Pages

Tuding satu jari.

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

"Manusia suka menghukum."

Terasa tertampar dengar ayat dia. Hanya mampu tersenyum dan mengiyakan.
('=

Walau hati diajar untuk bersangka baik. Kadang-kadang tetap tak mampu untuk lari dari menilai orang lain. Oh hati. -.-

Manusia hanya mampu untuk 'menghukum' dari segi zahirnya, dari apa yang dilihat. Tapi kita takkan pernah tahu apa yang dilalui dan dirasai selagi kita tidak berada di tempatnya.

*sigh*

"Don't judge a book by its cover."

Relevan lagikah pepatah ini? Kalau kita sentiasa menilai sebelum mengetahui apa yang berlaku sebenarnya? 




"Dia gagal sebab selalu main-main dalam study."
"Dia gagal sebab hubungan dengan Allah kuranglah tuh."

Allahu Allah.
Siapa kita untuk menilai?
Siapa kita untuk menghukum pada orang yang teruji?
Adakah dia ingin merasa kegagalan itu?
Apakah dia tahu dia akan diuji?

Allah uji dia.
Mungkin untuk kifarah dosanya.
Mungkin Allah mahu naikkan tahap keimanan dia.
Mungkin itu tandanya Allah sayangkan dia lebih dari kita!
Dan mungkin Allah uji dia dan dalam masa yang sama Allah uji kita, 
adakah kita mengambil pengajaran dari kisahnya.
Mungkin.

Siapa kita untuk menilai?

You know my name, not my story.

"Tahu tak, dia tak lepas exam hari tu sebab dia sakit. Allah uji dia dengan sakit dan kemudiannya tak lepas exam. Tapi dia still cool. Hebatkan?

Oh, patutlah. Tak tahu pun dia sakit." 

Dan saya hanya mampu tersenyum. (=

Kadang-kadang bila melihat orang yang 'rendah' dari kita,
kita rasakan kita lagi baik darinya.
Kita rasakan Allah uji dia sebab ada yang tak kena dengannya.

Allah.
Teruknya hati kecil itu. -.-

Mungkin belum tiba masanya untuk kita rasai apa yang dia sudah lalui.
Bukankah Allah uji manusia mengikut kemampuan hambaNya?
Lain manusia, lain ujiannya.

Kejayaan yang kita ada sekarang, hanya satu ujian.
Sama ada kita bersyukur atau tidak.
Bila diberikan kegagalan, kita akan terus nampak ia satu ujian.
Kalau diberikan kejayaan, tapi kita tidak bersyukur, bukankah ia satu ujian juga? (=

Muhasabah diri.

Bila terima berita, selidiklah dulu.
Bila terdengar sesuatu cerita, bertanyalah dulu.
Bila terlihat sesuatu, usah cepat menghukum.
Tapi didiklah hati untuk sentiasa bersangka baik.

Didik hati untuk sentiasa bersangka baik dengan apa yang kita lihat.
Latih hati untuk bersangka baik dengan apa yang kita dengari.
Ajar hati untuk selalu bersangka baik dengan semua orang.
Bahkan didik hati kecil itu bersangka baik dengan Allah.

Sungguh beruntung orang yang selalu bersangka baik.
Kerana jiwanya sentiasa damai,

kerana hatinya sentiasa tenang,
kerana fikirannya sentiasa lapang,
dari prasangka yang bukan-bukan.


Manusia suka menghukum, tanpa sempat untuk mengetahui.
Manusia suka menilai, walau hanya dengan satu pandangan kasar.

Kita tak suka orang menilai kita kan?
Jadi, jangan menilai orang!
Siapa kita untuk menilai manusia yang lain?
Sesungguhnya, 

yang hanya berhak untuk menilai adalah DIA yang Maha Mengetahui.

(=

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah di antara kamu yang menggunjing sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? 
Tentu kamu merasa jijik. 
Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Menerima Taubat, Maha Penyayang." 
(Surah Al-Hujurat, 49:12)




nota : Bercerita soal exam dan ujian. Sebab mungkin sekarang tengah exam.
Dan mungkin sebab ada yang mengingatkan tentang kisah lalu. ('=

btemplates

9 comments:

LIZA said...

assalamualaikum akak..wahh ! dah lama akak tak update blog kan ? rindu sekali untuk membacanya..terima kasih akak untuk setiap post dalam blog ni..ia membuatkan saya menjadi semakin semangat untuk meneruskan kehidupan walaupun bertimpa-timpa kegagalan hadir..alhamdulilah..terima kasih akak..saya masih baru menjadi pengikut blog akak ni..namun,setiap kali semangat untuk terus belajar hilang,blog akaklah yang akan saya kunjungi kerana ia banyak menaikkan semangat saya... :)

sya-hi-da said...

salam.

"siapa kita untuk menilai."

err. betul sangat kan statement ni. kita takde hak pun nak nilai orang tu orang ini dengan nilai-nilai yang kita buat sendiri.

nilai-nilai yang hanya Dia yang boleh menilai.

kan.

Izzati Hashim said...

@Liza : Wslm wbt.
Menanti post baru akak ke? Asif jiddan. Kesibukan membataskan untuk menulis. (padahal hari-hari je dtg jenguk blog sendiri hehehe.)

Segannya. -.-
Sebab rasa WWK ni biasa2 saja, hanya sekadar lontaran pengalaman diri akak sendiri.

Tapi apa pun, jzkk utk selalu dtg sini. Dan moga apa yg tertulis kat sini, mampu memberi manfaat pada Liza. InsyaAllah. (=

p/s : Chaiyok! Kuatkan semangat! Allah sentiasa ada. (=

Izzati Hashim said...

@Syahida :

Wslm wbt.

Soalan yang perlu sentiasa ditanya pada diri kalau rasa nak menilai orang. -.-

Muhammad Iqbal said...
This comment has been removed by the author.
Muhammad Iqbal said...

Bersangka baik kebesaran barangkalinya ialah melalui hati yang bersih dan dengan latihan. Dua elemen itu agak penting. Kerana, ramai sahaja yang tahu bagaimana mahu bersangka baik, tapi berapa ramai yang mampu lakukan? ( Oh, terpaku sendiri )

Memang, kita tak tahu apa yang 'orang' itu hadapi.

Izzati Hashim said...

@Iqbal : Mungkin lepas ni boleh buat satu post
bagaimana untuk bersangka baik pula. InsyaAllah.

Macam yg Iqbal kata, hati dan latihan antaranya.
Berusaha! (=

Tinta.Muallimah said...

keep it up dik

Bulan Syurga Firdausi said...

betul, setuju...kuatkan hati die..?Allahuakbar..

kadg2 gagal tp manusia da usaha,doa dgn Allah semua da..tp Allah gagalkan juga..kerana Allah Maha Tahu mungkin bile manusia berjaya lepas tu manusia riak :) Nauzubillah...