan drastik. Hanya pembangunan yang mungkin berubah, tapi mungkin mengambil masa atau tidak pada perubahan perangai manusia itu sendiri. 

HM.

Satu benda yang saya suka buat bila naik metro adalah memerhati peta perjalanan yang ada di dinding metro. Mungkin sebab tu saya dah terhafal dengan nama-nama stesen di sini -.-
Tengok punya tengok, tiba-tiba perasan satu nama stesen dah bertukar nama. Pelik. Cuba recall balik stesen apa, tapi masih tak ingat. 

Tiba-tiba saya terjerit kecil, "Haa! Mubarak!" Nama stesen tu Mubarak. Memang kebanyakan nama stesen di ambil sempena nama seseorang yang terkenal di sini. Nasib baik tak kuat sangat jeritan tu kalau tidak mungkin semua orang dah tengok pelik. Nama Husni Mubarak sensitif sekarang ni -.-

Sekarang ni nama stesen tu bertukar kepada mahattoh syuhadak {stesen para syuhada (yg syahid)}. Cantikkan nama baru? Kagum seketika. 

Sadisnya, HM jatuh dengan penuh kehinaan. Memandang HM sebagai orang tua mungkin mengundang simpati tapi memikirkan betapa rakusnya dia membolot harta rakyat Mesir, terasa memang patut begitu. -.-

Pasca Revolusi.

Perubahan? Mungkin ada, tapi sedikit. Mentaliti rakyat masih sama, tiada perubahan. Bak kata Dr. Faisal, "Kalau nak negara Mesir ni bersih kena matikan semua rakyat Mesir dan didik mereka yang masih kecil itu."

Kalau di universiti pula, baru-baru ni kami diberi pilihan untuk membuat penentuan bagaimana sistem peperiksaan untuk final nanti. Alhamdulillah, para doktor memberi kebebasan untuk kami memilih jadual yang lebih flexible untuk kami. Moga-moga sistem baru memberi kemudahan kepada kami. (=

Selagi belum ada pilihan raya yang menentukan siapa presiden baru bulan 9 nanti rasanya Mesir masih sama. Selagi itu demostrasi jalanan akan diadakan, polis-polis masih tiada kuasa, Mesir tetap dalam zon darurat. -.-

tetap sujud.

satu benda yang saya kagum dengan mereka.








nota : Bukan hanya bimbangkan negara yang hanya menumpang sekejap, tapi lebih bimbangkan keadaan negara sendiri yang makin hari makin menakutkan. -.-






















13 comments

Usaha. Tawakal.

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Leave the future alone.

Mana mungkin kita dapat melihat masa hadapan. Tidak akan sesekali kita tahu apa yang berlaku esok hari bahkan mungkin dua tiga detik akan datang. Segalanya dalam rahsia Ilahi, hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Tapi hati ini seringkali bertingkah. Membisikkan rasa 'takut' dalam diri tentang masa depan. Takut memikirkan apakah segalanya akan baik, atau masih sama atau... sometimes somethings are better left hidden.

Namun, fitrah manusia, fitrah kita, fitrah saya sendiri yang inginkan yang terbaik dalam kehidupan ini. Dan sudah tentu lebih lagi untuk masa hadapan yang masih samar bayangannya.

Inginkan yang terbaik, mengharapkan yang terbaik tentulah kena usaha yang terbaik bukan?
Mana mungkin kejayaan datang bergolek andai tiada usaha untuk mencapainya. Mana mungkin syurga dapat dijejak andai kata diri malas untuk mempersiapkan maharnya.
Usaha dahulu baru boleh letakkan tawakal. Kalau usaha pun sedikit dan kemudiannya nak tawakal pada Allah, tak rasa segan ke dengan Dia? segan, segan, malu kot.

Pergantungan harapan.

Mungkin Dia nak tengok sejauh mana saya gantungkan harapan pada Dia? mungkin. Mungkin sebab itu hati saya asyik berdolak dalik tentang masa depan yang samar itu. Mungkin.  Mungkin Dia nak uji di mana letaknya Dia di hati kecil itu. Mungkin.

Once again, leave the future alone! Apa yang penting, lakukan sehabis baik, buat yang termampu, usaha semaksimanya. Kita diajar untuk berusaha. Nak dapat nombor satu dalam kelas kena rajin. Nak dapat mumtaz dalam imtihan, kena rajin mengulangkaji. Semuanya kena usaha. 

Tapi kena ingat yang Allah Maha Berkuasa yang menentukan segalanya. Penghujungnya tetap kembali kepada Allah. Andai kata pengakhirannya tak sebaik yang kita inginkan, mungkin itu yang terbaik buat diri kita ketika itu dan insyaAllah pasti ada ganjarannya untuk timbangan di hari perhitungan kelak. (=

Lagipun, bukan ke nak jadi hamba yang paling yakin dengan doa dan yang paling redha dengan ketentuannya? Jadi yakinlah bahawa Allah tahu apa yang terbaik buat diri. Yakin! Yakin dengan diri sendiri, yakin dengan hikmat ketentuan dariNya.

