Pages

Ammu Teksi

Bismillahirahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. 

Alhamdulillah hari ni sempat menghantar ayah su, mak su dan Fawwaz ke Cairo Airport setelah 10 hari mai Mesir semata-mata nak sambut majlis graduasi Kak Atin. Mabruk Kak Atin! Eh. Doktor Fatin Hanira. :)


Abang-abang dan kakak-kakak GEN 6. 
Tahniah semua! :)

On the way ke airport dalam teksi, banyak yang ammu teksi ceritakan.

Ammu. Pak Cik. :)

Cerita 1
(Tulis cerita macam panjang je hikayatnya.)

"Kamu faham bahasa arab tak?" Toleh ammu menghadap Ayah Su kat sebelah.
Ayah Su dah pandang cermin sisi tengok kat belakang.

"Kami faham sikit-sikit." Jawab saya dan Kak Atin.

"Apa ni kamu dah duduk kat Mesir tak boleh faham arab?"

Balasan paling sopan, senyum. :)

"Mak ayah saya baru datang melawat saya kat sini. Tak faham mana arab." Kak Atin tolong jawabkan bagi pihak ayah su.

"Kamu baca Quran?" Ammu menyambung dengan bahasa arab Mesir yang laju. 

"Alhamdulillah kami baca. Dan pada Quran ada disertakan dengan terjemahan." 

"Macam mana kalau kamu baca, tapi kamu tidak faham?"

Gulp. Sengeh je lah.... 

Bak kata Ayah Su masa dalam airport, "Kita dilahirkan bertutur dalam bahasa melayu. Bukannya arab."

:)

Cerita 2

"Kamu orang mana? Cina?" Asal tengok muka asia saja, cina. Mereka memang tidak boleh bezakan antara cina atau melayu.
Tapi samalah saya yang sudah bertahun di sini. Lubnan, Palestin, Mesir pun tengok macam serupa. Adil. Heh.

"Tak kami Malaysia."

Oh...

"Mana lagi bagus, Mesir atau Malaysia?" Ammu tanya kami.

"Mestilah Malaysia. Malaysia negara kami."

Ammu tergelak dengar jawapan kami.

"Memanglah kamu akan kata negara kamu yang paling bagus berbanding Mesir."

:)

"Tapi kamu kena ingat, Nabi Musa ada di sini. Ada sahabat-sahabat Nabi yang sampai sini. Kamu tahu kan?" Ammu tersenyum membalas.

Sekali lagi rasa macam tersengeh sumbing. Haih.

"Aiwah ya 'Am." Saya dan Kak Atin hanya tersenyum dan ammu terus bercerita tentang keistimewaan Mesir.

:)

Cerita 3

Sampai saja kami di airport, baru saya dan Kak Atin perasan yang ammu tak guna meter pun. Padahal teksi tu teksi meter!

Apa lagitambang yang biasanya reasonable-la-juga, naik double terus! Ya Rabb! Astaghfirullah. Kami tahan 'panas' di dada di sebalik kepanasan mentari yang menyinar. 
Geram!

Meter tak gerak, macam mana nak deal harganya walau dah berkali pernah sampai airport. 
Ammu oh Ammu.




Permata di sebalik debu.

Tika mahu melintas jalan ke rumah, ternampak seorang mak cik yang berjalan.
Tiba-tiba dia terjatuh.
Laju pak cik buah tepi jalan meluru ke arahnya. Angkat dia.
Laju seorang lagi brother ke arah yang sama. Tarik kerusi yang ada kat stall buah untuk mak cik tu. Sambil-sambil dia mengibas habuk di kaki seluar mak cik.

 Ya 'Adzim! Subhanallah. Subhanallah

Saya hanya terpaku. Terlintas di benak kepala,

"Tadi di airport Allah hadirkan aku seorang pak cik teksi yang dah kelentong aku. Tapi petang ni juga, Allah hadirkan aku beberapa orang arab yang subhanallah hatinya cukup baik. Allah mahu ajar aku sesuatu."

T_____T

Inilah Mesir.
Di sebalik kekurangan, tersimpan keistimewaan yang punyai hikayat tersendiri. 

Inilah bumi barakah yang adanya Nabi Musa.
Inilah bumi ardu kinanah yang Allah hantar Saidina Amru bin 'Asr, Sallehuddin Al-Ayubi.

Inilah bumi yang dipenuhi dengan para Azhari, para syeikh, ulama besar.
Subhanallah.

Di sinilah jua, hidupnya Firaun.
Di sinilah jua, lahirnya pemerintah yang zalim.

.....

Antara kita mahu pilih yang mana.
Antara kita yang mahu berbaik sangka atau sebaliknya.
Antara kita yang mahu mencari permata di sebalik debu berterbangan atau tidak.
Kita yang pilih, sedang Allah sudah mengaturkan segala yang terbaik. 
:)



nota : Bercerita bersama kak Atin dan Kak Yana yang sudah menamatkan pengajian di bumi Mesir cukup menandakan pada diri sendiri; guna peluang yang ada di sini selagi punyai peluang. Biiznillah, insyaAllah. ('=

btemplates

2 comments:

Muhammad Iqbal said...

Seronok tengok orang graduate :)

Pengalaman Mesir, pengalaman unik.

.::: mr IQ :::. said...

haha, org arab mmg sebegitu... dorang cepat panas baran, tp cepat juga sejuk... ada satu kisah tu, ada kereta berlanggar, dua pakcik arab tu bergaduh2, pastu ada org lain dtg, ckp 'sollu a'la nabi'. Pastu dua2 arab tu, berbaik-baik semula...