Pages

Ramadan Kareem

Bismilllahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Ramadan Kareem!

Allahu akram. 

:) 


Fanus - Pelita gantung

Alhamdulillah Allah beri rezeki nak rasa Ramadan lagi pada tahun ni. Bahkan Allah beri rezeki lagi nak rasa dan nikmati Ramadan sebulan cukup di bumi Mesir.

"Nikmat manakah yang kau nak dustakan lagi?" 

Kalau tahun sebelum-sebelum ni, tak cukup sebulan puasa kat sini. Kadang 2 minggu, lepas tu sambung puasa di Malaysia. Tapi tahun ni, Allah nak bagi betul-betul nikmati Ramadan terakhir di Mesir agaknya. Huhuhu.

Ada hikmat rupanya kelas habis penghujung 28/7 nanti. Kalau tak, dah lama agaknya balik puasa kat tanah air tercinta. Haila, kalau dah namanya cinta. :)

Ramadan dan Mesir

Tahun-tahun sebelum ni, bila tiba bulan Ramadan, semua orang dah berhibernasi kat rumah. Study leave. Dan hanya keluar ke universiti untuk hadapi exam. Tapi bila dah masuk tahun akhir ni, dah masuk bulan Ramadan sekalipun, kelas masih ada. =D

Kelas masih ada, musim panas pula tu, dan tambah bulan Ramadan, subhanallah. Moga Allah kuatkan kita semua di jalan ini dan moga Allah terima semua amalan kita. Biiznillah. :)

Lagipun, kelas dah nak habis. Maka, mari kita enjoy! Nikmati pergi kelas dalam musim panas yang membahang, dan kena sabar, tabah dan redha dalam mengharungi Ramadan terakhir di Mesir ni.
:)

Orang selalu cakap, bulan Ramadan di Mesir sangat meriah. Dan kerana saya pun hampir setiap tahun dalam masa 7 tahun berada di sini melalui bulan Ramadan, memang mengakuinya, Ramadan di Mesir sangattttt meriah. Meriah dengan pesta ibadat. Subhanallah. :)

Time ni lah, semua orang pakat-pakat berlumba-lumba menambah pahala.

Kalau di mana-mana masjid, jemaah sangat ramai. Semua orang memenuhi masjid untuk berterawih. Selalunya jumlah yang ada kekal hingga penghujung Ramadan sekalipun. Kalau 10 malam terakhir, siap ada yang beriktikaf di masjid. Bawa anak-anak kecil sekali. Pemandangan yang subhanallah bagi saya amat membahagiakan. :)


Maidah al-Rahman (Terima kasih Hani chan untuk gambarnya)

Kalau petang hari pula, ada orang yang buka tempat - letak meja, kerusi - untuk bagi orang ramai berbuka puasa. 'Maidah al-Rahman'. Sesiapa sahaja boleh singgah buka puasa. Tak kisah apa status; kaya, miskin, sederhana, semua boleh pergi makan. Mungkin ada budak Melayu yang pergi. Tapi kalau saya, kebersihan diragui sedikit. Hahaha.

Jelajah Masjid 

Masjid ar-Rahman ar-Rahim

Mesir terkenal dengan nama, Negara Seribu Menara. Dan banyakkkk sangat masjid yang boleh dilawati. :) Sekeliling rumah ni saja ada dua tiga masjid yang sederhana besar yang ada. 

Dan yang paling seronok bila masuk bulan Ramadan ni, semua orang nak kejar pahala berterawih di masjid. Boleh saja dibuat di rumah. Tapi lagi seronok kalau dapat buat di masjid. Boleh berkenalan dengan orang arab, boleh tengok budaya orang Arab di masjid dan seumpamanya.

Saya sendiri, jelajah masjid tu sangat menyeronokkan. Tapi bagi akhawat, nak keluar malam tu sila gunakan musyrif (peneman lelaki). ;)
Seronok, bila ada orang yang sudi pergi sama dan ada orang yang sanggup jadi musyrif. Yeay! Jasamu dikenang.

Selalunya, kami singgah di masjid yang besar. Masjid yang famous di Mesir.
Rasanya, Masjid Sayeda Zainab tetap di hati sebabnya paling dekat dan paling cepat habis terawihnya. Haha.

Saya sangat bersyukur sebenarnya sebab Abah dah didik kami sekeluarga bila masuk bulan Ramadan, malamnya kami 'wajib' berterawih. Sejak kecil lagi Abah selalu bawa kami jelajah masjid. Jadi bila lama-lama benda tu jadi habit
Walaupun hukum solat terawih ini sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut), tapi mungkin nak tambah lagi pahala puasa, Abah didik kami begitu. Terima kasih Abah. Sayang Abah. :)

Ramadan Terakhir di Mesir

Sebut terakhir, terasa sayu mengenangkan. Tapi nak buat macam mana, itulah aturan kehidupan. Yang bermula pasti akan ada pengakhirannya. :)

Sebagai seorang yang masih bujang, tidak berkerja dan tidak mempunyai komitmen yang besar, gunakanlah waktu yang ada sebaiknya. Gunakan nikmat masa lapang ini sebaiknya.

Bila dah kahwin dan ada anak, bila dah kerja dan sangat sibuk, bila ada komitmen yang besar, mungkin peluang sudah tidak sama dengan masa bujang, tak kerja sekarang. Kan?

Bak kata kawan, "Enjoy being a single. Enjoy being a student."

Yeah. Nikmati selagi masih ada. Bersyukur dengan apa yang ada. ;)

Kuih-muih Mesir pengganti onde-onde, akok :')

Upload gambar sekali. Sekali ni je. Haha.


Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke-7 berpuasa. Tinggal 23 hari lagi. Mari kita gunakan kesempatan yang ada untuk terus menambahkan pahala.

:)

Salam Ramadan,
Izzati Hashim,
Anak perantauan.
7 Ramadan 1436 H



nota : AN, nah untuk kamu. =P

nota 1 : Post RAMADAN [Sila klik] yang lama. :)

btemplates