"...Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya, dan Dia memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu."


surah At-Talaq, ayat 2-3 (65:2-3)


Muhasabah diri.

Alangkah indahnya hidup andai kata setiap apa yang berlaku di pandang dengan mata hati bukan hanya dengan pandangan biasa. Melihat di sebalik yang tersirat bukan hanya pada yang tersurat. 

Jadi berusahalah. Berikan apa terbaik, usaha sebaik mungkin dalam setiap apa yang kita kerjakan. Allah pandang pada usaha kita, insyaAllah. Dan keputusannya, serahkan pada Allah. Gantungkan harapan setinggi langit hanya pada Dia yang Maha Berkuasa. Cuba, cuba, insyaAllah.

Buang jauh-jauh anasir-anasir jahat yang sering mengacau, yang sering memporak-perandakan hati kecil itu. 

Biiznillah.

picture by RyanMichael of deviantART.






nota : sentiasa mengharapkan yang terbaik. 

nota 1 : "Biarlah kita dapat sesuatu atas usaha kita sendiri, bukan sebab orang lain tolong, bukan sebab kita meniru orang lain, tapi sebab atas usaha kita sendiri. Yang penting keberkatan Allah yang kita cari."- mama. 








Tomorrow is from the world of the unseen, a bridge that we do not cross until it comes. Who knows, perhaps we might reach the bridge, or the bridge might collapse before we reach it, or we may actually reach it and cross safely.
::part of Don't Be Sad, by Dr. A'id al-Qarni::

17 comments

soal hati.


Kadangkala apa yang terucap
tidak pernah sama dengan apa yang dibisikkan.
Saat tangan menulis, 
apakah hati yang berbisik
atau akal yang berfungsi?
Hati yang lebih emosi,
akal yang mengimbangi?

Hati,
Mengapa begitu mudah kau berubah?
Bagaikan lalang di padang rumput,
angin menolak ke timur, kau ke timur,
angin menghembus ke barat, kau ke barat.

Hati,
begitu susahnya untuk mendidik kau.
Sukar. Payah. Tercabar.
Seringkali gelisah, 
terlalu rapuh,
bagaikan senang untuk dicantas 
dan dibuang.

Tapi...
tanpa hati,
mampukah aku terus bertahan?
Apakah langkahku tak goyah?

Hati,
sedarkah kau yang kau adalah raja?
Rosak kau makalah rosaklah keseluruhannya.
Kau tahu hakikat itu,
kau sedar rupanya.
Tapi mengapa masih berdolak-dalik?
Mengapa tidak saja kau diam di situ.

picture of devianART

Asmahani : apa khabar? Sihat?
Izzati : Alhamdulillah fizikal ok.
           Mental = insyaAllah ok.
Asmahani : hati?
Izzati : Hati... tgh upgrade (=

soalan yang tidak akan jemu ditanya, soal hati. Betapa pentingnya hati. 

Hati yang dimaksudkan bukan sekadar sekadar organ dalaman manusia. Tapi, hati tu adalah hati nurani, hati yang membentuk jiwa dan roh seseorang manusia.

(=

Mungkin andai kata organ hati (liver in english) rosak, mungkin akan membantutkan kadar metabolisma dalam badan, mengurangkan penghasilan glycogen yang diperlukan untuk badan, mengurangkan kadar penghasilan hormon untuk penghasilan darah manusia dan pelbagai boleh berlaku seandainya ia rosak. Bila nak kena terjemahkan istilah perubatan dalam Melayu terasa macam pelik. Itu hati manusia, hati yang kita nampak.

Kalau yang satu lagi, hati yang kita tak nampak? Apakah sama? Ya, samalah jua analoginya. Rosak hati itu maka rosaklah segalanya. Dari hati yang bersih melahirkan roh yang bersih, akhlak yang indah, tutur kata yang menyenangkan, perlakuan yang selaras dengan nilai-nilai Islam. Nah, betapa pentingnya hati tu. (=

Sebab itu, kita semua terutama diri ini kena jaga hati. Jaga hati. Jaga hati. Susah juga kan? Tapi kena buat! Kena usaha bagaimana nak jaga hati tu bagi tak berbintik-bintik hitam, tak gelap.

Kita sendiri sedia maklum, yang ilmu itu adalah nur? Nur, cahaya takkan masuk dalam hati-hati yang gelap. -.-

Jaga hati. Jaga hati. Jaga hati. Pohon kepada Dia, pemilik hati ini agar sentiasa jaga hati kita. Tak susah andai kata kita letak harapan kita hanya pada Dia. 

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau Maha pemberi."
surah Ali-Imran, ayat 8 (3:8)







nota : pernah dibahaskan soal hati bersama Ustaz Razi dan sahabat2 di kelas MEG 5 3 tahun yang lepas. Rindu nak kembali mendengar bingkisan hati Ustaz. -.-

(=

soal hati yang sukar diterjemah, yang menuntut seribu satu pengertian. Andai tidak mampu untuk mengawalnya, jangan cuba mengusiknya.