Pages

yang menilai.

28022012.

"Dia rasa tak semangat nak pergi usrah lagi.

Kenapa?

Sebab katanya tiap minggu pergi muka sama saja, yang memang selalu akan pergi. 

Asalnya ramai, lepas tu tinggal beberapa orang saja yang terus setia. Dan hanya yang itu akan pergi. Tak best katanya.

Ohhh.

Dan... 

tentu kakak usrahnya lagi terasa sedihkan?
Tentu kakak usrahnya lagi hilang semangat kan?
Tentu kakak usrahnya mengharapkan adik-adik usrahnya yang setia akan terus setia kan?
Sebab mungkin mereka yang terus setia menjadi semangat, semangat untuk terus memberi.

Tak salahkan kalau dia terus menjadi salah satu semangat untuk kakak usrahnya. Kan?"

Cuba kita letakkan, kita adalah dia yang merasai kesakitan itu.
Cuba kita bayangkan, kita adalah insan yang diuji dengan dugaan Ilahi itu.
Cuba kita bayangkan, walau sejenak. Tanpa kita menghukum.
Kenapa manusia, mudah sangat memberi penilaian?
Sedangkan yang berhak menilai itu hanya Allah!




Kadang-kadang, kita terlupa yang ada orang lagi hebat ujian dari kita.
Kadang-kadang kita lupa ada orang yang lagi susah dari kita. 

Kadang-kadang kita leka dengan nikmat dunia yang Allah beri.
Kadang-kadang kita mudah sangat rasa futur.
Kadang-kadang kita bersangka buruk dengan apa yang Allah beri.
Kotornya hati kecil itu kan? T.T


Ada orang yang Allah beri ujian satu demi satu, tapi kita...?
Baru ditimpa sedikit ujian, mula mengadu maha berat.
Bukankah Allah sudah kata yang Dia tidak akan membebani hambaNya melebihi kemampuan diri hamba itu?


29.02.2012.


Alhamdulillah, seorang lagi umat Nabi Muhammad Sollallahu 'alaihi wasallam lahir ke dunia. Bakal menyambut birthday 4 tahun sekali. =D
Moga menjadi anak dan mujahidah yang solehah yer? (=











nota 1: Alhamdulillah, akhirnya ter'update' juga WWK ni. Nikmat waktu lapang itu wajib disyukuri apatah lagi nikmat kesibukan. (=

btemplates

5 comments:

nusrah said...

Alhamdulillah update gak.
lama tau tggu :P

itu memang perkara lumrah bukan dlm perihal usrah. kadang2 kita tak cuba nak kenal hati murabbi kita, walhal dia juga manusia - turut merasa sedih, turut merasa gembira. Moga hati murabbi dan mutarabbi saling bertaut pada Allah.. Sayang zati kerana Allah selalu.. :')

Izzati Hashim said...

Alhamdulillah (=
eh, ada yg menanti ke? hehehe.
Siapalah saya utk dinantikan =P


Amin, moga walau di mana pun posisi kita, sebagai murabbi atau mutarabbi sekalipun, kita tetap kena jaga perasaan orang lain. Kan? ('=

Sayang Tiya lebih2 lagi. ('=

Atiqah said...

assalamualaikum

hmmm selalu lupa yang ade org yang sedang terima ujian yang lagi susah drpd kita. tahu tapu selalu lupe.=(

kak izzati
sy ade soalan. tak de kaitan sgt dgn post akak tp nak tanye gak hehe.

macam mane nak berhentikan khabar angin eh? macam mane nak bagi tahu rakan2 kita yg khabar angin tu tak baik?

sbb kawan saya ade cerita kat saya pasal seseorang ni pestu sy kate eh tak baik la spread rumors. tp die kate tak pe la ni cerita betol. betol ke salah ke kalau kite sebarkan tanpa pengetahuan orang yang kite sebarkan tu tak baik jugak kan?

tak tahu lah soalan ni makes sense ke tak. sorry =)

Izzati Hashim said...

Wslm wbt.

Atiqah! Lama x bersua, walau hanya di blog je kan. Sihat? ('=

Pasal soalan Atiqah tu kan, nak tutup mulut manusia ni memg susah.

Bagi akak, teruskan bagi nasihat jgn sebarkan cerita2 yg mcm tu. Even cerita tu betul atau sebaliknya, lebih baik kita diam unless empunya badan yang suruh war-warkan, mcm contoh, dia nak kahwin dan seumpama dgnnya.

Kalau yg lain, memg x blh. Takut dibimbangi masuk dlm kategori mengumpat dan bawa khabar angin yang tak sahih. Nauzubillah

Pesanlah pada kawan2, tak elok bercerita di belakang2. Diam tu lebih baik. (=

menjawab soalan x ni? Maaf kalau x membantu. =='

Atiqah said...

hehe okay boleh la tuh. terima kasih kak~~ =)